Wednesday, November 9, 2011

Jom jadi baik !

Sharing is caring.Lets share this. (:


Assalamualaikum. Berubah. Perubahan. Ubah. Pernah tak rasa nak berubah? I believed yang semua orang mesti pernah terdetik kat dalam hati kata nak berubah. Cuma 2 je, berubah sekarang or nanti. Bagi aku,kalau dah terdetik nak berubah, do it sesegera mungkin. Dalam kata lain, NOW OR NEVER. Syaitan akan terus menghasut anak adam supaya dapat join dorang kat neraka nanti. So once dah ada niat nak berubah tu,teruskan. Sebelum niat tu hilang diterbangkan oleh syaitan.Kita selalu je kan dengar ayat quran:

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)


Time darjah 6 n awal form 1 dulu, faham-faham jela, nakal,tak matured,childish,jahil. Bak kata teacher aku,tu sume zaman jahiliyyah kita.Time form 1,banyak benda yang aku baru tahu.Aku baru tahu SUARA tu AURAT yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam.Aku terkejut sangat. Yela,selama ni,kita duk didedahkan dengan tv yang menyiarkan konsert nyanyian, and ada yang bertudung pun nyanyi. So, menimbulkan kekeliruan untuk orang jahil macam aku time tu.Time form 1 jugak,aku baru tau yang pakai stokin tu WAJIB sebab kaki tu aurat.Oh, lagi lah terkejut.Rasa susah je nak terima. Dan aku juga baru tau,kalau pakai tudung,kena labuhkan sampai menutupi dada.Ada dalam al-Quran,surah an-Nur ayat 31.


Kat sekolah aku dulu,ada usrah tiap-tiap hari Isnin.Dulu memang dengar je "usrah ada petang ni",mule lah merungut-rungut and rasa malas sangat nak pergi.Padahal usrah jugak lah yang banyak mengubah diri aku selama ni secara tak sedar.Kalau tak banyak pun,at least ada la sikit.Antara pengisian usrah yang aku ingat,pasal ibadah.Ibadah yang kita lakukan selama ni,banyak mana pun la,kalau kat akhirat Allah kata taknak terima, Dia tetap takkan terima.Tak takut ke,kita dah solat,puasa,zakat..,tiba-tiba  kat akhirat, Allah kata Allah taknak terima.Dahlah kita ni banyak dosa kan.Memang papa kedana la kalau Dia taknak terima.So,buat lah sesuatu tu ikhlas kerana Allah.

Contoh,kita tengah main internet,layan fb.Tetiba teringat ada cite indon start kul 2,kita pun plan nak solat 10 min sebelum kul2,sebab nak tengok cite tu dari awal,tak nak ter'miss' 1 scene pun.Ape maksudnya tu?Tu maknanya kita solat bukan sebab Allah suruh, tapi sebab TV.Sebab cerita dalam TV tu la yang mendorong kita untuk solat cepat. Kalau cerita tu takde, ade ke kita nak rush solat awal? Fikirla sendiri.

Kenapa pakaian tu penting untuk seorang muslim/muslimah?Sebab itu akan membezakan antara orang Islam dan orang bukan Islam.Yela,cube tengok,selebriti kat US pakai legging,takkan orang Islam pun nak pakai legging.Itu identiti dorang, orang Islam ada identiti sendiri kan?


Perubahan tak perlu la drastic sangat. Mulakan perlahan-lahan. Slow and steady.Pedulikan apa orang kata,sebab apa yang lagi penting ialah pandangan ALLAH terhadap kita. Kalau dorang nak kutuk kita bajet baik, or bajet alim ke, itu dorang punye pasal la kan.Bukan nya dorang boleh tolong kita kat dalam kubur nanti. Islam itu syumul,menyeluruh,merangkumi seluruh aspek kehidupan.Alang-alang nak berubah jadi baik,jadi la baik keseluruhannya.

Contoh paling senang,orang selalu cakap orang tak bertudung tu tak semestinya jahat.Ramai je yang baik.Sebenarnya,kena tengok balik definisi baik tu dari sudut ape,sudut duniawi or ukhrawi.Orang baik takkan langgar perintah Allah.


So,that's why kalau kita nak berubah jadi baik,ubahlah dari atas sampai bawah,luar dan dalam."Baik" yang macamtu lebih berharga di sisi Allah, insyaALLAH.Bukan baik setengah-setengah je. Kalau baik setengah tu,sama lah macam pakai tudung,pakai baju,tapi pakai skirt pendek paras peha. Sia-sia je kan? Takkan itu nak di kira baik?Jadi kita tak boleh nak anggap seseorang itu baik kalau kita just tengok sikap dia je or just tengok pemakaian die je. BAIK sepatutnya merangkumi semua aspek. So selagi seseorang tu lack beberapa aspect dalam diri dia,itu bukan lah baik sebenarnya.

Cth macam tadi,tak pakai tudung tapi sikap baik,solat awal waktu,hormat orang tua. Sebenarnya dia memang baik,tapi baik setengah je la,sebab dia lack 1 benda which is penutupan aurat yang sempurna and semua orang tau kan yang menutup aurat tu perintah Allah? Same jugak kalau pakai tudung tapi perangai annoying gila and ramai tak suka.Kita tak boleh lagi cakap dia ni baik just sebab pakai tudung,sebab dia lack 1 benda which is akhlak.So faham dah skang?Conclusion nya,jadi lah baik,bukan dalam certain2 aspects je, tapi keseluruhannya sekali. Memang la cakap je senang, tapi usaha la, Allah je yang akan nilai usaha kita tu and akan beri kita sesuatu yang selayaknya based on usaha kita.

Jangan berubah disebabkan seseorang,sebab kalau seseorang itu dah takde,perubahan kita takkan kekal.Berubahlah kerana Allah, sebab Allah itu kekal abadi. :)

(Isu pasal 'baik' ni ada ditulis dalam sebuah novel karya Hlovate,but I couldn't remember novel yang mana satu.)

Islam is the way of life :)

Sekian sahaja. Semoga dapat ambil iktibar.Sama-sama lah kita berubah ke jalan yang diredhai Allah.^_^

Barakallahufiiikum.

No comments:

Post a Comment

Komeng jangan tak komeng. :)