Bismillah. Assalamualaikum.
Just nak share 1 cerita yang aku rasa kita semua boleh ambil ibrah bersama. Nak dijadikan cerita, semalam aku nak buat sarapan untuk husband, nak bancuh air milo. Rak dapur ada kat belakang. So aku pusinglah ke belakang untuk amik serbuk milo. Sebaik sahaja aku selesai pusing ke arah rak dapur, tetiba ada bunyi meletup kat belakang aku. Aku toleh ke belakang, tengok ada benda pecah. Lampu pendaflour (tak tau lah eja betul ke tak ni haha). Lampu pendaflour dapur jatuh ke lantai rupanya and meletup. Yang bestnya (alhamdulillah) aku tak terkena langsung serpihan kaca yang berderai tu walaupun dia jatuh betul betul di belakang. Time tu memang tersentak kejap. Kalau lah aku tak pusingkan badan aku masa tu, aku yakin memang akan terkena lampu tu dari atas and boleh mencederakan kepala sebab benda tu meletup jugak. Takut sangaat!!!
Lepas tu, suami datang dapur tengok terkejut laa. Macamana boleh jatuh pun tak tahu.Suami pun terus amik penyapu tolong bersihkan. Hihihi.
Nak katanya, kalau Allah tak izinkan suatu musibah itu berlaku, ia memang takkan berlaku. Selalu lah reflect balik, contoh macam kalau 1 hari tu, kita lambat ke kelas sebab motor rosak, atau kunci tercicir ke whatsoever..Cuba lah bersangka baik..Mungkin kalau hari tu kalau Allah izinkan kita pergi kelas awal macam biasa, ada kemalangan akan berlaku kat kita. Mana tahu kan? Sebab Allah je yang tahu apa akan jadi masa akan datang. So, sentiasa lah bersangka baik dengan Allah. Allah kan berada dalam persangkaan hambaNya. Dengan ini, aku nak share 1 ayat drpd kitab suci al Quran kita, daripada surah at Taghabun surah 64 ayat 11.
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (64:11)
No comments:
Post a Comment
Komeng jangan tak komeng. :)