Monday, August 22, 2011

Ramadhan di MSU

Assalamualaikum.Alhamdulillah,sekarang dah hampir 2 bulan aku berada di Management and Science University(MSU),Shah Alam. Dah pelbagai dugaan dan cabaran aku lalui sepanjang bergelar pelajar MSU. Cewah, ayat esei ni. haha. So far life kat sini memang superb!Roommate and housemates yang gila-gila telah menambahkan lagi keceriaan dalam hidup aku.Kalau nak tau,house aku ni la yang paling bising,err dalam erti kata lain happening and haruk laa. And kitorang bergiat aktif pada waktu malam, macam owl.Budak2 house aku memang suka tido lambat and sometimes tak tido sampai subuh.Aku pun dah biasa tak tido malam,aku tido pagi je.Lagi2 minggu exam.

Lepas terawih,study study study,lepas tu carik la makanan ape yang nak dikunyah time tengah-tengah malam tu,then dalam 4 lebih or 5 pagi baru la sahur.Selalu makan roti dengan peanut butter,or tuna, or sometimes maggi. Hah ada 1 keje gile aku buat time minggu pekse aku makan meggi! Esoknya paper Malaysian Studies. Haha. Memang tak pernah buat sepanjang hidup aku, makan megi sehari b4 pekse. Time SPM dulu memang berpantang megi at least sebulan or 2bulan before exam.Ape nak jadi ni..ish3.Tapi aku masak megi guna periuk,then letak air banyak2 sikit. Bia la tawar,asalkan dapat sumber karbohidrat.

Oh yea,sepanjang bulan Ramadhan ni,ada program tadarus,yang ni among budak2 MARA je lah.Budak laki yang suggests benda ni,so kitorang ikut je.Pembahagian juzuk telah dibuat ikut rumah.Mostly dah khatam kot.Then,terawih kadang-kadang je berjemaah.Tu pun buat kat rumah je, imam tengok la sape yang bertuah kena. Aku pernah kena sekali je. Kat sini solat berjemaah siap ada bilal lagi tau, budak laki pun buat macamtu jugak. Bilal and imam bace skrip print dari internet. Cewah,bersemangat sungguh! Hehe. Kat sini pun ada bazar, tiap hari selasa and khamis bas MARA akan tunggu sampai kul 6 untuk sesape yang nak gi bazar.

Aku baru habis exam. Exam kali ni 4 subjects sahaja. English for general proficiency,Biology,Health Science and Malaysian Studies. Semua senang! Alhamdulillah tapi ade jugak careless mistake yang aku dah wat. But so far okay la cuz lecturer dah bagi 'tips-tips' menjawab exam. haha. Study biology memang paling stressful lah, 3hari 3malam study bio je.Dua chapter terakhir tu kitorang baru habis belajar,so macam tak berapa strong sangat kefahaman.Dua chapter tu lect tak ajar pun.Chapter last kitorang kena bentang sendiri,dah la satu benda pun tak faham, tak penah di expose pun pasal benda ni time sek men dulu,tibe-tibe kena bentang.Memang huruhara la kan.Lepas tu chapter5,chapter second last tu,ada sorang lect ajar time Topical Lecture,2jam untuk 1 chapter,memang laju gile la dia ajar. Tu pun campur dak-dak private sekali,buat kat Lecture Hall.Time tu 4hari before exam Bio. Memang cuak la time tu..Tapi alhamdulillah la,dah discuss dengan housemate, semuanya okay-okay la.Nasib baik duk 1 rumah dengan budak-budak pandai. Senang~~

Health Science memang subjek paling cooooool.Subjek ni pasal penyakit,symptom,treatment,causes,detection and lain-lain lagi la. Memang subjek fevret aku. Dah boleh jadi pembantu doktor. haha. Malam before exam Health Science,aku tak study sangat and banyak enjoy je lebih.Mula-mula ada la hafal-hafal sikit pasal dengue,hemorrhagic dengue,ebola fever,mad cow disease,avian influenza semua-semua tu lah. Lepas tu dah malas lah.Chapter-chapter depandepan tu aku dah pernah hafal,so tinggal refresh balik je.Dah habis hafal,aku pun on9 jap,lepas tu tengok youtube maharaja lawak. Kumpulan Jambu yang ngorat 'nora danish' tu, tah pape tah tapi lawak la,memang gelak sorang-sorang kat bilik. Roommate aku dah tido time tu,memang cool gile,die bace kejap je then terus tido.Dah tengok youtube tu aku cuba la nak sambung study balik,tapi malas gile and takde mood nak hafal. Last-last aku gi la sahur jap dalam kul 3 lebih, lepas tu tibe-tibe rasa ngantuk then tido je lah.Esoknya paper Health Science,memang soalan sangat senang and very straight to the point.Aku yakin boleh dapat A,insyaALLAH.

