Sunday, June 19, 2011

Last entry. ;p

Salam..
HEY THERE! ;)
Ini last entry kot sebelum masuk MSU. Cewah. Macam la selama-lamanya kat MSU.
Ini bukan farewell speech ke hape ke ok. 


Cuma...........


Ini sekadar entry terakhir sebelum aku bergelar pelajar msu.
Sebelum aku jadi pelajar foundation medic.
Sebelum aku bersara daripada jadi penganggur sepenuh masa.
Lepas ni jarang la kot aku update belog tercinta ni. 

Tapi aku nak update jugak next week! haha. I really hope orientation week nanti best,tak boring and tak ngantuk.
oh please msu...be kind to us during orientation week. =P

Huuuuuhhh. *sigh*
Lepas ni tak dapat lah aku pantau adik-adik aku lagi.
Well, selama ni aku lah warden dorang yang paling garang. HAHA.
Bukan garang,tegas je.Abang aku lagi garang kot. ka3. 
Mana taknya, adiK-adikku ada 7 orang. 7 ORANG okayy. 2bro,5sis.
Kiranya aku ni kakak sulung la tapi anak kedua.
Lepas ni tak dapat laah aku nak tanya dorang :
"Dah siap homework belum?"
"Dah basuh kasut ke belum?"
"Dah iron baju sekolah?"
"Skaf,stokin dah carik?"
"Buku-buku semua dah masuk dalam beg?"
"Kau ada tusyen tak?"
"Exam bila?"
"Exam canang bila?"
"Kau dah ulangkaji lum?"
"Lampu kipas bilik apsal tak tutup?"
"Esok pekse ape?"
"Hari ni hari ape?"


(soalan last sekali tu memang kedengaran agak sengal. tapi memang aku suka tanya soalan tu pun kat adik ku. Sejak jadi penganggur ni aku jarang tengok kalendar. hehh -_-' )

Tak dapat la aku nak tegur dorang macamni kalau tak dengar cakap ibu..

"kau dengar tak apa ibu cakap tadi?"
"ibu suruh apa tadi? dah buat ke belum?"

Kalau ibu suruh memang dorang liat sangat nak buat. Bila aku dah naik suara baru lintang pukang nak buat. Haduih. Lepas ni aku kene turunkan 'kuasa' aku kepada adik perempuan ku yang form 3 tu. (huh,kuasa?) Dia je la boleh diharap (hopefully!). Aku harap dia mewarisi kegarangan dan ketegasan akak and abang sulung dia tu. Hopefully. Aku tengok dia ada talent jadi akak yang garang wooo. Siyesly. HAHA. Okay. Harapnya adik-adikku dapat teruskan hidup macam biasa even without me dalam rumah tu!
Study Hard Pictures, Images and Photos
Study lah betul-betul wahai adik-adikku. ^_^

Aku cuma risau jugak lah. This year 3 orang adik aku ada exam besar, UPSR,PMR,SPM. Aduih. Berat kot nak control dorang. Yang SPM tu lelaki. Sekolah vokasional. Dia tere math gak aku tengok. Syukurlah dia mewarisi ayah. Yang form 3 tu pun tere math and mewarisi ayah jugak. Cuma yang UPSR tu..perempuan but dia malas sikit. Perangai macam tomboy sikit tapi dia girly jugak sometimes. Aku risau sebab dorang bertiga kurang study la..I mean,dorang tak struggle sebagaimana aku wat dulu. 

Well, bukan aku nak kata aku ni belajar 24 hours dulu,tapi at least aku utamakan study more than anything else. Bukannya aku tak layan internet dulu. Bukannya aku tak hang out ngan kawan2 dulu. Bukannya aku tak keluar umah langsung . Bukannya aku ngadap buku dari pagi sampai tengah malam. NO. I lived my life macam manusia biasa. Nak enjoy2 tu biasalah, tapi pandai-pandai control la kan. 

study hard Pictures, Images and Photos
Study hard study smart .
Aku tengok adik-adik ku yang 3 orang ni.. macam enjoy tiap masa je. Aku tak nampak dorang study bila. Ada la jugak study kadang-kadang.Ada 1 malam tu,aku tengok adik aku yang form 3 tu layan fb je. Padahal dia baru dapat result pekse mid year exam and ade 1 subjek dia dapat C.Kalau da ade 1 subjek kantoi tu pandai-pandai la cover study balik. Ni tak, lagi enjoy ade lah. 


Yang form 1 tu pulak tengah pegang wayar USB nak masukkan lagu. Lepastu aku nampak kat bilik adik aku yang form 1 tu, ada 1 lukisan nama dia yang tak bersiap lagi. Maksudnya dia bukan buat homework or study kat bilik tu, tapi dia melukis bende yang ntahapeape. I know dia minat melukis. Aku rasa dia nak ikut jejak abang dia nak amik bidang architecture. Tapi janganlah abaikan study tu. Bila aku tanya homework dah siap ke, dia jawab ada satu je homework.Lepas tu aku pun tegur la kalau dah siap or xde homework,study la. Kalau result pekse bagus takpe la jugak. Time tu mood memang tengah geram tengok sikap adik aku yang 2 orang tu. Bukan pe, dorang dah sek menengah da pun. Takkan nak kena bebel lagi. Pandai-pandai sendiri la. 


