Wednesday, May 30, 2012

Aku Nak Berubah (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t

Ramai orang keep wondering kenapa orang lain berubah, sedangkan sepatutnya perubahan tersebut dicontohi dan diikuti sekiranya baik untuk diri kita dan agama kita.

"You look so different"

"You have completely changed!"

"Dulu kau tak macamni."

Bila kita berubah, orang sekeliling kita mesti pandang pelik. Tak kurang juga yang tumpang gembira atas perubahan tersebut. We can never please everyone around us. Kalau kita buat segala-galanya kerana manusia, semua itu takkan kekal! Ustaz aku pernah cakap, "Kalau kita nak sesuatu tu kekal sampai ke akhirat, sandarkan ia pada Allah S.W.T. Insha-Allah akan kekal sampai bila-bila." Same goes to our relationship with our parents, siblings, friends and also that special someone. hihi. Sandarkan rasa cinta dan sayang itu pada Allah S.W.T, ia akan kekal, insya-Allah.

Dulu aku jahat. What I meant by jahat is, aku 'jahat' dengan Allah. Aku dah buat satu kesalahan / dosa yang sangat besar, dan aku rasa itu adalah kesalahan ku yang paling besar sepanjang aku hidup di dunia ini. Aku menyesal. Penyesalan yang tak pernah berakhir. Rasa berdosa masih bersisa sehingga sekarang. Bila teringat aku akan menangis kerana sesal. Menangis kerana takut. Bercampur baur. Only Allah knows. Ampunilah aku ya Allah ya Ghaffaar.

Jahatnya aku dulu, aku pakai baju jarang, tudung jarang, pakai shawl pendek. Dulu aku suka bersosial dengan lelaki ajnabi. Dulu aku suka lawan cakap ibu ayah. Dulu aku rasa aku sangat teruk. Dulu aku sekolah agama sejak darjah 1 sampailah Form 5, tapi aku rasa aku tak dapat apa-apa. Aku rasa title 'pelajar sekolah agama' tu tak membawa makna apa-apa. Sekolah agama, sekolah je lah. Kat luar sekolah, it's my choice. Sukahati aku lah nak buat apa, nak pakai apa pun. Tapi itu dulu. Sekarang segalanya dah lain.



Aku mula berubah sejak kali pertama aku menjejak kaki ke Management & Science University pertengahan tahun lepas. Aku mula bertekad untuk berubah sedikit demi sedikit. So, aku mulakan dengan pakai tudung bidang. Tapi pakai stokin on off lagi lah masa tu. Lepas tu kalau kat hostel, kalau nak turun pergi kedai, aku just pakai shawl dan tak pakai stokin. 

Semester ke-2, aku buat satu keputusan yang sangat tak disangka-sangka. Aku mula berjinak-jinak untuk pakai tudung labuh bulat. Ibu sangat sokong tindakan aku. Alhamdulillah. Masa zaman sekolah dulu, memang pernah terlintas dalam hati..."Suatu hari nanti aku nak pakai tudung labuhlah." Cuma, tak sangka secepat ini! Umur baru 19 tahun. Perangai macam  hape je. Amal ibadah pun suam-suam suku. Kalau nak ikutkan aku memang tak layak berimejkan tudung labuh. Apa-apa pun, aku kuatkan hati. Bagi aku, selagi tak mulakan langkah pertama, selama-lamanya lah kita takkan pernah berubah.Dan aku juga bertekad, setiap kali keluar je dari rumah, kena pakai stokin tak kiralah nak keluar lama ke sekejap ke jauh ke dekat ke. Alhamdulillah masih istiqamah sampai sekarang. 

Awal-awal pakai tudung labuh dulu, yang banyak beri reaksi pelik nye pelajar muslimin kelas aku. Hahaha. Ada juga yang salah panggil nama. Sebab dalam kelas aku pun ada seorang pelajar muslimat yang memang pakai tudung labuh since awal-awal masuk MSU dulu. Nama dia Farahiyah. Even sampai sekarang ada lagi yang panggil aku dengan nama Farahiyah. Haha. Seriously aku tak kisah pun, tapi aku rasa serba salah lah macam aku ni duplicated Farahiyah pulak. ;p Oh ye, aku  ingat lagi orang first yang salah panggil nama aku ialah classmate aku, Hizri. Yunie (my housemate) pulak terdengar masa tu. Ahh sudah. Memang kena gelaklah. haha. Sorryyy Hiz. Macam main game 'GOTCHA' pun ada. =p


Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan yang asing, dan kembali menjadi asing pada akhir zaman. Beruntunglah orang-orang yang nampak asing itu.


