Saturday, December 10, 2011

Baiknya dia!


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini. Diharapkan peluang yang Allah beri untuk kita terus hidup ini dapat dimanfaatkan dengan baik, kerana peluang ni mungkin peluang yang terakhir. Kita tak tahu mungkin esok pagi kita takkan dapat lagi peluang ni. Who knows kan. Well,tajuk untuk entry kali ni, VERSUS. Versus ialah sebuah novel cinta berunsur motivasi ke arah kebaikan. Penulis novel ni HLOVATE. I like her books very much. One of the books is novel Versus ni lah. Seriously, ni bukan sebarang novel. I had never found such an amazing novel sama macam Versus ni. This novel affects my life so much, not in all aspects , but I can feel all the effects selepas baca novel ni. And guess what, aku dah baca buku ni twice. Kinda a continuous motivation. Rasa macam nak baca hari-hari je so that aku tak lupa diri. 


Okay, novel ni is about a guy who loved a girl yang dulunya budak street dan berubah menjadi seorang yang agak baik. Guy ni pun kira macam budak street jugak, and dia minat this girl sejak dulu because this girl hebat dalam skate time join budak-budak street dulu. So this guy, nekad nak berubah, nak berubah jadi baik. Lastly nanti this guy jadi sangat-sangat baik, lagi baik daripada that girl. 


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


Disebabkan ayat Quran di atas ni, perempuan tu merasakan dirinya tak sesuai dan tak setanding dengan that guy. Tengoklah kelainan yang dibuat oleh HLOVATE, selalunya kisah novel cinta berkisarkan tentang cinta terhalang disebabkan taraf hidup yang berbeza, taraf hidup yang dirasakan penting di mata manusia bagi menentukan jodoh masing-masing. Ayat Quran ni sepatutnya dijadikan motivasi untuk kita berusaha menjadi seorang yang baik, supaya suatu hari nanti kita mendapat pasangan yang baik-baik. Ye lah, nak ke kita dapat suami yang suka berfoya-foya, playboy, panas baran, kaki pukul? Mestilah taknak kan. So, ‘baik’kan lah diri anda dan ‘solehah’kan diri anda supaya anda mendapat pasangan yang setanding dengan diri anda.


Oh ye, cerita pasal baik ni, novel ni jugak ada cerita pasal ‘baik’.  Apa tu baik? Pakai tudung, solat 5 waktu, hormat orang tua. Dah cukup baik ke tu? We’ll never reach perfection because there’s always a room for improvement. Maksudnya, kita kena sentiasa berusaha untuk jadi baik secara berterusan, on and on. Persepsi most of people kat Malaysia ni, kalau perangai baik, dah kira baik la tu. Kalau pakai tudung, dah kira baik dah tu. Apa definisi baik sebenarnya ni? Based on this novel, baik tu bila seseorang tu ikut perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya. I think that’s the BEST DEFINITION. Ever.
 .
.
.
.

“Pakai tudung, tapi perangai macam harammm!”


“Harap je pakai tudung, long-sleeves, baju saiz XXXXXL, tapi selalu tinggal solat.”


“Tak pakai tudung tak semestinya jahat.”


“Orang tak pakai tudung lagi baik la daripada yang pakai tudung tapi perangai macam ape entah”

.
.
.
.


Selalu kan dengar dialog ala-ala macamni? It’s not about baik tu, tapi tudung tu yang jadi issue. Orang yang narrow-minded la yang selalu fikir macamni. Cuba tengok firman Allah dalam surah al-Baqarah:


Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."


Orang yang masuk ke dalam Islam secara menyeluruh, itulah baik yang sebenar-benarnya. Baik yang diiktiraf oleh Allah S.W.T. Definisi baik yang dicipta oleh manusia ni hanya diiktiraf oleh manusia je. Aplikasikan Islam secara menyeluruh, not PARTIALLY. Not even 99.99%. It supposed to be 100%. Bukan dalam aspek aurat sahaja, tapi juga ikhtilat (pergaulan), ibadah, dan segala apa yang berkaitan dalam kehidupan seharian kita. Janganlah time nak kahwin baru nak rujuk Islam, baru nak bukak kitab and whatsoever.That’s why ada orang time kahwin je pakai tudung, pakai purdah and all that, bila habis majlis, semua bukak. Tak ke mempersendakan agama kalau macamtu? Nauzubillahiminzalik.

Dalam novel ini juga menyedarkan aku bahawa susah jadi baik, tapi the reward that we will get after jadi baik sangat berbaloi dengan usaha yang kita lakukan. Bukan setakat kita solat 5 waktu, puasa penuh, bertudung, tak buat benda-benda jahat dah kira cukup baik. Kita kena sedar, ada yang lagi baik daripada tu which is orang yang solat 5 waktu pada awal waktu, perbanyakkan solat sunat dan amalan sunat, tidak tinggalkan solat sunat rawatib, baca al-mathurat setiap hari, jaga ikhtilat, jaga akhlak, jaga aurat, etc etc. Islam itu syumul (menyeluruh), dan orang yang mengamalkan keseluruhnnya sekali, itulah sebaik-baik manusia, insyaAllah.

