Saturday, December 10, 2011

Baiknya dia!


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini. Diharapkan peluang yang Allah beri untuk kita terus hidup ini dapat dimanfaatkan dengan baik, kerana peluang ni mungkin peluang yang terakhir. Kita tak tahu mungkin esok pagi kita takkan dapat lagi peluang ni. Who knows kan. Well,tajuk untuk entry kali ni, VERSUS. Versus ialah sebuah novel cinta berunsur motivasi ke arah kebaikan. Penulis novel ni HLOVATE. I like her books very much. One of the books is novel Versus ni lah. Seriously, ni bukan sebarang novel. I had never found such an amazing novel sama macam Versus ni. This novel affects my life so much, not in all aspects , but I can feel all the effects selepas baca novel ni. And guess what, aku dah baca buku ni twice. Kinda a continuous motivation. Rasa macam nak baca hari-hari je so that aku tak lupa diri. 


Okay, novel ni is about a guy who loved a girl yang dulunya budak street dan berubah menjadi seorang yang agak baik. Guy ni pun kira macam budak street jugak, and dia minat this girl sejak dulu because this girl hebat dalam skate time join budak-budak street dulu. So this guy, nekad nak berubah, nak berubah jadi baik. Lastly nanti this guy jadi sangat-sangat baik, lagi baik daripada that girl. 


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


Disebabkan ayat Quran di atas ni, perempuan tu merasakan dirinya tak sesuai dan tak setanding dengan that guy. Tengoklah kelainan yang dibuat oleh HLOVATE, selalunya kisah novel cinta berkisarkan tentang cinta terhalang disebabkan taraf hidup yang berbeza, taraf hidup yang dirasakan penting di mata manusia bagi menentukan jodoh masing-masing. Ayat Quran ni sepatutnya dijadikan motivasi untuk kita berusaha menjadi seorang yang baik, supaya suatu hari nanti kita mendapat pasangan yang baik-baik. Ye lah, nak ke kita dapat suami yang suka berfoya-foya, playboy, panas baran, kaki pukul? Mestilah taknak kan. So, ‘baik’kan lah diri anda dan ‘solehah’kan diri anda supaya anda mendapat pasangan yang setanding dengan diri anda.


Oh ye, cerita pasal baik ni, novel ni jugak ada cerita pasal ‘baik’.  Apa tu baik? Pakai tudung, solat 5 waktu, hormat orang tua. Dah cukup baik ke tu? We’ll never reach perfection because there’s always a room for improvement. Maksudnya, kita kena sentiasa berusaha untuk jadi baik secara berterusan, on and on. Persepsi most of people kat Malaysia ni, kalau perangai baik, dah kira baik la tu. Kalau pakai tudung, dah kira baik dah tu. Apa definisi baik sebenarnya ni? Based on this novel, baik tu bila seseorang tu ikut perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya. I think that’s the BEST DEFINITION. Ever.
 .
.
.
.

“Pakai tudung, tapi perangai macam harammm!”


“Harap je pakai tudung, long-sleeves, baju saiz XXXXXL, tapi selalu tinggal solat.”


“Tak pakai tudung tak semestinya jahat.”


“Orang tak pakai tudung lagi baik la daripada yang pakai tudung tapi perangai macam ape entah”

.
.
.
.


Selalu kan dengar dialog ala-ala macamni? It’s not about baik tu, tapi tudung tu yang jadi issue. Orang yang narrow-minded la yang selalu fikir macamni. Cuba tengok firman Allah dalam surah al-Baqarah:


Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."


Orang yang masuk ke dalam Islam secara menyeluruh, itulah baik yang sebenar-benarnya. Baik yang diiktiraf oleh Allah S.W.T. Definisi baik yang dicipta oleh manusia ni hanya diiktiraf oleh manusia je. Aplikasikan Islam secara menyeluruh, not PARTIALLY. Not even 99.99%. It supposed to be 100%. Bukan dalam aspek aurat sahaja, tapi juga ikhtilat (pergaulan), ibadah, dan segala apa yang berkaitan dalam kehidupan seharian kita. Janganlah time nak kahwin baru nak rujuk Islam, baru nak bukak kitab and whatsoever.That’s why ada orang time kahwin je pakai tudung, pakai purdah and all that, bila habis majlis, semua bukak. Tak ke mempersendakan agama kalau macamtu? Nauzubillahiminzalik.

Dalam novel ini juga menyedarkan aku bahawa susah jadi baik, tapi the reward that we will get after jadi baik sangat berbaloi dengan usaha yang kita lakukan. Bukan setakat kita solat 5 waktu, puasa penuh, bertudung, tak buat benda-benda jahat dah kira cukup baik. Kita kena sedar, ada yang lagi baik daripada tu which is orang yang solat 5 waktu pada awal waktu, perbanyakkan solat sunat dan amalan sunat, tidak tinggalkan solat sunat rawatib, baca al-mathurat setiap hari, jaga ikhtilat, jaga akhlak, jaga aurat, etc etc. Islam itu syumul (menyeluruh), dan orang yang mengamalkan keseluruhnnya sekali, itulah sebaik-baik manusia, insyaAllah.

Tiba-tiba teringat pengisian usrah baru-baru ni, kak naqibah aku tunjukkan 1 video lakonan abang-abang yang study overseas. Pasal dua orang yang bersahabat baik, seorang tu baik sikit and the other one tu macam teruk sikit. Apa yang aku boleh conclude kan from the video, ialah kita berdakwah bukan melalui lisan je, tapi kita boleh menunjukkan contoh yang TERBAIK kepada orang sekeliling, especially melalui sikap..ibadah. And ada 1 ayat yang menarik perhatian aku, “Sikap kita memang takkan sempurna, tapi  kita boleh mencontohi yang sempurna.” 

Semoga kita tergolong dalam golongan yang baik di sisi Allah, dan baik di sisi manusia. Golongan yang sentiasa improve diri dan sikap, sentiasa menjaga iman dan akhlak, dan sentiasa memperbaiki & mempertingkat amal ibadah. Amiiiin. Sama-samalah kita berubah ke arah redha Allah, kerana hidup ni tak lain tak bukan adalah untuk beribadah kepada-Nya dan sekaligus menggapai redha Allah seperti firman Allah dalam surah Adz Dzaariyat ayat 56 yang bermaksud: 



Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku“.




Sekian, barakallahufiikum. 




p/s : this entry also can be a reminder for me. And to motivate me as I’m always lost dalam mencari identiti diri.



Jom jadi baik,
Dr 'Afifah ;)


4 comments:

  1. aha ! Hlovate unik . novel2 die ade mksud yg mendalam . gaya bhsa sntai tp berunsurkan Islamic . sy suke tu :)

    ReplyDelete
  2. sebenarnya.. AKULAH HLOVATE.. muahahaha..

    *okay.. dalam mimpi jelah.*

    ReplyDelete
  3. addin-lee : yess gaya penulisan Hlovate memang menarik perhatian n ada mesej2 tersendiri. sy pun suke. :D

    ReplyDelete
  4. Fatimah Zahra' : Amboi..tau lah ko hebat menulis novel jugak. haha :P

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)