Sunday, September 25, 2011

advantage main game?

Sunday
25th September 2011
7.08 P.M.
Hostel Seksyen 15,Shah Alam

Salam. Hari ni hari ahad. hehe. =.=" Bukan tu point nya, actually nak cakap kat sini yang aku dah makin addict dengan game.Uhh. Sabo jela. My housemate yang start 'virus' ni, so secara tiba-tiba 'DNA' kepunyaan 'virus' tersebut telah penetrate ke dalam lappy aku. Aku sebagai owner lappy terkena 'infection' sekali sebab 'virus' tu macam strong je. Haha. Ape aku merepek ni, tau la baru khatam tajuk VIRUS: SPECIAL CASE. haha. Tapi takde la aku main game all the time, cume lepas boring study, aku akan main game. Ada banyak. Start from Zombie vs Plants. Eyy siyes best,try la main untuk sesape yang tak pernah main lagi. Aku dapat game ni dari housemate,transfer gune thumbdrive. Untunglaa. Skg ni game dah bertambah, Travel Agency, Wendy Wellness, Vogue ape ntah tak ingat. Semua ni game Time Management punya category. Benefit die, korang akan jadi segar sebaik sahaja main game ni cuz ia memerlukan kepantasan dan kecekapan. So,kalau nak stay up malam-malam boleh lah main game selang-seli dengan study. Aku pernah buat. Berkesan la jugak. Dapat stay sampai kul 5 tanpa consume sebarang caffeine. Oh k la,enuff sampai sini je la. 

As a conclusion, marilah kita sama-sama main game untuk meningkatkan kecergasan. Haha. GOODLUCK!

P.S.: tahap keberkesanan depends on kekuatan iman masing-masing untuk menahan diri daripada terus bermain game 24 hours. I'm not that kind of person yang main 24 hrs, cuma sebagai penghilang bosan je, dah hilang bosan,sambung la study balik okay.

till here. wassalam.

Game princess,
Dr. 'Afifah

Friday, September 23, 2011

It's not the end.

Saturday
5.41 a.m.
24th September 2011

Salam. Semalam dapat berita buruk, yang paling buruk pernah aku dapat sepanjang berada kat MSU. Aku tak kuat nak hadapi situasi ni. Aku taktau apa silap aku sampai jadi macamni. Aku mengharapkan yang terbaik,tapi apa yang aku dapat ialah yang terburuk. Menyakitkan. Tapi aku percaya, setiap usaha yang aku dah buat, akan ada hasilnya 1 hari nanti. I'll never give up. I'll try to accept this berita buruk dengan penuh redha. Ada hikmah yang ALLAH ingin tunjukkan. Allah beri apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu. Maybe I need this failure in order to be more success in the future because failure is a secret of success kan?ok good luck 'afifah~

Tears are falling down,
Dr. 'Afifah.

Sunday, September 11, 2011

horror story.

Salam. Semalam aku pergi raya-raya dengan kawan baikku since form 1 iaitu Azra and Yanie. Beraya rumah kak Moriza, Husna(ex schoolmate), Iwan(ex-tuitionmate) and rumah member azra yanie, nama dia Rashid. He's a good guy,anyway.haha. Dia ada lagi dua orang member, JD (Zaidi) and Azam. Macam-macam ragam la dorang ni. Okay, tetiba tadi ade banyak incident berlaku. One of them is tayar kereta pancit. Nasib baik pancit kat depan umah Rashid. Kalau time ontheway balik,xtau la camane. Dah la maghrib time tu. Tak memasal je kena solat maghrib rumah Rashid. Haihh.Tapi bilik tetamu die ada aircon and piano lama. Rumah dia macam klasik sikit,macam scary tapi lawa seriously.

Dah pancit tayar tu, Rashid,Azam and JD try tuka tayar spare. Aku sebagai seorang perempuan sejati memang taktau apa-apa pasal hal ehwal kereta.Aku tau start enjin,drive and tutup enjin,that's all.haha. Last-last terpaksa bawak gi kedai tayar. Time tu kedai tayar lagi sikiiiiiiit lagi nak tutup.Kalau dah tutup memang terpaksa balik pasang hazard light laa.=.=" Kedai tayar tu dah tutup hampir semua pintu kecuali ade 2 pintu macamtu laa tak tutup lagi. Semua pekerja die dah kuar da,ade yang dah balik. Aku fikir,'kalau lambat few mins je tadi,confirm tak sempat." Tapi alhamdulillah, ALLAH maha kuasa menentukan segalanya. Orang tu cakap kene tukar rim tayar spare masuk kan kat tayar lama, and masukkan angin. Kena bayar RM6. Ok la kan,drpd kena tukar tayar. hehe.