Then, yang UPSR tu, dia nak belajar punya la susah sangat. Bila tanya kerjarumah dah siap ke belum dia cakap takde, tak pun dia jawab dah siap dah. Bila suruh study ke wat revision ke, dia cakap dah baca buku dah tadi. Mana aku tak geram. Semua dah. Kalau betul semua tu dia dah buat,takde la result pekse dia corot-corot gitu. Ibu aku pun bising tengok result dia yang tak menentu tu.

Success Quotes Pictures, Images and Photos
Never give up. :)
Yang aku perasan dia (yang darjah 6) satu-satunya adik perempuan aku yang degil,malas belajar and kureng sikit dari segi akademik. Puas la aku suh dia wat revision,tegur dah banyak-banyak kali..Tapi macamtu jugak la dia..Adik perempuan aku yang lain semua okay la, stabil. Yang paling genius si budak kecik tu kot. Adik aku yang last sekali tu, umur 5 tahun. Semua bende dia tau,cepat hafal,suka bercakap,cepat faham and suka buat homework. How cute! Kecik-kecik dah rajin buat homework. Aku dulu takde homework pun time tadika. hahaha. Tak payah suruh dia belajar, belum sempat aku suruh dia belajar, dia dah pegang dah buku dia. adeih. my beloved adik yang super comel. i'm going to miss you la adik. haha. :')

rindu Pictures, Images and Photos
Akan merindui kamuuu! :)
Aku pun tak tau nak buat macamana lagi dah. Aku tak mampu nak ubah apape. Itu semua bergantung kepada usaha dorang. AKu cuma tolong sikit-sikit je. The rest, dorang tentukan sendiri. Nak berjaya, takkan nak tidur je memanjang,on9 je memanjang kan..Adik aku yang nak SPM tu, aku dah nampak dia macam ada kesedaran sikit la. Maybe sebab ayah selalu cakap, "result macamtu,dah besar nanti jadi ape.." Kalau ada kesedaran tu,syukurlah. Aku ada nampak dia study pagi-pagi baru-baru ni. Lega la sikit..Yang form 3 tu tak tau lah. Kalau takde homework tengok tv, tak pun on9. Alasan dia,'takde homework' . tak pun 'homework tu bukan kena hantar esok'..Ahha, aku pun selalu macamtu dulu. Tapi kalau aku malas buat homework yang tak kena submit esoknya, aku akan wat revision. Tapi dia enjoy pulak. Adeih. -_-"


Memang masing-masing ada cara belajar masing-masing, tapi agak-agak la. Cara belajar orang berjaya dgn orang gagal tu definitely tak sama. Harapan aku semoga dorang dibukakan hati untuk belajar bersungguh-sungguh,bukan kerana exam je, tapi demi masa depan dan demi memajukan umat islam itu sendiri. 


management & science university Pictures, Images and Photos

Ok lah. enuff membebel. Sape yang berjaya baca bebelan ni sampai habis memang salute habis lah. haha. Esok gi MSU! Segala barang dah siap packing. Banyaaaaak sangat barang. Tak cukup tangan nak bawak. So, i'm going to pinjam tangan ibu ayah and 2 adik ku. ngeh ngeh ngeh. It's already 12.40 a.m. Aku nak tido. Mimpi MSU. hahaha. Sudah sudah. Pen off!

Good luck untuk 3 adik-adikku ni. Semoga result gempak! amiiin~ :)


Sekian wassalam.


Budak MSU,
Dr. Lurvians.


Never Say Goodbye Pictures, Images and Photos

p/s : i don't wanna say goodbye. :p

Thursday, June 16, 2011

Tawaran MARA ❤️


Hey there. Salam.. 20 June ni aku akan berangkat ke MSU secara rasminya. Yeah! Memang excited. Based on ape yang tertulis dalam offer letter ni, I'm going to pursue my studies di India untuk Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery(MBBS), insyaAllah next year. Tapi tengok jugak result nanti. Pointer must be 3.50 and above la kan. MARA pulak tetapkan 13/15 kalau nak fly. Means that, 3 subjek utama kene dapat at least ABB. Haraplah tak susah sangat. huhu. Oh yeah, jumlah yang MARA kena support untuk foundation sahaja ialah RM23 320 termasuk yuran belajar,transport,accomodation,elaun sara hidup (RM430 tiap bulan) dan lain-lain. Baru 1 year foundation. Dah sambung MBBS nanti ratus2 ribu kot. And, duit tu tak boleh guna untuk tujuan lain (tau-tau je.) =.="


Persiapan untuk ke MSU? Oh, 85% done. Ade sikit-sikit barang yang tak beli lagi. And baju-baju semua dah sumbat dalam luggage. Baju-baju kurung and jubah dah hang. Ada dalam 15 ke 16 pasang macamtu lah. Tapi bawak 10 je kot. Bed sheets, pillow and pillow case dah ready dalam beg. And mostly barang-barang aku warna pink. Err. Tapi aku bukannya fanatik sangat dengan pink. Tapi dah barang tu warna pink je yang paling cantik, aku pun beli la..haha. I love purple, so much. tapi susah sesangat nak jumpe barang purple kat luar sana. grr. whatever. 


