Monday, June 6, 2011

Karipap Pusing

Karipap pusing. Hah ape tu? Karipap yang berpusing ke? Hahaha. Tak lah. Ini merupakan sejenis kuih yang kulit dia nampak cam pusing2. Wee. Ape aku merepek ni. Huh. Okay okay. Hari tu aku belajar buat karipap pusing daripada ibu kesayanganku. Wah. Rajin anak ibu! Haha. Penat buat kuih ni. Aku dapat merasai betapa penatnya orang yang buat kuih hari-hari untuk dijual bagi menambah pendapatan hidup. Dulu pun aku penah try jual kuih, part-time dgn kawan. Bukan jual la, tapi buat and tumpang kat gerai orang. Komisyen die ambik sikit. Mule-mule untung jugak. Tapi tak banyak. Hari ke-2, memang tak laku sgt so rugi banyak arr. Then ktorang decide untuk berhenti je  la. Wat keje lain. Haha. Penat gile wat kuih sampai tengah malam, last2 rugi je. Makcik yg owner gerai tu dia nasihat kat ktorang "Jual kuih ni kena sabar dik.Tak boleh putus asa! Tapi terus terang makcik cakap, memang penat." Aku pun cakap dalam hati ," Ha'ah penat penat. memang kena sabar. Tapi aku ni tak tabah.T_T" 

RESEPI ni la yang den pakai..

bhn2:
tepung gandum
marjerin
air

Cara2:

1. amik tepung gandum..bahagi dua bahagian

2. satu bahagian..bancuh dengan air..cam nak buat karipap biasa tu.. (A)

3.satu bahagian tepung gandum..campurkan dengan marjerin..bubuh banyak sket marjerin tuh..uli sampai jadi tepung karipap..(B)

4. kepalkan yg A..bulat2..uli2 kat tangan..then leperkan sedikit..tak yah nipis..tebal tak pe.
5. kepalkan yg B..bulat2..
6.masukkan  B (tepung bermajerin tuh) kedalam A yg dalam keadaan leper tuh..maksudnya..bungkus B dalam A. 
7.bulatkan semula..campuran tuh..uli kat tangan supaya jadi bulat..
8.amik pencanai..leperkan campuran tuh...leper2....kan jadi ratakan...
9. gulung campuran tepung yg dah leper tuh..gulung kan jadi panjang kan...
10.amik pencanai ....penyekkan gulungan tuh...so..gulungan tadi jadi rata balik..then ..
11. gulung semula.. amik pisau..potong gulungan tuh.kecik2.tebal lebih kurang satu cm.. then amik pencanai..leperkan gulungan yg dah dipotong kecik2 tuh...anda akan dapati tepung adunan tu...rata..dan permukaan akan nampak 2 lapisan..yg bermajerin dan tepung biasa..masukkan inti,,,,klip pakai tangan..goreng....





yang atas ni rupa dia agak cacat tapi rasa dia perfect tau ! hahah. yang ni anak2 dara ibu sy yang buat(termasuk aku lah tu)

AMARAN : Jangan ketawakan kuih karipap ni! dorang tak bersalah! Tukang buat pun tak bersalah sebab ini first time okay first time. huh. :p

yang lawa ni my mum yang buat. you can compare dengan gambar atas ni,hahaha.


Itu sahaja. Sekian,wassalam.

Pengusaha kilang karipap pusing,
Dr. Lurvians

3 comments:

  1. ermm.....cecoment...cecoment.....
    para juri sila beri komen n markah yer please...

    ReplyDelete
  2. juri2 tolong diam ye, jgn bnyk cakap. haha

    ReplyDelete
  3. kena suap ngan karipap pusing kasi pusing ckit juri......hahaha

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)