Friday, June 3, 2011

Lebuhraya Karak.

Assalamualaikum w.b.t

Semalam aku hang out dengan adik n cousin ku dengan sorang kawan adikku,suhana. Fun jugak la. Aku jadi driver bertauliah tak bergaji. Mule-mule pegi Masjid Negeri, my adik nak siapkan kerja kursus. Sementara menunggu tu baca novel Twilight dalam kete, my cousin,Weda baca novel aku novel Tunas by hlovate. Then, kitorang pegi tengokss wayangss kat terminal 2, MBO cinema. Sunyi je term2 tu. Wayang dia pun tak ramai tapi tempat dia best la. Sebab baru2 sikit kan. Tengok cite Karak. Karak seram. Seram time mule-mule je, last-last tu aku dah tak larat nak jerit. Siyes. N ada sekali tu sampai nak tersedak popcorn disebabkan takut sangat. Mane tak nya, time tengah takut tu sumbat popcorn banyak-banyak dalam mulut. =.=" My cousin,Weda pun tercekik popcorn,nasib baik ada air lipton ice tea. haha. 



Model sambilan.


Karak ni actually nama highway. Kat highway ni banyak kemalangan berlaku. Ada sekumpulan pelajar kolej (if tak silap la) lalu highway ni bila jalan utama jammed. Waktu tengah malam. Time perjalanan tu ade kawan die nak buang air kat tandas yang sangat buruk,lama and seram! Fuhh. Time ni suspens. and banyak jeritan2 yang aku dengarr. WTH. (Aku termasuk sekali,haha) Aku suka part yang last-last. Bukan sebab dah tak seram. Tapi sebab dia ade sedarkan aku pasal iman. Wah. Bajet je. Tapi siyes ni. Kat highway tu nanti dorang accident sebab kena kacau hantu (biasalah hantu memang suke kacau orang) lepas tu kereta jatuh kat tebing and semua tu kawasan hutan. Lepas tu salah sorang daripada dorang terpisah. Dia ni perempuan, pernah jadi qariah tapi tak pakai tudung pun. Nama dia ape ntah tak ingat. Aku rasa dia ni yang paling baik berbanding kawan2 lain. Tapi dia ni dah lama tak sembahyang. Dulu dia solat, tapi disebabkan pengaruh kawan dia dah tak solat. Nanti dia ni kena kejar hantu nenek tua. Part ni aku jerit. haha. (bukan aku sorang je ok)



dua saudara sepupu..

Part yang paling aku suka ialah time perempuan yang kat atas ni kena keliling dengan hantu2. hiii. cuak betul saat itu. Dia cuba baca ayat Kursi tapi nak tau tak, hantu tu ikut sama-sama dengan dia baca ayat kursi. Ya ALLAH, geram gile aku tengok hantu tuu! Ade satu hantu tu cakap, "takde lah kuat sangat iman kau." aduii. Menangis perempuan tu. Then, Tok Malam ( orang yang tolong tumpangkan rumah dia kat tengah hutan untuk dorang2 ni berteduh ) pesan kat perempuan ni, baca ayat Kursi, kuatkan semangat, kuatkan iman, jangan tau baca ayat kursi je, tapi hayati n yakini makna nya skali (lebih kurang macamtu lah ayatnya). Dalam keadaan ketakutan, perempuan ni baca maksud ayat kursi tu (maybe sebab dia qariah dulu-dulu, tu yang dia hafal maksud ayat kursi). Mule2 dia takut2, lepas tu nanti dia akan berdiri and baca maksud ayat kursi tu penuh semangat and yakin. Meremang bulu roma aku bila aku tengok dia baca maksud ayat kursi tu. Aku tersedar betapa besarnya kuasa Allah. dan betapa kerdilnya aku kat dunia ni. huh. Lepas tu semua hantu2 tu hilang. yeay! ^^



Gadis rooftop.

Ending die sedih. Tapi aku tak nangis okay. hehe. Nanti semua mati kecuali perempuan tu. Tapi aku tak faham sangat ending dia. Aku tak sure sama ada perempuan tu mati ke tak. Sebab pemberita tu cakap, "ada 4 orang yang terlibat dalam kemalangan, tapi hanya 3 mayat dijumpai."  Aku tengok yang tiga tu bukan mayat perempuan tu. So? Whatever k. Lepas habis cite tu, aku masih rasai lagi ketakutan n keseraman cite tu. Menggeletar time drive kete avanza yang gemok tu. Kitorang decide nak makan kat Terminal 1, parking kat bawah library. Time nak masuk parking tu, cermin kanan terlanggar tiang. And nasib baik takde apape yang pecah. Aku sangat kelamkabut time parking tu. Adeihh. 




yeah, I'm not a good driver. sorry guys.

Dah habis makan nak pegi Masjid Negeri solat zuhur. Shejuuukkk! aircond dia pasang kuat2. i like! hehe. Tapi sebelum sampai masjid tu, ade something happened. Kete avanza yang gemok tu hampir2 dihimpit due kereta. Dari jauh aku da nampak ade kete wira yang benti belah kiri tu nak masuk ke kanan. Aku nampak dia benti. Aku pun jalan je lah. Tapi bila dah betul2 kat sebelah kete wira tu, dia pegi jalan main masuk je lorong aku! sengal! monyet! drive macam takde brain. hahah. amek ko. geram aku. Dia hampir nak langgar kete aku, aku pun elak la ke kanan sikit, tibe2 ade kete dari belakang laju je jalan kat sebelah kanan aku and jarak dia sangat dekat. Aku terpaksa tekan minyak habis-habis untuk elak berlanggar sebab kiri and kanan kereta macam nak himpit aku .And secara sedar tak sedar aku tutup mata (kejap jela) time tekan pedal minyak habis-habisan tu sebab rasa ngeri! Sengal punye kete wira! budu nyer. geram geram geram. Adik aku, weda and suhana dah jerit2 kat belakang tu. Takut accident. haha. 