Esok housemate aku ajak gi KL, shopping! Kelas habis kul2,so kene rushing naik bus pegi CM.Hari tu housemate aku dah pegi Jalan TAR and Pasar Seni, nak tau dorang beli ape  je?Beli keychain haiwan-haiwan. Baju-baju 1 pun tak beli. Ceh,kelakar gile. Haha.Dah lah dorang balik malam lak tu. Adoih,saba je la.Bulan Ramadhan kat sini memang seronok,I really enjoy it.Dah lah setaun je dengan housemate.Tak semua la,5 orang je tak kekal,dorang dak optometry UK,and ade lagi 2 orang dak medic India 1 rumah dengan aku. Dorang berdua ni memang kekal la 6 taun sampai graduate.Hah,tak sabarnya nak graduate.haha,cakap macam senang je kan. adeih.

Malam ni ada discussion pasal report assignment biology dengan wani(roommate),waffy,hudzaifa,azahari. Oh ye, kat sini aku agak rapat dengan 2 orang dak SASER and sorang dak MCKK. SASER,maybe sebab dekat dengan SHAMS kot?Rasa cam adikberadik.haha.Hudzaifa tu la dak SASER,and waffy dak MCKK,dorang berdua akan fly gi Poland next year,insyaALLAH. Yang lagi sorang dak SASER tu straight A+ tapi kantoi BM dapat A,die akan fly gi India,same cam aku.Yang dak MCKK tu aku boleh rapat skali sebab dia rapat dengan roommate aku(wani),so aku pun terjoin sekali,tapi tak berniat pun nak ganggu hubungan dorang. haha. gurau je. Dak MCKK tu straight A+ kot, tapi kantoi sejarah A.Sabo je la. Aku memang selalu 1 group dengan budak-budak ni lah,so memang senang la keje aku dapat groupmate cam dorang. Bekerjasama and tak banyak songeh. Just nice.:) And lagi satu,dorang ni ada name glamer, ala-ala diva MSU. ahahaha. Zaizai,fyfy,riris,nini. Semua macam nama perempuan kan? Tapi nini tu memang name perempuan lah. So cute..alahaii. hahaha

Okaylah sampai sini sahaja coretan untuk bulan Ramadhan ni. Harap-harap dapat sambung entry Syawal di MSU pulak lepas ni. hihi. K Daaa~ Wassalam.

"YOU ARE WHERE YOU ARE TODAY,CUZ YOU'VE CHOSEN TO BE THERE"


Salam Ramadhan,
Dr. 'Afifah


6 comments:

  1. Salam.
    hye salam perkenalan. kalau sy boleh tahu awk nie ambik course ape aek kat MSU?
    MSU ok tak ?
    kalau boleh la sy nak mintak info student kat sane sbb kalau ikut search pun byk tak betol. awk ambik course medic ker? n keadaan MSU ok tak as a private university??
    hope u can lend me a help, tq ;)

    ReplyDelete
  2. w'salam. hye! salam kenal.. sy ambik course medic kat MSU-IMS Bangalore. Masa kat MSU dulu buat foundation in medical science.. MSU okay je, facilities memang superb, semua benda ada, complete. swasta kan. fees pun memang berganda lah mahalnya. sekarang ni msu dah makin best kot, dengar cite bangunan hospital n hotel msu tgh nak bina utk student wat practical. xtahu lah kat mana n bila siap. cuma 1 benda yg xbest kat msu (masa sy study foundation dulu la), management mcm teruk sikit. slow sangat. tapi overall okay la. sorry ye lambat reply :)

    ReplyDelete
  3. Hi akak boleh saya minta pandangan akak. Saya dpt ukm asasi pintar dgn msu under mara. Boleh akak explain tak apa venefit if i choose to pursue my studies in msu for mbbs

    ReplyDelete
  4. Hai khatrine :)

    congrats dapat mara!:D mbbs msu..akk tak tahu sangat, sebab akk pernah study foundation je kat situ, then sambung mbbs kat ims bangalore, india. tp kalau msu not bad sebenarnya, dorang kat sana quite active la jugak. ada kawan akk kat sana kalau nak tanya2 dia, add la dia kat fb, "fatnin faqiha"

    all the best khatrine :)

    ReplyDelete
  5. salam akak. ada tk any number kawan akak dulu yg study optometri kat uk ? hehe sbb skrg tgh buat foundation dkt msu and dh nk masuk sem tiga so we need little guidance from super senior pasal uni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Of course adee! Masa foundation msu dulu dorg sume housemate akak. Hehe. Akk bg no whatsapp la eh sbb akk just ade number UK dorang +447522 219505

      Delete

Komeng jangan tak komeng. :)