Sunday, September 11, 2011

horror story.

Salam. Semalam aku pergi raya-raya dengan kawan baikku since form 1 iaitu Azra and Yanie. Beraya rumah kak Moriza, Husna(ex schoolmate), Iwan(ex-tuitionmate) and rumah member azra yanie, nama dia Rashid. He's a good guy,anyway.haha. Dia ada lagi dua orang member, JD (Zaidi) and Azam. Macam-macam ragam la dorang ni. Okay, tetiba tadi ade banyak incident berlaku. One of them is tayar kereta pancit. Nasib baik pancit kat depan umah Rashid. Kalau time ontheway balik,xtau la camane. Dah la maghrib time tu. Tak memasal je kena solat maghrib rumah Rashid. Haihh.Tapi bilik tetamu die ada aircon and piano lama. Rumah dia macam klasik sikit,macam scary tapi lawa seriously.

Dah pancit tayar tu, Rashid,Azam and JD try tuka tayar spare. Aku sebagai seorang perempuan sejati memang taktau apa-apa pasal hal ehwal kereta.Aku tau start enjin,drive and tutup enjin,that's all.haha. Last-last terpaksa bawak gi kedai tayar. Time tu kedai tayar lagi sikiiiiiiit lagi nak tutup.Kalau dah tutup memang terpaksa balik pasang hazard light laa.=.=" Kedai tayar tu dah tutup hampir semua pintu kecuali ade 2 pintu macamtu laa tak tutup lagi. Semua pekerja die dah kuar da,ade yang dah balik. Aku fikir,'kalau lambat few mins je tadi,confirm tak sempat." Tapi alhamdulillah, ALLAH maha kuasa menentukan segalanya. Orang tu cakap kene tukar rim tayar spare masuk kan kat tayar lama, and masukkan angin. Kena bayar RM6. Ok la kan,drpd kena tukar tayar. hehe.

Lepas tu ada 2 cerita scary. First, kawan aku,azra nampak kucing berdiri tegak pandang arah dia. Azra  naik kancil time tu, sebab nak bawa kancil tu gi kedai tayar. Aku and Yanie naik ngan Rashid,kete Waja. Kitorang kat belakang kete Kancil tu. Azra nampak time lampu kereta tu suluh ke depan,so terang la kan, tp kitorang bertiga tak nampak pun. Kelibat kucing pun xnampak. Kucing tu memang seram,besar and berdiri sangat tegak,based on apa yang Azra cite. Then time ontheway ke kedai tayar jugak, nampak 1 teksi buruk,lama berhenti kat depan sekolah, lampu belakang terbukak, but dalam kete sangat gelap,xnampak apape.Lepas tu Azra ada  nampak sorang pakcik guard  berdiri tegak kat sekolah tu, pakai baju putih. Seram je. Maybe sebab tengah takut,so fikir macam-macam.

Tapi kan, area situ memang berhantu. Cuz ada cite benar, dulu ada sorang perempuan pakai susuk, and dah mati tak sempat keluarkan susuk tu. Tanah tak terima dia. So ada hantu pocong menghantui area situ, and ada orang cakap dah sampai ke Paroi,Seremban semua tu la. Pastu aku cakap,"oo,jauh pocong tu jalan." Hahah. actually,lompat. Pocong mana boleh jalan kaki. heee. Lepas solat maghrib kat rumah Rashid,kami pulang ke rumah, kul 8.30. Ada sekali tu,jalan takde lampu langsung. Lampu kete tak cukup tinggi nak suluh jalan depan. Memang xnampak jalan. Means kalau ada selekoh memang tak nampak. Nampak setengah je,sebab lampu kancil kan rendah je. Then, bawak slow2. Yang seramnye takde kete depan belakang. Uihh. Seram. Baca-baca je la. Alhamdulillah,selamat sampai rumah Azra, mak dia buat open-house-tak-dirancang.hehe. Makanan tak cukup kat rumah  Azra, mula-mula laksa habis, mee goreng habis, last-last nasi goreng cina kitorang tolong masak. And makan sekali. Sampai umah azra je terus kena masak en. Menarik2. haha. 

Pastu tengok cite OHH HARAMM. Best and kelakar.Rugi tak tengok. It's about a guy yang sangat alim, tak boleh tengok perempuan, cakap ngan perempuan tak pandang muka pun, dengan adik die pun taknak bersentuh. Haihh over pulak mamat ni. Cara die cegah kemungkaran pun macam tak sopan, tak beradab. Kita kan kena cegah kemungkaran dengan cara yang berhikmah dan bijaksana. Bukan dengan cara kasar. Itu akan mencemarkan lagi imej Islam. Kul 10.15 aku hantar Yanie balik, time tu hujan! Azra Yanie takutkan aku "Nanti ada teksi tadi potong kete ko,tengok2 ade balik kat belakang." pastu "nanti nampak kucing  berdiri~" haha. takut gile. Aku ni penakut la, maybe sebab BANYAK sangat tengok cite hantu.Tapi kalau berani,memang berani teramat sangat. Adeihh.=.=

Ok dah lah. Itu cerita semalam.Itu sahaja.Wassalam.

Writer of the horror story,
Dr. 'Afifah

No comments:

Post a Comment

Komeng jangan tak komeng. :)