Wednesday, July 6, 2011

Jangan makan kicap!

Salam. Hey! Aku update belog lah hari ni. Ciss. Bosan nya. Homework ada tapi sikit. Assignment ada orang tolong buatkan. Hah, buli ke ape? haha. Tak lah. Groupmates lain yang buat. Aku buat assignment lain. Gilir-gilir la. After this nak study biology. Siyesly lecturer bio aku memang best,sporting. Setakat ni semua lecturer yang ngaja aku kat MSU ni semua ok ,baik, sporting, and suka explain detail-detail. Time kelas bio, aku rasa cam happy and bersemangat lah. Sebab previous lesson aku faham betul-betul apa yang beliau ajar. Tapi still kena revise balik lah cuz taknak bagi lupa kan.

Tadi ada kelas Malaysian Studies. Macam sejarah tapi it's more to sejarah tentang malaysia. So, segalanya tentang negara kita yang terchenta ni lah. Aku baru baca 10 pages buku Malaysian Studies tu. Dah lah buku tu putih je. Plain. Colourless!! Aku tak tau macamana nak hafal satu buku tu kalau takde kaler and even corak pun takde. Adesss. Lecturer utk subjek ni namanya Mdm Rosnah. Memang best la, nak gelak je manjang. Beliau ada bagi banyaak tips. Tips khurafat,tips lagha,tips betul. Haha. Just kidding. Itu hanyalah istilah-istilah yang diberikan oleh Mdm Rosnah. Kui3. Salah satu tips yang aku dapat, "Jangan makan kicap, sebab boleh melemahkan ingatan." .Lepas ni aku kena kurangkan makan kicap lah nampaknya. Tapi kat MSU ni memang aku tak makan kicap pun. Kat rumah je. So, ianya amat membantu lah memandangkan aku balik umah seminggu sekali je. Takpun 2minggu sekali. Lepas ni sebulan sekali kot. hehe.

Ada lagi 1 tips, tips hilangkan senggugut. Minum susu banyak-banyak,hilanglah dia. I'm not sure betul tak tapi tak rugi pun kalau try kan?huhu. Tadi aku jumpa sorang budak SPC MARA. Nama dia Nazeha. Cun orang nya. Aku beli buku dari dia. Sebab dia dah tak pakai buku-buku tu. Skang ni dia dah last sem kot. Entahlah. Yang aku tau dak spc ni pegi MSU tu bulan 2 aitu,and foundation dorang 8 bulan je. So first sem mestilah dorang dah lepas kan. Tu yang berebut-rebut kitorang nak beli buku daripada dak-dak SPC ni. Kitorang baru first sem. Kirenye dorang tu senior kitorang la tapi sebaya.
Thanks a lots Nazeha! :)

Tadi pun belajar maths. Memang best. Sebab first chapter macam senang je kan. So, tak fokus sangat apa yang lecturer ajar. Lagi-lagi aku duk belakang sekali. Memang buat kerje sendiri la kat belakang tu. Tapi aku ikut la perkembangan apa yang diajar. Cuma tak fokus sangat je. Hehe. Cara belajar maths ni sama cam time sekolah menengah dulu. Siyesly sama. Aku duk belakang. Then cikgu terang sikit-sikit kat dalam buku text. Lepas tu tulis contoh soalan kat depan. Lepas tu kena jawab soalan tu. Then ada homework. Blablabla. Same things.

Okay lah. Sampai sini je lah. Esok bas sampai kul 7 lebih. Kena turun awal. Kalau tak kena tinggal macam pagi tadi. haha. Bukan aku yang kena tinggal,tapi housemates aku and kawan-kawan lain. Bas datang kul 7 pagi tadi. Selalunya kul 7.20 baru jalan. Sebab nak ikutkan memang 7.20 lah bertolak dari hostel. Pagi tadi 7.15 dah bertolak. Aku and 2 orang housemates aku sempat lah naik,tu pun terkocoh-kocoh turun tangga. Ada la dalam 5-6 orang dah naik. Bas jalan jugak,sebab nak kena amik budak nursing kat mana entah,dekat dengan KPJ ar. Memang kuang hasam betol uncle bas tu,sejak bila la kitorang dok share bus dengan dak nursing ni. Tak penah penah pun. Ni yang nak kena report kat MARA ni. haha. :P Dak-dak lain yang kena tinggal tu naik bas PTPL, sekali dengan dak A-level JPA. Siannya dorang. Alahaiii.

Ok, nak study bio and siapkan homework maths!  Pen off~

Wassalam.
Dr. Lurvians

1 comment:

  1. salam ziarah

    jom ke blog buaya dan jadi follower sekali k

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)