Aku tengok schedule orientasi, start 9am-9pm. Tapi taktau la kot-kot tu sekadar dalam jadual je. Biasalah, manusia ni suka buat jadual, nak ikut jadual punye lah payah (aku la tu! hihi). Orientasi macam biasalah seminggu je. I mean seminggu tu tak termasuk cuti dua hari tu la. Aku nak balik tiap minggu! HAHA. Gediknye. Kemungkinan aku akan tinggal kat Seksyen 15 Shah Alam. Ada student MSU (dak foundation medic mara jugak) kat sana cakap kat seksyen 15 tu tempat dia baru-baru and kedai-kedai tak banyak bukak lagi. Rumah macam apartment,ade 3 bilik. Dapur takde. Tapi washing machine,tv,katil semua tu ade la. Merana la kalau takde. TV tu pun dah cukup kot nak menghiburkan hati. Ececeh. Ayaaat tak bleh blah. =p


Senior kat situ cakap, MSU ni sangat-sangat-sangat aktif dengan aktiviti luar. Wah, I like that! Kenapakah? Sebab sekolah lama aku dulu tak aktif sangat aktiviti luar, lagi-lagi kalau melibatkan girls. Haduihh. So, kalau bakal uni aku ni sangat aktif, i'm sooooooo glad to hear that. Aku pun dah kenal2 beberapa student yang bakal wat foundation kat MSU under MARA and ade gak dak A-level MSU under JPA. Kitorang dah buat group sendiri kat FB! Ahakz. Group ni mostly pelajar tajaan MARA yang akan buat foundation medic kat MSU. So, kitorang baanyak la discuss pasal borang, pasal transport, accomodation, medical check-up and so on. Betapa excited nye kitorang kan? HEHE. 


Itu lah cirita nya. I really hope that I will pass the cut-off point yang ditetapkan oleh pihak MARA and MSU so that aku dapat fly ke India next year untuk sambung MBBS. I wanna go to India!! Ha, sebelum terlupa,aku ada 1 cite! Hari tu aku pegi kedai Singer (ala jenama letrik Singer,menawan keluarga bahagia tu) untuk beli iron. Iron tu macam best je, tak sabar nak pakai nanti. hehe. Owner kedai tu orang india..Dia tanya ibu aku:

Owner kedai : Ni anak student ke?
Ibu : Ha'ah..
Owner kedai : Belajar kat maktab ke? (maybe sebab maktab perguruan tu dekat dgn kedai dia)
Ibu : Eh tak lah. Dia nanti sambung belajar kat MSU,taun depan ke India buat medic.(amiiiiiiiin!)
Owner kedai : Oh,bagus. *pandang aku* nanti u pegi ke luar sana, minda u berkembang, bagus. *thumbs up*

Dia sambung lagi..

Owner kedai : India bagus. Bukan nak cakap kat sini tak bagus,tapi kat sini kurang sikit lah. Anak sedara saya ada 2-3 orang belajar medic kat sana.. U pegi la belajar sana, bagus.*angguk-angguk*

Lepastu kitorang balik umah. Aku  pun dah sengih-sengih. Dia promote negara dia, negara aku? Huhu. Sebenarnya dia nak cakap yang study abroad lagi bagus daripada study kat sini. Maybe sebab dia india, and dia puji negara india, so aku rasa agak..hurmm entah lah. Patriotik kot. hehe. Tak kisah lah, asalkan mesej dia sampai kat aku. India memang bagus pun wat medic, sebab practical sangat banyak kat sana. Already know that. ;p


Tapi kat Malaysia pun bagus gak,actually bukan senang nak sambung medic dalam negara. Kalau result time asasi K.O, jangan haraplah nak sambung medic dalam malaysia. Even 4-flatter pun dah berlambak skang. Pakcik aku cerita kat aku hari tu pasal anak kawan dia, dapat straight A's spm, n result asasi almost 4-flat kat PASUM. Tapi tak dapat sambung medic. Dia dapat kos IT ke sains komputer ntah. Tapi mestilah dia taknak kan course tu. Kesiannye! adeih. Result gempak. Study bagai nak gilak. Tapi tak dapat sambung medic, course pilihan dia. Kalau aku, menangis tak berlagu laaa. 


Last-last dia pakai agen sambung medic kat Mesir. Maklumlah,malaysia kan segalanya berlandaskan exam. And very strict. Tapi kat negara lain tak strict sangat. That's y ramai yang suka belajar kat oversea. Dapat tambah pengalaman, belajar berdikari, senang dapat keje and boleh melancong. Haa,fyi,student malaysia kat luar negara memang suka melancong! huhu. Aku sangat bersyukur dapat MARA ni. Thank you MARA! Aku rasa terjamin sikit masa depan aku. Hopefully I can do my very best to achieve what I wanna be selama ni. This is just a beginning. Perjalanan masih panjaaaaaaaaang. Cuz I'm still young! hehe. 