Ada jugak yang tanya, "Kenapa nak pakai tudung labuh?" Selalunya aku akan jawab, "Saje je." Actually the reason why I choose to wear that kind of tudung is because of Allah. I believed that Allah is the one yang gerakkan hati aku untuk pakai tudung labuh. Masa tu kat rumah. Aku tengah 'selongkar' bakul baju untuk pack baju-baju yang nak kena bawak balik hostel. Tiba-tiba aku ternampak ada tudung labuh warna pink dalam bakul  tu. Memandangkan aku dah lama tak pakai, aku pun rasa teringin sangat dan rindu sangat nak pakai. Aku pun try-try la pakai tudung pink tu. Aku tekad balik hostel nanti nak pakailah tudung pink tu. Masa awal-awal dulu, mostly my housemate sangat eager nak try-try pakai tudung labuh tu memandangkan mereka tak pernah pakai tudung selabuh itu! Glad to see that! ;D



Tujuan lainnya, aku ingin menjaga kelakuanku dan jaga batas pergaulan memandangkan dulu aku tak jaga sangat benda-benda ni especially ikhtilat (pergaulan lelaki perempuan). Memanglah selalu orang cakap, "Ala, kawan je. Bukan ada perasaan lain pun." Yeah, dulu aku pun fikir macamtu. Cuma bila fikir balik, hubungan lelaki perempuan boleh menimbulkan fitnah, walaupun hanya berkawan baik. Walaupun masing-masing hanya menganggap "Oh we're just friends, nothing more." In fact, kita tak sedar yang orang lain boleh fikir macam-macam bila tengok kita rapat 'semacam' dengan seseorang yang bukan muhrim. Itu dah timbulkan fitnah namanya! 

Bila bercakap dengan lelaki pun, macam-macam kena jaga. Kena jaga pandangan, kena jaga suara. Make sure tak lunak / menggoda even though lelaki tu tak tergoda langsung pun kan.. But still benda-benda ni kena jaga. Jadi aku rasa, kalau boleh elak berinteraksi dengan lelaki including my own classmate, aku akan cuba elak. It's not like aku nak mengasingkan diri dan jadi pasif. Cuma aku nak menjaga diri dan maruah aku sebagai seorang muslimah. Muslimah yang dicemburui bidadari-bidadari syurga. Insya-Allah. ;)

Lastly, aku terus bertahan untuk pakai tudung labuh ni, ( even though masih lagi on off ) antaranya adalah disebabkan kakak naqibah pernah cakap, "kalau ada yang lebih baik, kenapa nak yang biasa-biasa je?" Ye lah, kalau kita diberi pilihan untuk masuk mana-mana syurga, surely we'll choose jannatul firdaus! If we're given an option to choose antara RM1, RM100, RM1000, RM100000000. Mesti kita nak yang paling tinggi nilainya tu kan? Sama jugak lah kenapa pilih pakai tudung pendek sedangkan ada yang lebih baik? Now I can see that pakai tudung labuh ni, masha-Allah..banyak sangat advantage nya. Subhanallah! It's an amazing feeling. It's totally different when you wear tudung labuh sebab peraturan sekolah, and wearing tudung labuh because you're willing to do so. Sangat-sangat berbeza, masya-Allah.
 

Inilah sedikit sebanyak coretan mengenai kisah hidupku. I know it's quite boring and macam dah biasa sangat dengar. Tapi aku harap, para muslimah di luar sana yang pernah terlintas dalam hati nak tutup aurat dengan sempurna, nak berubah jadi seindah-indah perhiasan dunia..do it RIGHT AWAY. Mujahadah is not easy, because we have to endure all the hardships, all the obstacles along the path, but at the end, we'll gain something that really worth it! It is mardhatillah (keredaan Allah), insha-Allah.

Wow, mardhatillah
tuuu!


"I DECIDED TO CHANGE BECAUSE I KNOW THAT AKHIRAT'S LIFE WILL BE FOREVER AND EVER."




Sekian, barakallahufiik.




Changing for good ain't a crime,
Dr 'Afifah

2 comments:

  1. Afifah, mabruk! Terharu rasa bila baca. Em, satu perubahan yang bkn senang, tp tak mustahil. Semoga istiqamah! :D
    Salam sayang dr Afifah~

    ReplyDelete
  2. syukran jazilan afifah. insyaAllah, kita pun harap kita akan terus istiqamah. :)

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)