Tiba-tiba teringat pengisian usrah baru-baru ni, kak naqibah aku tunjukkan 1 video lakonan abang-abang yang study overseas. Pasal dua orang yang bersahabat baik, seorang tu baik sikit and the other one tu macam teruk sikit. Apa yang aku boleh conclude kan from the video, ialah kita berdakwah bukan melalui lisan je, tapi kita boleh menunjukkan contoh yang TERBAIK kepada orang sekeliling, especially melalui sikap..ibadah. And ada 1 ayat yang menarik perhatian aku, “Sikap kita memang takkan sempurna, tapi  kita boleh mencontohi yang sempurna.” 

Semoga kita tergolong dalam golongan yang baik di sisi Allah, dan baik di sisi manusia. Golongan yang sentiasa improve diri dan sikap, sentiasa menjaga iman dan akhlak, dan sentiasa memperbaiki & mempertingkat amal ibadah. Amiiiin. Sama-samalah kita berubah ke arah redha Allah, kerana hidup ni tak lain tak bukan adalah untuk beribadah kepada-Nya dan sekaligus menggapai redha Allah seperti firman Allah dalam surah Adz Dzaariyat ayat 56 yang bermaksud: 



Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku“.




Sekian, barakallahufiikum. 




p/s : this entry also can be a reminder for me. And to motivate me as I’m always lost dalam mencari identiti diri.



Jom jadi baik,
Dr 'Afifah ;)


Wednesday, December 7, 2011

terima kasih or thank you?


Assalamualaikum w.b.t

Ungkapan 'terima kasih' dan 'thank you'. Sama je kan? Semestinya maksud sama, tapi bagi aku, ada sedikit perbezaan between dua ungkapan ni. Okay, cuba kita tengok la orang sekeliling kita, kalau perasan lah, jarang orang cakap 'terima kasih' dan mereka lebih suka gunakan 'thank you'. Tak pun 'thanks'. Malah, ada jugak yang guna 'trimas'. Tak dinafikan aku pun selalu jugak guna 'thank you' but usually aku akan cakap thank you to those yang non-muslim or yang memang speaking-all-the-time punya orang.

I think it will be more proper to say 'terima kasih' instead of saying 'thank you' or 'thanks'. Entah kenapa, bila orang say 'thank you' and yang most common, 'thanks',aku tak dapat rasa sangat keihklasan orang yang berterima kasih tu. hehe. It's not like aku cuba nak argue pasal keikhlasan orang berterima kasih, sebab everything based on niat kan, tapi tak rasa ke ucapan 'terima kasih' tu memang jelas-jelas lebih proper and merendah diri. Betul tak? Ke aku sorang je rasa macam tu? 

Tak salah cakap thank you ataupun thanks. It's better than tak cakap langsung kan. Cikgu Sejarah aku pernah tegur kitorang dulu, aku tak ingatlah ayat dia macamana, tapi point dia kat situ ialah ucap terima kasih is better than ucap thank you. Selalu nya orang kalau cakap 'thanks', perasan tak muka dia macamana. Macam muka feelingless and mendatar. Cuba tengok kalau orang cakap terima kasih, mesti nada dia lain, which is perkataan 'kasih' tu  kadang-kadang lebih bersemangat sikit nadanya. Muka pun ceria. hehe. Just my opinion la. Takde nak tuju kat sape-sape. Okay, sampai di sini sahaja. :D


Sekian,wassalam.


terimakasih girl,
Dr 'Afifah

Saturday, December 3, 2011

Midsem exam.

Assalamualaikum w.b.t. Minggu ni minggu kedua aku tak balik rumah. Sebab nak study punya pasal. Yela,kalau balik,memang tido je la keje aku. Takdok keje lain dah. Nak bukak buku pun rasa berat je. Adoiyai. Lagi-lagi ada astro and wifi kat rumah. Macam-macam nak download. And macam-macam drama nak kena qadha'. Cuma bezanya, aku dapat jumpa family aku. Beborak,makan sama-sama,solat berjemaah,bergurau senda,shopping sama-sama. Kalau tak balik, memang belajar je la, tak pun tengok movie. Tapi movie just untuk hilangkan bosan je. Sekarang ni tengah nak habiskan korean drama Secret Garden. Jenuh jugak la nak habiskan episode by episode.

Oh ye,awal bulan January will be our midsem examination. Anatomy dah cover chapter awal-awal tu, Physics pulak ontheway untuk memahirkan diri dengan latihan-latihan application, and Chemistry...huh.guess what,chapt 1 pun tak habis-habis lagi sebab aritu cuti hari isnin dah rugi 2 jam.Kalau tak dah start chapter 2 dah kot.Anyway,aku dah study sikit-sikit chapt 2.SUSAH! But I think I can do it. Yakin 'afifah yakin! hehe. And maths II,alhamdulillah okay lagi. So far, semua nya under control lagi. :) Harap lebih bersedia untuk hadapi midsem nanti,insyaAllah.

But seriously, the toughest subject aku rasa ialah Physics.Physics,you're KILLING me!Oh fortunately I'm still alive sekarang ni.hahaha.Memang agak susah aku rasa, maybe sebab melibatkan soalan application kot. I'm trying my best to get A for this midsem. No matter what happens. Wish me luck! 

Sekian wassalam. :)


Four-flatter-to-be,
Dr. 'Afifah