Err. enough merapu-meraban. It's time to go. Doakan kejayaan ku untuk menjadi seorang doktor muslimah berjaya dunia akhirat! amiiin. Semoga aku selamat sampai ke India taun depan untuk sambung MBBS. InsyaAllah, i'll do my best. wish me luck. daaa.

Sekian,wassalam.

Salam sayang,
Dr.Lurvians



Monday, June 13, 2011

Hari-hari terakhir.

cousin and adikku yang GILA-gila. lol.

Busy la this week. Isnin and selasa aritu my grandma datang, tidur sini. Then, adik-adik perempuan aku yang form 1 and form 3 tu lak tido umah makcik aku seminggu, dah tu semua keje aku kene buat sensorang. Lagi-lagi hari isnin n selasa tu pakcik makcik aku semua serbu umah sebab my grandma ada kat sini. Buat air teh memang dah expert. Tak payah nak rasa banyak kali, sekali buat memang sedap. HAHA. Hari rabu my cousin and my sis yang tido kat umah makcik tu ajak pegi JJ sebab boring duk umah je and asyik kene ngadap homework je. Hari rabu aku pegi JJ main bowling and tengok nur kasih the movie.


ohh nur kasih the movie sangat slow and cerita tu tak sesuai dengan jiwa aku. Time tengok cite tu aku feelingless gile, kecuali time keretapi meletup and time abang adam tu kena belasah. Ha, time tu aku nampak macam ade perasaan sikit. HAHA. Hari khamis my jiran ajak main bowling. Aku keluar dengan dia tak kuar duit sesen pun sebab fully sponsored oleh my jiran. TYSM sebab belanja bowling and steamboat. Sayang gile kat kau Hannan! heheh. 


Hari Jumaat lak aku keluar dengan ibuku dari pagi sampai petang. Mula-mula buat akaun Affin Bank sebab kat MSU nanti ada Affin Bank je (sengal kan? grr) . Tibe-tibe bile orang yang kat kaunter tu tengok tarikh lahir aku dia cakap 'oh tak cukup 18 lagi' lepas tu dia bangun and amek ape bende tah lepastu dia datang balik dia cakap "Syarat2 nak buat ATM card ni kene 18 keatas. kalau tak kene charge RM20. Memandangkan birthday dia tak lama lagi , jadi lepas tarikh tu boleh datang balik buat kad. Sekarang ni saya bagi num akaun je." Lepastu pegi Maybank. Maybank lagi senang. Tak cukup 18 pun dia kasi buat kad atm. Affin Bank je kedekut. Lepastu,pegi shopping barang hostel kat econsave and giant. 


Hari Sabtu lak hang out dengan my 2 BFFs iaitu azra and yani. Aku nak beli beg study and Azra nak beli beg idaman dia. Beg Gucci. Gune duit elaun yang berlebih-lebih tu. cewaah. Hari ahad sambung shopping barang hostel. Petang tu my grandma datang umah. Beliau nak duk sini seminggu sebab takde sape jage beliau  nanti. My maklong kene operate hari isnin,esoknya. Sebelum ni maklong yang jaga grandma aku. So,sepanjang minggu ni aku la kene uruskan n jaga my grandma. My grandma sihat je, cume die tak boleh banyak jalan and takleh wat keje berat. Nak masak pun da tak boleh. Sebab efek drpd operate usus dia dulu..


Alhamdulillah, pembedahan maklong selamat sudah. Maklong kene operate sebab kanser serviks. Dulu arwah atuk kene operate sebab kanser hati, wan(my grandma) aku kena operate sebab kanser usus, sekarang ni maklong pulak. Keinginan untuk jadi pakar onkologi semakin membuak-buak. Cukuplah, kehilangan arwah atuk utk selama-lamanya dah cukup merobek-robek hati aku. I don't want to lose orang2 yg aku sayang.At the future kalau ade my family yang sakit, aku yang akan berusaha rawat dorang, NO MATTER WHAT HAPPENS.


Hari isnin (yesterday) pun aku shopping lagi. haha. Tapi kali ni aku pegi sendiri la. Malam-malam. Tak banyak pun. Hari selasa (today) aku puasa .Walaupun tak sahur, tapi aku kuatkan hati jugak untuk puasa. Lagipun duk uma je, tak gune banyak tenaga. Tenaga untuk ampai kain and masak je. HOHO. Petang ni maybe singgah pasar malam kejap.  Wuu, da lame tak singgah pasar malam ampangan tu. Ok lah, enough bout my daily routine sepanjang minggu lepas. HAHA. Sekian, wassalam.


BUDAK EXCITED NAK MASUK MSU,
Dr. Lurvians

Tuesday, June 7, 2011

Sweet dream or nightmare huh?

:')

Malam semalam aku mimpi dia.

Aku tak rindu dia, tak ingat kat dia pun,tapi tiba-tiba je mimpi dia.

And aku dah lupakan dia kot. Dah tak ingat dia lagi. Dah lupa habis ar. Zero okay, ZERO!

