Tuesday, December 8, 2009

Suara bukan Aurat?




SOALAN:::
Benarkah suara wanita itu aurat utk diperdengar kpd umum kecuali utk membaca Quran/mendidik? Bagaimana jika utk berzanji, nasyid (seperti kumpulan Solehah), pertandingan berbalas pantun, bersajak, pertandingan debat, syair, nyanyian lagu tradisional & patriotik seperti lagu Negaraku & Jalur Gemilang? Saya musykil kerana terdapat banyak lagu yg dinyanyikan oleh wanita pada zaman ini. Adakah suara wanita itu aurat adalah ijtihad lama yg sudah tidak relevan dgn situasi di Malaysia sekarang? Saya meminati nyanyian Siti Nurhaliza kerana kemerduan suaranya. Adakah suaranya itu aurat utk umum, dan wanita sepertinya hanya boleh menyanyikan lagu nasyid sahaja. Bukannya lagu patriotik / tradisi / pop etnik. Sekian, terima kasih..

JAWAPAN:::
Dalam surah Al-Ahzab ayat 32 bermaksud :
" Wahai isteri-isteri nabi, kamu sekelian tidaklah seperti wanita-wanita yang lain. Jika kamu bertaqwa, maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucaplah perkataan yang baik"

Merujuk kepada Fatwa Negeri Kedah bahawa suara perempuan bukan aurat maka dengan itu tiada haram didengarkan kecuali jika timbul fitnah kepada lelaki yang ajnabi. Demikian juga haram hukumya jika terdapat kelazatan kepada pendengar yang ajnabi menurut pandangan Imam Zarkasyi ( Sila rujuk Tuhfah al Muhtaj Jilid 7 halaman 192) .


Ermm..for sure uolls pernah dengar yang suara wanita itu aurat right??Memang ada wujud percanggahan in this case.Boleh ke kita dengar wanita menyanyi?Macam dengar lagu Siti Nurhaliza,Britney Spears,Miley Cyrus,Rossa?Or even dengar nyanyian nasyid by women.?

Walaupun nyanyian yang memalukan itu haram dikerjakan bila disertai dengan perbuatan haram atau mungkar namun mendengarkannya tidaklah haram. Keharamannya itu terbatas pada mendengarkannya secara langsung dari penyanyinya ditempat maksiat (contohnya konsert secara live!), bukan kerana suara penyanyi wanita itu aurat. Keharaman itu terletak pada sikap berdiam diri terhadap nyanyian yang berisi kata-kata mungkar dan si penyanyi wanita tersebut menampilkan kecantikannya untuk ditonjolkan dengan membuka auratnya, misalnya rambut, leher, dada, betis, paha dan bahagian aurat lainnya(ambek ko~). Inilah yang diharamkan oleh syara’, bukan kerana masalah mendengarkan nyanyian wanita itu.


Suara wanita bukan aurat kerana jika disebut demikian, mengapa Rasulullah SAW mengizinkan dua budak wanita menyanyi di rumahnya ? Selain itu, baginda SAW juga tidak keberatan berbicara dengan kaum wanita, sebagaimana yang terjadi ketika menerima bai’at dari kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan beliau pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan menyanyi di hadapan Rasulullah SAW. Semua keterangan tersebut dan keterangan serupa lainnya menunjukkan bahawa suara wanita bukan aurat.


Selain itu, syara’ telah memberikan hak dan kekuasaan/kebenaran kepada kaum wanita untuk melakukan aktiviti jual-beli, berdagang, menyampaikan ceramah atau mengajar, mengaji Al Quran di rumah sendiri, membaca qasidah atau syair dan sebagainya. Jika suara mereka itu dianggap aurat atau haram diperdengarkan maka tentu syara’ akan mencegah mereka melakukan semua aktiviti tersebut. Inilah hujjah yang kuat. Memang diakui, syara’ melarang wanita menampilkan perhiasannya di hadapan kaum lelaki yang bukan mahramnya, melenggak-lenggok atau manja dalam berbicara sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:


“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...”[An Nur: 31]

(ayat AQ yg quite slalu la gak kita sumerr dengar kn??)

Syara’ tidak melarang wanita berbicara dengan lelaki dengan syarat ia tidak menampilkan kecantikan atau perhiasannya kepada masyarakat umum di samping ketentuan lain yang telah ditetapkan oleh syara’. Oleh kerana itu, mendengar suara wanita tidaklah haram sebab ianya bukan aurat. Tidak ada larangan wanita untuk berbicara dengan kaum lelaki kecuali dengan suara manja, merayu, mendayu atau keluhan yang dapat menimbulkan keinginan kaum lelaki untuk berbuat jahat, serong dan perbuatan dosa besar yang lainnya terhadap wanita tersebut. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:

“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]



Apabila wanita sudah melanggar perintah tersebut maka tidak hanya dirinya yang terlibat dalam perbuatan dosa atau haram, tetapi setiap orang yang membiarkan hal tersebut kerana mereka tidak menyeru kepada yang ma’ruf terhadap wanita itu dan tidak pula mencegahnya melakukan yang mungkar.(Astaghfirullahaladzim..)

Rasulullah SAW bersabda mengenai hal ini:

“Siapa saja di antara kalian yang melihat adanya kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya. Jika ia tidak mampu melakukannya, maka hendaklah dengan lisannya. Kalau inipun tidak mapu dilakukannya, maka hendaklah dengan menolaknya dii dalam hatinya. Tetapi itulah iman yang selemah-lemahnya.” [HR Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa’i dan Ibn Majah]




So,what would you say about this?Agree or not?This article was grabbed from a website and apeape comment,opinion,pandangan,penambahan or bantahan amatla dialu-alukan.Yg baik datang dari ALLAH,yg buruk dtg dari kelemahan diri sy sendiri. Wallahu ‘alam.


No comments:

Post a Comment

Komeng jangan tak komeng. :)