Monday, November 16, 2015

Clinical year

Clinical year? What do you expect in clinical year? Actually if ikut system malaysia, memang rilex sikit tapi menyusahkan. Biasanya 3rd year major posting, 4tg year minor posting, final year major posting plus lagi 2 posting tambahan (sorry if im wrong!) Menyusahkan sebab apa tau, sebab major posting kite belajaq masa 3 rd year then masa final year we're going to forget everything we've learnt masa 3rd year sebab dah setahun tinggalkan major posting. Haha.

Okay, so now whats your preparation utk masuk clinical year.

First. Rajinkan diri.
Haha. Sebab korang akan rasa macam banyak masa sangat sebab 1 posting ada 11 minggu. Nanti bila dah minggu terakhir baru lah berdebar nak siapkan case write up lah logbook lah nak revise utk exam lagi. So..rajin2 kan lah diri study and try history taking n physical examination at least seminggu sekali or 2 kali. So that dapat biasakan diri. Sebab kalau baca theory sahaja without practicing, masa exam nanti kalau kena perform physical examination depan doctor, doctor boleh detect siapa yg biasa buat and yg x biasa buat physical examination.

Next. Mantapkan history taking and negative history. Negative history ni untuk rule out causes and complication apa2 disease yang kita suspect melalui chief complain dia. History taking ni kalau dah biasa buat lama2 jadi senang and smooth jeee.. Cuma nak rule out tu kita kena tahu theory dulu. So both must be balance to get a complete and perfect history.

Next. Practice physical examination dekat kawan2 dulu then try buat dekat patient. Sebab bila kita tak practice buat dulu, bila depan patient nnt takut kita nampak nervous and blur2 and nanti patient pun tak yakin nak bagi kita check dia. Lagi lagi kalau paediatric, mak ayah dorang kalau nampak mcm kita ni blurr2 je, nnt dorang tak kasi kite check anak dia. So be confident! (Walaupun sebenarnya tak tahu sgt pun. Hehe)

Lepas tu. Untuk vitals examination like pulse, BP, temperature, and resp rate. Kena tahu normal rate berapa. Kalau paediatric susah sikit sebab ada normal rate based on umur.

Then. Kalau ada ward round dengan doctor. Tengok macamana dia manage patient dia. Memang mula2 blur sikit. Kalau nama ubat tak paham tu la rajin2 lah google. Cuz masa exam doctor boleh je tanya ubat apa yang commonly used kat sini utk penyakit ni.

And lastly, jangan cari pasal dengan doctor. Cuz if u mess up with ur doctor, u mess up with ur exam too. Haha.

So all the best!

Bye bye.

Dr-to-be,
Puan 'Afifah

Friday, November 13, 2015

Bersangka baik.

Bismillah. Assalamualaikum. 

Just nak share 1 cerita yang aku rasa kita semua boleh ambil ibrah bersama. Nak dijadikan cerita, semalam aku nak buat sarapan untuk husband, nak bancuh air milo. Rak dapur ada kat belakang. So aku pusinglah ke belakang untuk amik serbuk milo. Sebaik sahaja aku selesai pusing ke arah rak dapur, tetiba ada bunyi meletup kat belakang aku. Aku toleh ke belakang, tengok ada benda pecah. Lampu pendaflour (tak tau lah eja betul ke tak ni haha). Lampu pendaflour dapur jatuh ke lantai rupanya and meletup. Yang bestnya (alhamdulillah) aku tak terkena langsung serpihan kaca yang berderai tu walaupun dia jatuh betul betul di belakang. Time tu memang tersentak kejap. Kalau lah aku tak pusingkan badan aku masa tu, aku yakin memang akan terkena lampu tu dari atas and boleh mencederakan kepala sebab benda tu meletup jugak. Takut sangaat!!!

Lepas tu, suami datang dapur tengok terkejut laa. Macamana boleh jatuh pun tak tahu.Suami pun terus amik penyapu tolong bersihkan. Hihihi.

Nak katanya, kalau Allah tak izinkan suatu musibah itu berlaku, ia memang takkan berlaku. Selalu lah reflect balik, contoh macam kalau 1 hari tu, kita lambat ke kelas sebab motor rosak, atau kunci tercicir ke whatsoever..Cuba lah bersangka baik..Mungkin kalau hari tu kalau Allah izinkan kita pergi kelas awal macam biasa, ada kemalangan akan berlaku kat kita. Mana tahu kan? Sebab Allah je yang tahu apa akan jadi masa akan datang. So, sentiasa lah bersangka baik dengan Allah. Allah kan berada dalam persangkaan hambaNya. Dengan ini, aku nak share 1 ayat drpd kitab suci al Quran kita, daripada surah at Taghabun surah 64 ayat 11.

