Assalamualaikum.
Di malam yang hening ni. Aku nak bercerita pasal MSU. Eh tetiba lak kan. Hehe. Takde la, memandangkan sekarang ni musim UPU and musim dapat tawaran scholarship, jadi eloklah kalau aku meriahkan lagi musim ni. Haha.
Okay. First thing first. Kita mulakan dgn kos hidup kat MSU. Hal ini amat penting ye adik-adik, sebab elaun yang MARA bagi masa foundation memang tak cukup pun haha. Ye la, kos hidup kat shah alam, tinggi la jugak kan. MARA akan bagi elaun sebanyak RM430 sebulan. Mula-mula nanti dia akan bagi untuk 6 bulan terus, so memang dapat beribu-ribu la. Masa tu sape nak tukar handphone samsung kepada iPhone boleh la tapi tak makan la untuk beberapa bulan. ;p
Kat MSU ada cafe, makanan kat situ sedap2. Kalau nak di compare dgn yg kat India ni, cafe MSU berkali kali ganda bestnya insyaAllah. Dulu selalu breakfast spaghetti kat sana. Kalau lunch, makan nasi and lauk. Kalau amik lauk sayur n ayam/daging kalau tak silap bawah RM5 je, tak mahal. Dah tak ingat dah harga berapa. maaf kalau tersilap. So sehari tu boleh la hidup kalau bawak RM5 je pegi kelas. Ada mini market jugak kat sana, ala-ala 7eleven gitu. Kalau nak beli gula-gula,cekelat dan lain-lain lagi, boleh lah beli kat situ.
Pasal accomodation. Masa kitorang dulu, kena duduk kat seksyen 15. Macam rumah kedai gitu. Rumah kat tingkat atas, kat bawah2 ada kedai and restaurant. So kalau lapar kitorang terus turun bawah and pilih je restoran mana yg kita suka. Banyak sangat restoran best-best kat seksyen 15. Rumah kat situ macam apartment, ada 3 bilik. 1 bilik besar untuk 4 orang, 2 bilik kecik sikit. Yang tu untuk 2 orang sebilik. Selesa la rumah tu. Cuma security kurengg sikit cuz tak de pakcik guard tolong jaga kat pagar. The only security adalah sekeping kad. Kad ni kita scan kat tepi pintu pagar kat tangga, so hanya orang yg ada kad tu je lepas nak masuk. Tapi ada je kes pecah masuk, tak tau camane dorang boleh redah pintu pagar tu. Haih. Sabo jela.
Next, jadual kelas. Selalunya tak pack sangat pun. Sehari tu paling banyak ada 3 kelas. Ada masa lain tu, kalau budak bijak dia akan pergi tesco shopping kat sana. Kalau yg lagi bijak, dia akan balik rumah tido. Kalau yang lagi lah sangat bijak dia akan pergi library study. Selalunya apa yg aku akan buat ialah dgn pergi berfoya-foya kat tesco. Oh ye, kat tesco ada hot n roll. Selalu jugak beli kat situ. Tak mahal pun, RM3.90 je savoury paratha. Promote jap. hehe.
Then, pasal subject. Untuk foundation in medical science ni ada 3 semester. Setiap sem subjek lain-lain tau. 1 sem belajar dalam 3-4 bulan kot. Subjek first sem, English 1, Biology, Malaysian Studies, Health Science and Maths 1. Masa first sem aku dapat pointer 3.79. Sikit kan? haha. Alhamdulillah la dapat la jugak dean list, ye dok. Untuk sem 2 agak tough, sebab mostly subjek science. Tapi disebabkan lecturer sangatlah baik dan suka membantu, so aku berjaya dapat 4.0 flat masa untuk sem 2 ni. Subjek-subjeknya adalah Chemistry, Physics, Anatomy and Physiology , Maths 2. Then untuk sem 3, subjek Islamic Studies, Intro to Computer Science, English 2, Chemistry 2, Basic Genetics. Rasa macam tak cukup je subjek ni. Haha. Maaflah, yang ni je yg aku ingat sebab banyak sangat subjek. Untuk sem 3 ni aku dapat 3.75 kalau tak silap lah. Kantoi kat Basic Genetics. Susah gila exam dia. Tapi ramai je yg dapat A. Aku je yg bermasalah sikit dalam genetic genetic ni. Hehe. Overall, untuk 3 sem ni, alhamdulillah dapat CGPA 3.85, lepaslah untuk dapat anugerah dean list n lepas untuk fly! :D
So, tak susah pun nak dapat 3.50 ke atas, selagi balik rumah kau study betul-betul, insyaAllah boleh score. And kalau tak lepas, boleh buat rayuan. Cuma bezanya, memang orang yg tak lepas 3.50 takkan boleh fly. MARA takkan kasi. But still, MARA boleh lagi tanggung kos belajar dia kat Malaysia shj. InsyaAllah, ada hikmahnya kalau tak lepas nak fly. Tak semestinya apa yg kita suka tu yg terbaik untuk kita kan? :)
Okay, lagi apa eh nak cite pasal MSU. Hmm, facilities. Aku memang kagum la dgn kemajuan facilities kat MSU. Best. Mewah. Ada escalator tu yg wat aku teruja sikit. Sikit je la. Tempat pun cantik. Kelas-kelas dia pun selesa, selalunya aircond sejuk sangat sampai boleh cramp 1 badan. Haha. Lepas tu..lecturer selalunya muda-muda and sporting sangat. Rindu la lecturer MSU! :D
Bulan ramadan nanti selalunya akan ada majlis bbuka puasa. Free je tak yah bayar. Makan best lak tu. President MSU belanja. Kaya sangat. Dah lah hensem. Hehe. Pastu, haa. Ada aktiviti mentoring setiap hari isnin. Tapi tengok lecturer jugak la, ada yg tak aktif sangat, ada yg memang every week buat. Best la mentoring. Aku suka kalau part yg mentor belanja makan. Aku kalau bab makan aku memang gembira sangat. haha. Selalunya mentoring ni bincang pasal aktiviti yg fun, so tak stress sangat la kalau asyik belajar je kan. Mentor aku dulu selalu belanja pizza. Sayang mdm!
Okay lah, sampai sini je kot. Dah pukul 2.22 a.m. Kena sambung study Anatomy. Sekarang ni module CNS dah nak habis dah, tinggal seminggu lebih. Lepas tu lagi 1 module, then final exam n PRO exam. Tak sabarnya nak habis first year medic! Oh btw, aku balik Malaysia awal bulan 7 nanti. Nak celebrate ramadan dgn family. Balik 3 weeks je, then balik India balik, ada revision week lg few weeks, pastu baru PRO exam. Kalau tak fail, insyaAllah boleh balik Malaysia lagi sebulan. Elaun habis beli tiket je. hihi.
All the best kepada adik-adik yg bakal menempuh alam kampus ;)
Sekian wassalam.
Miss Lurvians