Then ktorang pegi JJ. Tapi Suhana tu tak ikut,dia kena balik rumah dia jauh. So, tinggal 3 orang je la, aku,adikku and cousin ku weda.  Nak cari parking satu hal. Ramai orang. Ni yang leceh ni drive kete. Naik skuter senang je nak parking. Nak menyelit mane2 pun senang. hehe. Aku parking kat atas skali. Rooftop. Time ontheway gi JJ adik aku nampak sesuatu.

Zati (adikku) : Fulamak. Smart ahh!
Weda(cousinku) : Ha'ah la!
Aku : Ape tu?
Zati : Kete tuu.

(Tiba-tiba ade kereta sporty warna merah lalu sebelah kete aku)

Aku : fuh.ha'ah! smart lah!

(Kete merah tu dah ade kat depan aku)

Aku : Jom kita buat2 langgar nak kete tu. (sebab nak tengok driver sape)
Weda : *ketawa* woii. nanti free2 je kene tengking. reject terus!
Zati : *ketawa* tengok-tengok tak hensem.
Aku : Selalu nye yang naik kete macamtu orang cina.
Weda : Cina ok lagi. kalau *&*%^&%*^$#$?? taknak lah. hahahaa

(Kitorang gelak samasama.haha) 

Kat JJ time carik parking kitorang jumpa kete tu lagi! haha. Kitorang follow kete tu naik atas carik parking. At last dapat gak ktorang tengok driver die. haha. Sebelum ni cubaan ktorang untuk tengok driver tak berjaya sebab cermin tingkap dia tinted habis! tak nampak bayang langsung. Kat JJ tu dia bukak tingkap. And betullah sangkaan aku, orang cina. Ktorang dah gedik2 kat dalam kete tu sebab driver die mude,smart and hensem. hik3. *mood menggatal* sengal betul. Dah dapat parking kat rooftop, ktorang pegi jalan-jalan. Aku nak survey handbag untuk ibu aku. Hadiah sebelum masuk MSU. Weehee. Tak sure nak beli apa sebenarnya. Untuk ayah aku beli tie je kot. Kat The Store tingkat atas tu murah2 and cantik2. Berkenan lak aku tengok.


    

cewahh!


Oh ye, terlupa pulak. Ada lagi satu kejadian yang berlaku kat JJ ni time cari parking. Macamni, aku tengah drive la macam bese carik parking, drive pun selow selow la kan. Tibe-tibe lak ada 1 kete belah kanan aku undur kete (nak keluar dari parking). Oi tak nampak ke aku tengah dok lalu belakang kete kau ni. Kete gemok macam ni pun tak nampak ke. Eee yaii. Die undur sikit, aku pun brek sikit. Lepas tu die undur lagi sampai la lagi sikit nak langgar. Aku brek habis2. N then aku hon dia. Padan muka. Haha. Aku ni bukan jenis suka hon-hon orang. Kalau dah 'hot' sangat memang aku hon. ishhh. Tak pe lah, dia tak perasan kot. (cuba bersangka baik. huk3 )

Time kat masjid negeri, Weda cakap,"ada kene-mengene ke kejadian yang berlaku kat kita ni dengan Karak."

Aku pun, "tah-tah, ade benda ikut kita tak.Tak pe takpe, kita dah ade kat masjid da ni."

Konon da selamat la tu. haha. siodd je. Sampai terbawak-bawak. Karak oh Karak..



Dua budak ni nak PMR taun ni. :)


Ini lah kete avanza yang gemuk tu.


With my cousin,weda.  Dia ni gang aku jugak sebab kuat jerit dalam wayang.


Comel kan baju putih tu! Siap bersambung dengan seluar.



Dah nak balik dah! tataa~

Solat asar kat rumah Weda. Lepas tu lepak-lepak kat umah dia sampai kul 7. Minum neslo and biskut cream-o. Sambil tengok tv. And bluetooth gambar. And tengok gambar2 ni kat laptop Weda. Then aku borak-borak ngan makcik aku tu. Dia cite pasal anak dia kat matrix. And pasal azra n yanie kat matrix. Die pun ade cite pasal pelajar2 shams yang kat oversea skang. Pasal puasa ganti pun ade. Macam-macam lah. (Biasalah,perempuan...)

p/s: dalam cite karak tu, aku suka betul line ni,
 "AWAS HANTU LALU LINTAS, SILA LAJUKAN KENDERAAN ANDA"  :D

Itu je lah. Harap terhibur. Wah3. Sekian saje, wassalam.


miss lurvians.

4 comments:

  1. untung a da tngok karak..cm best je bunyinye..nk tngok gk..huhu..

    driver amatur cm2 la...hehe..da lme2 biase la..

    ReplyDelete
  2. oke ar cite karak tu.maklum lah KRU pnye filem. tp at least ade la mesej yg disampaikan dlm filem ni.:)

    p/s: sebnanye first time aq drive avanza gemok tu, sebelum ni layan kancil kurus je. heheh.

    ReplyDelete
  3. salam.
    kedai baju yg comel tu kt mne eh ?

    ReplyDelete
  4. w'salam. kat JJ seremban 2. 2nd floor kot. heee :)

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)