Salam.
Actually takde mood sangat nak update belog. Sebab i'm not feeling well. Sore throat + selsema. Batuk berpanjangan. Since semalam lagi. Harap lah cepat sembuh. Next week da start belajar. Aku tak tau la bila lagi nak update lepas ni cuz bila dah start belajar nanti semestinya takde masa and mesti malas gile nak update. So sementara ada free time ni aku nak update lah.
So far, MSU memang heaven. Siyesly. Mula-mula rasa cam takut + neves la gak kan cuz MSU uni swasta. So ramai dak private kat sini. Paham-paham je la style dak private ni macamana kan. Tapi tak semua la macamtu. hehe. Then tak de sorang pun schoolmate aku kat sini. Even senior dari sekolah aku dulu pun takde kat sini. I think I'm the first SHAMSianzz yang study kat sini. Kira pecah tradisi la ni. haha. During orientation week memang tak bosan. Nak gelaaaaaaaaaak je manjang. Fasi kitorang En Fareez memang super kelakar gila semua perkataan yang keluar dari mulut dia memang semua kelakar. Cik Aimi, fasi kitorang yang ke-2, best jugak,sporting. Dua-dua muda lagi.So memahami jiwa kitorang lah.
Gambar kat atas ni di captured semasa orientation week. Tiap malam ada aktiviti. Masa ni ada aktiviti Metamorphosis (if i'm not mistaken la). Ada 2 kali kitorang wat aktiviti kat sini. Kena jerit nama and trademark. Lagi satu kat depan Kitchen MSU, kitorang main macam game win loose or draw. Kena wat aksi, then group member yang lain kena teka aksi apa. Aku dah memalukan diri aku malam tu sebab group aku kena wat lakonan ORANG GILA sedang main bola. ORANG GILA tuuu. Adeih.-.-"
Gambar atas ni budak-budak foundation JPA kena buat performance. Tajuk eh alice in wonderland. Siyes best and kelakar dorang punya lakonan. I like!
Yang atas ni group yang kena wat tarian zapin kot. Kalau xsilap lah.
Time ni kat Student Leisure Centre. Tempat student main pool, foosball, carom, pingpong and table hockey. Malam tu ada tournament antara group. Dah habis tu,kitorang teruskan jugak main-main sampai la kul 10 lebih. Padahal kul 9 sepatutnya dah balik. And bas mesti dah tunggu lama kat lua. Ish3. Oh yea, fyi, bus yang ikut jadual kitorang. It's not like shuttle bus yang mana kita kena ikut jadual bus datang kul bape, and kita kena tunggu ikut jadual tu. No no no. Anok-anok manja MARA ni memang terus dimanjakan di sini. Ketua akan inform kat driver bas kita pergi and balik kul bape. Itu memudahkan urusan kami. Heheh.
Carom.
It's my first time main benda alah ni. Foosball. (IDK spelling betul x. not sure. haha) Memang bole lepas tension main benda alah ni. And yea, aku mula jadi expert lepas main sekali sahaja. Ceh,berlagak. :p
Budak baju kuning ni dua-dua group members aku. Dorang ni macam sepadan je aku tengok. kui3.
Hah, ni la dia En Fareez tu. Sekali pandang macam Ako Mustapha pun ada jugak. Aku ada lawan foosball sekali dengan beliau. Mula-mula gang aku menang, kali ke-2 gang beliau lak menang. Ishh. Memang selagi tak menang memang takkan berhenti.
This one is table hockey. Aku jadi penjaga masa bertauliah. Haha. Game ni macam tak logik pun ada jugak. Sebab aku tengok dorang letak benda yang warna merah tu kat depan gol dorang, so it'll be sooooo hard la untuk gol kan bola hockey tu.
Budak perempuan baju hijau tu dak JPA. Dia macam dah pro je main pool. Cewaaah. And lagi satu, muka dia macam Hawa, my ex-classmate aku dulu. Haha.
tema bollywooooood. kelakar gile.
Tarian joget. Alahai comey nye 'bear'.. haha
Lakonan dak JPA.
Overall ,MSU memang best. Library 3 tingkat. Ada karoeke room, tempat main PS2 and PS3, ada discussion room, ada CC(free je), ada cafe. Huh, kat library pun boleh makan tau! heaven betul library msu ni. Kitorang memang selalu lepak library kalau tengah tunggu kelas or tunggu bus. MSU juga ada swimming pool. Ada gym. Ada kelas aerobik. Tempat-tempat kat sini sume start dengan huruf U. Macam U-Cafe, U-Square, U-Park , and etc. Surau kat sini dorang panggil Islamic Centre. Cantik. Baru. Selesa. Selalu solat jemaah kat sini ada 2saf. Kira okay la kan 2 saf. Daripada takde langsung.