Aku mimpi dia, dia duduk kat depan aku dalam majlis ape ntah. Dia pakai baju melayu.

Then, ade orang kat sebelah dia pass kan something kat dia untuk bagi aku. I can't really remember ape benda yang di pass nya tu, tapi macam fail la kalau tak silap.

Bila dia dah pass fail tu, aku tengok muka dia, dia pun did the same thing. Dia tenung macam nak telan aku. Sengal sungguh! Aku pun tunduk. Tengok and belek-belek fail tu. Lepas tu aku pandang depan, dia masih tenung aku. WTH! Jaga pandangan la wey. Haha.

Dah lama tenung aku, dia bersuara. Dia ajak aku sambung belajar kat tempat dia belajar sekarang.

Aku pun ,"Hah? Kat ******?Apsal pulak?" (stars tu stand for negara tempat dia belajar)

Dia pun angguk.Lepas tu tiba-tiba dia baca surah al-ikhlas depan aku. Apekene la dia ni. Adeii. =,="

Time tu aku terfikir, aku dah dapat tawaran MARA pegi India, so it's impossible utk aq sambung blaja gi ****** plak.

Mimpi aku memang merepek-repek. haha. Yang aku paling tak faham, dia tak bagitau pun reason kenapa dia ajak gi belajar kat sana, tapi cuma baca surah al-ikhlas je. Memang tak faham. Oke lah, enufff pasal mimpi-yang-aku-tak-faham ni. sekian.

notakaki1: Muka dia lain sikit dalam mimpi ni, but i know it's him
notakaki2: aku dah dapat surat tawaran rasmi mara! yuhuu. :D

Wassalam.

Dr. Lurvians.

Monday, June 6, 2011

Kisah Doktor.

Doktor oh doktor. Macam2 cerita pasal doktor yang aku dengar belakangan ni.

Cirita #1
Semalam akak angkat aku datang umah dari selangor. Naik ktm and sampai umah naik teksi. Nama akak aku tu kak Salsabila(not a real name hahah)

Kak Salsabila: Nurul(nama panggilan aku), driver taxy tadi tu doktor.

Aku : Hah??Driver? Doktor? *berkerutkerut muka*

Kak Salsabila: Ye. Doktor! Tak tau la doktor pakar ke ape..*yakinkan aku la tu*

Aku : Ish, apsal pulak? Ade ke doktor jadi driver teksi. Bukan doktor busy ke?

Kak Salsabila: Betul. Doktor...Dia buat part-time ke ape ntah. Dia doktor kat hospital besar tuu.

Aku : *aku gelak* part-time??

Kak Salsabila: Dia cite dalam teksi tadi, dia tanya akak nak pasang air-cond ke taknak dik,akak cakap tak kisah,lepas tu dia cakap eloklah tu sebab air-cond ni penyebab paru-paru berair.Lepas tu dia tak cakap dia ni doktor, dia cakap "mungkin sy ni doktor, nurse, pembantu, bla bla bla *tak ingat dah* " lepas tu dia cite pasal patient2 dia, confirm la doktor.

Aku: Oo..muda lagi ke?

Kak Salsabila: A'ah, nampak macam muda.

Aku : hah? mude??heee *grin*

Kak Salsabiela: Tu la, die cite macam-macam, akak pun 'ha, yela2'..angguk je. *gelak*

Whoa, doctor jadi driver teksi? wth? maybe die keje swasta kot, specialist. Doktor pakar kan x busy sangat. So, dia rasa boring nak isi masa lapang die dgn jadi pemandu teksi. huh? munasabah ke? haha. die suka drive kot. macam aku. drive dah jadi hobby aku skang. wah3. tak pun, dia bukan doktor, maybe pembantu doktor, or nurse ke kan. Tapi akak aku nampak dia macam doktor, i mean gaya dia. akak aku tanya nama dia pun dia taknak bagitau. perahsia sungguh. dapat tau klentong siap laH! haha

Cirita #2

Pak Lang n Mak Lang aku datang umah tadi. Dia ade cite pasal something.

Mak Lang: Ade anak cik Nazri tu doktor, busy betol. Ada sekali tu 3 hari tak balik, dia bawak beg troli pegi hospital.letak kat bilik rehat.

Ayah : Memang, time housemanship memang teruk betul la. Jiran depan umah ni, anak die housemanship kat Melaka, memang teruk keje.

Aku : *eleh, da tau da.haha.*

Pak Lang : Ade lagi sorang kawan tu doktor, jalan laju betul. Penat den nak kejar..

Ibu: Memang dia dah di train jalan cepat-cepat tu..busy..

Mak Lang: Slim la kau nurul dah jadi doktor nanti..

Aku : *sengih*

Pak Lang: Nanti Nurul buat kepakaran la. Pakar kat hospital swasta keje sikit, gaji banyak.

Mak Lang : Ha, betul..Kalau tak silap sejam dapat RM300..(pastu,berdebat dgn paklang pasal gaji pakar.haha)

Ayah : Macam cikgu jugak, cikgu cemerlang bayaran lain, cikgu biasa lain..