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (64:11)

Kahwin Masa Belajar? Yes or No?

Kawin kawin kawin.

Ohhoi. Ingat senang ke nak kawin. Haha. Macam macam benda kena settle kan. First of all, you have to ask your parents' permission. Maybe orang akan kata tak perlu pun restu mak ayah, selagi rukun dah cukup, boleh lah kawin. But as for me, restu ibu ayah tu la paling penting dalam hidup ni. Memang akan ada possibility untuk dorang tolak hasrat kita nak mendirikan rumahtangga lagi lagi masih belajar ni, tapi kita cuba la slow talk baik baik dengan parent. Jangan lah buat keputusan terburu buru. Sebab dorang lagi banyak pengalaman daripada kita. Diorang tahu lebih pasal hal perkahwinan. Kalau dorang tak kasi lagi, maknanya dorang belum nampak lagi kemampuan kita untuk berkahwin. So, jangan nak rebel tak tentu pasal. Macam aku dulu..aku pun memberontak jugak la bila ibu ayah tak kasi. Haha. Tapi lama lama..bila dah cool down sikit, cuba lagi pujuk parent. Explain betul betul kenapa kita betul betul nak kahwin. And at the same time, doa..doa supaya Allah izinkan bila sampai masa yang terbaik. Supaya kita jadi lebih tenang..

Kalau mak ayah tak izinkan jugak, kita tunggu..at the same time cuba pujuk lagi. InshaAllah kalau niat kita baik Allah permudahkan. Dorang bukan tak kasi, dorang cuma tak nak kita menyesal di kemudian hari sebab jiwa muda ni kan selalu buat keputusan terburu buru, kadang kadang dipengaruhi emosi, dipengaruhi rakan rakan sekeliling.

Bukan semudah yang disangka. Memanng dah berapa perigi air mata entah agaknya dah terkumpul dalam proses nak kawin ni. Banyak pahit manisnya. Tapi bila dah merasa nikmat kahwin muda ni, alhamdulillah. Its something that ive never exepected pun sebelum ni. Perasaan bersyukur yang teramat sangat sebab Allah bagi peluang untuk aku tambah pahala dengan berbakti kepada suami setiap hari(memandangkan suami sama tempat belajar kat sini hehe). Perkahwinan ni buat aku jadi lagi tenang. Tenang sangat. Susah senang ada suami di sisi. Suami pun banyak support and bagi semangat di kala tengah down. Hari hari study sebelah sebelah, tangan takleh duk diam nak pegang jugak tangan suami yang tengah study. Haha. Overly attached wife sangat.

Okay, next step is..improve diri. Yes, memang ada orang yang jenis "oh lepas kawin la nak jadi baik". No no no. Percaya lah, kalau nak kawin, cuba improve diri dulu. Bukan nak mintak jadi baik macam malaikat. Just cuba perbaiki diri se maximum yang mungkin. Supaya rumah tangga tak porak peranda disebabkan akhlak yang tak elok, atau disebabkan illmu yang kurang. Cubalah isi masa lapang dengan mencari ilmu agama especially. So that apa pun jadi, kita tak mudah terpesong. Cuba la join ceramah ceramah kat surau ke, usrah ke..atau rajin rajin tengok youtube nouman ali khan tu, at least.. nampak lah usaha nak perbaiki diri dengan menambah ilmui, and beramal dengan ilmu tersebut.

Macam aku sendiri, aku join usrah. Dah lama dah, beberapa tahun dulu. Usrah biasa biasa je. Tak extreme sangaat. Tak politic sangat. Sesuai la dengan jiwa ini. Seronok bila ada orang sekeliling bersama sama kita nak jadi baik. So, kita akan tend to push each other or support each other untuk berbuat apa yang patut kita buat sebagai hamba and khalifah. Bukan senang nak jumpa orang macamni. So sekali kita dah jumpa, jangan lah tinggalkan macamtu je. Mungkin tu je satu peluang Allah nak bagi untuk permudahkan kita memperbaiki diri.

Ok lah. Tu je lah. Penat menaip ni. Semoga hati hati yang membaca post ni, sentiasa mendapat petunjuk Allah, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan. AMIIN. :)

Love,
Puan 'Afifah