Subjek untuk foundation ada 16 ke 17 ntah. Yang aku ingat Malaysian Studies, Bio, Chem1, Physics, Health Science, Maths, Chem2, Islamic Studies, Basic anatomy & physiology and lain-lain. Utk first sem, ada 6 subjek:
1.Biology
2.Health Science
3.Malaysian Studies
4.Maths
5.English
6.Cocurriculum.
Sikit kan subjek ? HAHA. Sikit but sengsara. Sebab 6 subjek untuk 1 semester. Ada lebih kurang 4 bulan untuk 1 sem. Bulan 8 ni dah mid-sem exam. Bulan 10 final exam. Bio punya tajuk ada 13 chapters overall. 13 chapters kena study dalam masa 4 bulan. Harap-harap boleh bertahan. Tu belum masuk lagi chapter health science, malaysian studies(atau nama lainnya SEJARAH).. I thought dah masuk alam kampus dah tak sentuh pasal sejarah lagi dah. Oh, i was wronggg. Kena belajar sejarah balik! huaaaa! t_t
Minggu ni minggu ke-2 aku balik umah. Rumahku syurgaku. Yuhuu~ Oh ye,kat sini,aku tinggal kat Seksyen 15 Shah Alam. Duk apartment ala-ala rumah kedai. Batch kitorang yang rasmikan dulu apartment ni! yihii~ Setiap orang akan diberikan access card for security. Actually takde lah secure sangat pon. huhu. 1 rumah 3 bilik. 1 rumah untuk 8 orang. Ada 1 master bedroom, 2 bedroom biasa-biasa. 2 bathroom. Memang fully-furnished. But no TV. Yes. that's a bad news. NO TV. Sedih gile. Budak JPA ada tv!!!! Takpe lah. Lagi pun DirectoR of CFS(centre of foundation studies) iaitu En Sharul Azwan dah cakap awal-awal time foundation ni takde masa nak main-main. Dia cakap kalau dak-dak MARA ada tv kat apartment tu, dia nak mintak MARA tarik balik tv tu sebab nak suruh kitorang study hard time foundation ni. ahaha. Setaun je. Lepas setaun ni ko tengok la tv puas-puas. Foundation ni yang menentukan samaada kitorang dapat fly or tak. (cuak~) Harap-harap lepas 3.50. Amiiin!
Kat Seksyen 15 ni ada komuniti JPA-MARA. Cewah. Dak A-level JPA and foundation JPA batch taun ni pun duk kat area2 situ jugak. So kadang-kadang dorang tumpang bas MARA, and sometimes kitorang tumpang bas JPA. Aku rasa best la gak ada komuniti jpa-mara ni. Tak dela muka dak MARA je aku dok tengok hari-hari. heheh.
Housemates aku:
Yuni,
Meera,
Dayah,
Ummi,
Hanun,
Diyana,
Akmal Ainawani
Housemates aku mostly budak optometry (ke UK/New Zealand). Ada 5 orang budak opto, yang lain medic India. Harap-harap semua dapat fly next year, amiiiiiiiiiiin! insyaALLAH.
Oh ye,lagi 1. Kitorang punya batch kena wat performance dikir barat and sketsa during oath taking ceremony(angkat sumpah). Masa untuk practice tak banyak. Sehari je. Tu pun main redah je. Dikir barat memang best. Walaupun praktis sehari je, tapi hasil daripada komitmen dorang, president MSU puji performance dorang. Caya lah! Aku patutnya kena berlakon sketsa, dah practice dah seharian, tapi tak jadi nak perform atas sebab-sebab tertentu. Memang sedih la sebab dorang tak inform pun kat aku yang pasal cancel tu. Dapat tau esok nya,tu pun bukan daripada group members aku. Kecik ati gile. Pastu aku baru baca ketua batch iaitu X ada announce kat fb pasal cancel sketsa ni. Tapi aku mana ada bawak laptop gi sana memang la aku tak baca. Patutnya dia ada pesan kat sorang dak pompuan ni suh bagitau yang lain, tapi tak sampai pun berita tu kat aku n sorang lagi housemate aku. So agak terkilan ar. Tapi takde ar simpan dendam ann, aku kan pemaaf orang nya. haha. :P
Ok lah . itu saja. Semoga aku dapat survive setaun kat sini. I'm going to study hard lepas ni. It'll be sangat berbeza berbanding form 5 dulu. Kat sini, xsampai 2bulan belajar dah ada exam. Total exam kene amik masa foundation nnt ada 6! T.T
Okay, till here then. Nak tengok TV! oH, aku rindu tv so much! See ya next time! Daaaa~
wassalam.
miss lurvians