Aku memang dah sedia maklum time housemanship ni memang menderita ,tapi sekejap je.Aku ingat nak sambung pakar nanti. Demi masa depan anak-anak aku. haha. Aku taknak anak-anak aku terbiar sebab keje busy doktor ni. (ceh, ayat tak bleh tahan. hoho)

Cirita #3

Makcik aku, cik zah pun datang petang tadi. Time dah salam-salam nak balik tu...

Cik Zah: Nanti kalau hantar wan pegi la jumpa Dr Shah kat KPJ tu..Dia pakar onkologi.

Aku : *tertarik dengan perkataan onkologi tu* hah. Oo..

Cik Zah: Dulu time dia jumpa Dibah(my cousin) dulu dia suka tanya-tanya,dia cakap kat Dibah "ni boleh amek medic nii.." Nanti nurul jumpa lah dia. Pakar onkologi tu..

Aku: Oh yeke.. hehe. *grin*


Dr Shah tu yang operate wan aku kat KPJ dulu. Sabtu depan wan aku kena jumpa dia wat medical checkup kot. Kalau ade rezki, dapat la jumpa pakar onkologi tu. hehe. Memang menjadi cita-citaku untuk menjadi pakar onkologi berjaya dunia akhirat. cewah. insyaALLAH. :)

Tu je la cirita nya. Tak de la banyak mana pun, 3cerita je. Ok lah. Sekian saja, wassalam.

Oncologist-to-be,
Dr. Lurvians

Karipap Pusing

Karipap pusing. Hah ape tu? Karipap yang berpusing ke? Hahaha. Tak lah. Ini merupakan sejenis kuih yang kulit dia nampak cam pusing2. Wee. Ape aku merepek ni. Huh. Okay okay. Hari tu aku belajar buat karipap pusing daripada ibu kesayanganku. Wah. Rajin anak ibu! Haha. Penat buat kuih ni. Aku dapat merasai betapa penatnya orang yang buat kuih hari-hari untuk dijual bagi menambah pendapatan hidup. Dulu pun aku penah try jual kuih, part-time dgn kawan. Bukan jual la, tapi buat and tumpang kat gerai orang. Komisyen die ambik sikit. Mule-mule untung jugak. Tapi tak banyak. Hari ke-2, memang tak laku sgt so rugi banyak arr. Then ktorang decide untuk berhenti je  la. Wat keje lain. Haha. Penat gile wat kuih sampai tengah malam, last2 rugi je. Makcik yg owner gerai tu dia nasihat kat ktorang "Jual kuih ni kena sabar dik.Tak boleh putus asa! Tapi terus terang makcik cakap, memang penat." Aku pun cakap dalam hati ," Ha'ah penat penat. memang kena sabar. Tapi aku ni tak tabah.T_T" 

RESEPI ni la yang den pakai..

bhn2:
tepung gandum
marjerin
air

Cara2:

1. amik tepung gandum..bahagi dua bahagian

2. satu bahagian..bancuh dengan air..cam nak buat karipap biasa tu.. (A)

3.satu bahagian tepung gandum..campurkan dengan marjerin..bubuh banyak sket marjerin tuh..uli sampai jadi tepung karipap..(B)

4. kepalkan yg A..bulat2..uli2 kat tangan..then leperkan sedikit..tak yah nipis..tebal tak pe.
5. kepalkan yg B..bulat2..
6.masukkan  B (tepung bermajerin tuh) kedalam A yg dalam keadaan leper tuh..maksudnya..bungkus B dalam A. 
7.bulatkan semula..campuran tuh..uli kat tangan supaya jadi bulat..
8.amik pencanai..leperkan campuran tuh...leper2....kan jadi ratakan...
9. gulung campuran tepung yg dah leper tuh..gulung kan jadi panjang kan...
10.amik pencanai ....penyekkan gulungan tuh...so..gulungan tadi jadi rata balik..then ..
11. gulung semula.. amik pisau..potong gulungan tuh.kecik2.tebal lebih kurang satu cm.. then amik pencanai..leperkan gulungan yg dah dipotong kecik2 tuh...anda akan dapati tepung adunan tu...rata..dan permukaan akan nampak 2 lapisan..yg bermajerin dan tepung biasa..masukkan inti,,,,klip pakai tangan..goreng....





yang atas ni rupa dia agak cacat tapi rasa dia perfect tau ! hahah. yang ni anak2 dara ibu sy yang buat(termasuk aku lah tu)

AMARAN : Jangan ketawakan kuih karipap ni! dorang tak bersalah! Tukang buat pun tak bersalah sebab ini first time okay first time. huh. :p

yang lawa ni my mum yang buat. you can compare dengan gambar atas ni,hahaha.


Itu sahaja. Sekian,wassalam.

Pengusaha kilang karipap pusing,
Dr. Lurvians

Friday, June 3, 2011

Lebuhraya Karak.

Assalamualaikum w.b.t

Semalam aku hang out dengan adik n cousin ku dengan sorang kawan adikku,suhana. Fun jugak la. Aku jadi driver bertauliah tak bergaji. Mule-mule pegi Masjid Negeri, my adik nak siapkan kerja kursus. Sementara menunggu tu baca novel Twilight dalam kete, my cousin,Weda baca novel aku novel Tunas by hlovate. Then, kitorang pegi tengokss wayangss kat terminal 2, MBO cinema. Sunyi je term2 tu. Wayang dia pun tak ramai tapi tempat dia best la. Sebab baru2 sikit kan. Tengok cite Karak. Karak seram. Seram time mule-mule je, last-last tu aku dah tak larat nak jerit. Siyes. N ada sekali tu sampai nak tersedak popcorn disebabkan takut sangat. Mane tak nya, time tengah takut tu sumbat popcorn banyak-banyak dalam mulut. =.=" My cousin,Weda pun tercekik popcorn,nasib baik ada air lipton ice tea. haha. 



Model sambilan.


Karak ni actually nama highway. Kat highway ni banyak kemalangan berlaku. Ada sekumpulan pelajar kolej (if tak silap la) lalu highway ni bila jalan utama jammed. Waktu tengah malam. Time perjalanan tu ade kawan die nak buang air kat tandas yang sangat buruk,lama and seram! Fuhh. Time ni suspens. and banyak jeritan2 yang aku dengarr. WTH. (Aku termasuk sekali,haha) Aku suka part yang last-last. Bukan sebab dah tak seram. Tapi sebab dia ade sedarkan aku pasal iman. Wah. Bajet je. Tapi siyes ni. Kat highway tu nanti dorang accident sebab kena kacau hantu (biasalah hantu memang suke kacau orang) lepas tu kereta jatuh kat tebing and semua tu kawasan hutan. Lepas tu salah sorang daripada dorang terpisah. Dia ni perempuan, pernah jadi qariah tapi tak pakai tudung pun. Nama dia ape ntah tak ingat. Aku rasa dia ni yang paling baik berbanding kawan2 lain. Tapi dia ni dah lama tak sembahyang. Dulu dia solat, tapi disebabkan pengaruh kawan dia dah tak solat. Nanti dia ni kena kejar hantu nenek tua. Part ni aku jerit. haha. (bukan aku sorang je ok)



dua saudara sepupu..

Part yang paling aku suka ialah time perempuan yang kat atas ni kena keliling dengan hantu2. hiii. cuak betul saat itu. Dia cuba baca ayat Kursi tapi nak tau tak, hantu tu ikut sama-sama dengan dia baca ayat kursi. Ya ALLAH, geram gile aku tengok hantu tuu! Ade satu hantu tu cakap, "takde lah kuat sangat iman kau." aduii. Menangis perempuan tu. Then, Tok Malam ( orang yang tolong tumpangkan rumah dia kat tengah hutan untuk dorang2 ni berteduh ) pesan kat perempuan ni, baca ayat Kursi, kuatkan semangat, kuatkan iman, jangan tau baca ayat kursi je, tapi hayati n yakini makna nya skali (lebih kurang macamtu lah ayatnya). Dalam keadaan ketakutan, perempuan ni baca maksud ayat kursi tu (maybe sebab dia qariah dulu-dulu, tu yang dia hafal maksud ayat kursi). Mule2 dia takut2, lepas tu nanti dia akan berdiri and baca maksud ayat kursi tu penuh semangat and yakin. Meremang bulu roma aku bila aku tengok dia baca maksud ayat kursi tu. Aku tersedar betapa besarnya kuasa Allah. dan betapa kerdilnya aku kat dunia ni. huh. Lepas tu semua hantu2 tu hilang. yeay! ^^



Gadis rooftop.

Ending die sedih. Tapi aku tak nangis okay. hehe. Nanti semua mati kecuali perempuan tu. Tapi aku tak faham sangat ending dia. Aku tak sure sama ada perempuan tu mati ke tak. Sebab pemberita tu cakap, "ada 4 orang yang terlibat dalam kemalangan, tapi hanya 3 mayat dijumpai."  Aku tengok yang tiga tu bukan mayat perempuan tu. So? Whatever k. Lepas habis cite tu, aku masih rasai lagi ketakutan n keseraman cite tu. Menggeletar time drive kete avanza yang gemok tu. Kitorang decide nak makan kat Terminal 1, parking kat bawah library. Time nak masuk parking tu, cermin kanan terlanggar tiang. And nasib baik takde apape yang pecah. Aku sangat kelamkabut time parking tu. Adeihh. 




yeah, I'm not a good driver. sorry guys.

Dah habis makan nak pegi Masjid Negeri solat zuhur. Shejuuukkk! aircond dia pasang kuat2. i like! hehe. Tapi sebelum sampai masjid tu, ade something happened. Kete avanza yang gemok tu hampir2 dihimpit due kereta. Dari jauh aku da nampak ade kete wira yang benti belah kiri tu nak masuk ke kanan. Aku nampak dia benti. Aku pun jalan je lah. Tapi bila dah betul2 kat sebelah kete wira tu, dia pegi jalan main masuk je lorong aku! sengal! monyet! drive macam takde brain. hahah. amek ko. geram aku. Dia hampir nak langgar kete aku, aku pun elak la ke kanan sikit, tibe2 ade kete dari belakang laju je jalan kat sebelah kanan aku and jarak dia sangat dekat. Aku terpaksa tekan minyak habis-habis untuk elak berlanggar sebab kiri and kanan kereta macam nak himpit aku .And secara sedar tak sedar aku tutup mata (kejap jela) time tekan pedal minyak habis-habisan tu sebab rasa ngeri! Sengal punye kete wira! budu nyer. geram geram geram. Adik aku, weda and suhana dah jerit2 kat belakang tu. Takut accident. haha. 

Then ktorang pegi JJ. Tapi Suhana tu tak ikut,dia kena balik rumah dia jauh. So, tinggal 3 orang je la, aku,adikku and cousin ku weda.  Nak cari parking satu hal. Ramai orang. Ni yang leceh ni drive kete. Naik skuter senang je nak parking. Nak menyelit mane2 pun senang. hehe. Aku parking kat atas skali. Rooftop. Time ontheway gi JJ adik aku nampak sesuatu.

Zati (adikku) : Fulamak. Smart ahh!
Weda(cousinku) : Ha'ah la!
Aku : Ape tu?
Zati : Kete tuu.

(Tiba-tiba ade kereta sporty warna merah lalu sebelah kete aku)

Aku : fuh.ha'ah! smart lah!

(Kete merah tu dah ade kat depan aku)

Aku : Jom kita buat2 langgar nak kete tu. (sebab nak tengok driver sape)
Weda : *ketawa* woii. nanti free2 je kene tengking. reject terus!
Zati : *ketawa* tengok-tengok tak hensem.
Aku : Selalu nye yang naik kete macamtu orang cina.
Weda : Cina ok lagi. kalau *&*%^&%*^$#$?? taknak lah. hahahaa

(Kitorang gelak samasama.haha) 

Kat JJ time carik parking kitorang jumpa kete tu lagi! haha. Kitorang follow kete tu naik atas carik parking. At last dapat gak ktorang tengok driver die. haha. Sebelum ni cubaan ktorang untuk tengok driver tak berjaya sebab cermin tingkap dia tinted habis! tak nampak bayang langsung. Kat JJ tu dia bukak tingkap. And betullah sangkaan aku, orang cina. Ktorang dah gedik2 kat dalam kete tu sebab driver die mude,smart and hensem. hik3. *mood menggatal* sengal betul. Dah dapat parking kat rooftop, ktorang pegi jalan-jalan. Aku nak survey handbag untuk ibu aku. Hadiah sebelum masuk MSU. Weehee. Tak sure nak beli apa sebenarnya. Untuk ayah aku beli tie je kot. Kat The Store tingkat atas tu murah2 and cantik2. Berkenan lak aku tengok.


    

cewahh!


Oh ye, terlupa pulak. Ada lagi satu kejadian yang berlaku kat JJ ni time cari parking. Macamni, aku tengah drive la macam bese carik parking, drive pun selow selow la kan. Tibe-tibe lak ada 1 kete belah kanan aku undur kete (nak keluar dari parking). Oi tak nampak ke aku tengah dok lalu belakang kete kau ni. Kete gemok macam ni pun tak nampak ke. Eee yaii. Die undur sikit, aku pun brek sikit. Lepas tu die undur lagi sampai la lagi sikit nak langgar. Aku brek habis2. N then aku hon dia. Padan muka. Haha. Aku ni bukan jenis suka hon-hon orang. Kalau dah 'hot' sangat memang aku hon. ishhh. Tak pe lah, dia tak perasan kot. (cuba bersangka baik. huk3 )

Time kat masjid negeri, Weda cakap,"ada kene-mengene ke kejadian yang berlaku kat kita ni dengan Karak."

Aku pun, "tah-tah, ade benda ikut kita tak.Tak pe takpe, kita dah ade kat masjid da ni."

Konon da selamat la tu. haha. siodd je. Sampai terbawak-bawak. Karak oh Karak..



Dua budak ni nak PMR taun ni. :)


Ini lah kete avanza yang gemuk tu.


With my cousin,weda.  Dia ni gang aku jugak sebab kuat jerit dalam wayang.


Comel kan baju putih tu! Siap bersambung dengan seluar.



Dah nak balik dah! tataa~

Solat asar kat rumah Weda. Lepas tu lepak-lepak kat umah dia sampai kul 7. Minum neslo and biskut cream-o. Sambil tengok tv. And bluetooth gambar. And tengok gambar2 ni kat laptop Weda. Then aku borak-borak ngan makcik aku tu. Dia cite pasal anak dia kat matrix. And pasal azra n yanie kat matrix. Die pun ade cite pasal pelajar2 shams yang kat oversea skang. Pasal puasa ganti pun ade. Macam-macam lah. (Biasalah,perempuan...)

p/s: dalam cite karak tu, aku suka betul line ni,
 "AWAS HANTU LALU LINTAS, SILA LAJUKAN KENDERAAN ANDA"  :D

Itu je lah. Harap terhibur. Wah3. Sekian saje, wassalam.


miss lurvians.