Lepas tu ada 2 cerita scary. First, kawan aku,azra nampak kucing berdiri tegak pandang arah dia. Azra  naik kancil time tu, sebab nak bawa kancil tu gi kedai tayar. Aku and Yanie naik ngan Rashid,kete Waja. Kitorang kat belakang kete Kancil tu. Azra nampak time lampu kereta tu suluh ke depan,so terang la kan, tp kitorang bertiga tak nampak pun. Kelibat kucing pun xnampak. Kucing tu memang seram,besar and berdiri sangat tegak,based on apa yang Azra cite. Then time ontheway ke kedai tayar jugak, nampak 1 teksi buruk,lama berhenti kat depan sekolah, lampu belakang terbukak, but dalam kete sangat gelap,xnampak apape.Lepas tu Azra ada  nampak sorang pakcik guard  berdiri tegak kat sekolah tu, pakai baju putih. Seram je. Maybe sebab tengah takut,so fikir macam-macam.

Tapi kan, area situ memang berhantu. Cuz ada cite benar, dulu ada sorang perempuan pakai susuk, and dah mati tak sempat keluarkan susuk tu. Tanah tak terima dia. So ada hantu pocong menghantui area situ, and ada orang cakap dah sampai ke Paroi,Seremban semua tu la. Pastu aku cakap,"oo,jauh pocong tu jalan." Hahah. actually,lompat. Pocong mana boleh jalan kaki. heee. Lepas solat maghrib kat rumah Rashid,kami pulang ke rumah, kul 8.30. Ada sekali tu,jalan takde lampu langsung. Lampu kete tak cukup tinggi nak suluh jalan depan. Memang xnampak jalan. Means kalau ada selekoh memang tak nampak. Nampak setengah je,sebab lampu kancil kan rendah je. Then, bawak slow2. Yang seramnye takde kete depan belakang. Uihh. Seram. Baca-baca je la. Alhamdulillah,selamat sampai rumah Azra, mak dia buat open-house-tak-dirancang.hehe. Makanan tak cukup kat rumah  Azra, mula-mula laksa habis, mee goreng habis, last-last nasi goreng cina kitorang tolong masak. And makan sekali. Sampai umah azra je terus kena masak en. Menarik2. haha. 

Pastu tengok cite OHH HARAMM. Best and kelakar.Rugi tak tengok. It's about a guy yang sangat alim, tak boleh tengok perempuan, cakap ngan perempuan tak pandang muka pun, dengan adik die pun taknak bersentuh. Haihh over pulak mamat ni. Cara die cegah kemungkaran pun macam tak sopan, tak beradab. Kita kan kena cegah kemungkaran dengan cara yang berhikmah dan bijaksana. Bukan dengan cara kasar. Itu akan mencemarkan lagi imej Islam. Kul 10.15 aku hantar Yanie balik, time tu hujan! Azra Yanie takutkan aku "Nanti ada teksi tadi potong kete ko,tengok2 ade balik kat belakang." pastu "nanti nampak kucing  berdiri~" haha. takut gile. Aku ni penakut la, maybe sebab BANYAK sangat tengok cite hantu.Tapi kalau berani,memang berani teramat sangat. Adeihh.=.=

Ok dah lah. Itu cerita semalam.Itu sahaja.Wassalam.

Writer of the horror story,
Dr. 'Afifah

handbrake.

Handbrake. Ada 1 kisah pasal handbrake ni. Aihh. Ape lah nasib. Tadi aku bermurah hati hantar adikku and her friends gi open house rumah teacher faiizah. Time nak balik, handbrake takleh turun. Adeihh. Cuak sangat. Then,terpaksa minta tolong ayah kawan adik aku, tolong setelkan handbrake tu. Pakcik tu sporting gile. untunglaa. Dia tolong turunkan handbrake tu, payah jugak la. Take time dalam 5 mins macamtu. Pastu da ok,then aq baru perasan yang handbrake td pakcik tu tak turunkan habis-habis,tp still boleh jalan lagi, dah jalan depan sikit ayah kawan adik aku tu suh behenti, aku pun bentikan tepi jalan.Sebab takleh jalan kalau handbrake tak turun habis,boleh terbakar. Aku cuak la,cuz this is my first time menghadapi this kind of situation.Pakcik tu benti kat depan kete aku,die turun and tolong turunkan handbrake tu sampai habis. Memang susah la. Aku cuak gile time tu. Last-last dah okay dah. Aku pun berterimakasih kat pakcik tu. Pakcik is truly our saviour. hehe. alhamdulillah. Doa aku termakbul time tu jugak. Terima kasih ya ALLAH!! Kitorang balik dengan hati yang lega dan gembira. ;)

Sekian,cerita untuk hari ni. Wassalam.

Lega,
Dr. 'Afifah.

Friday, September 9, 2011

Syawal di MSU

Bismillah. Assalamualaikum to all muslimin and muslimat. Ceh macam nak  bagi speech pulak. hehe. It has been a week after cuti raya. Cuti raya seminggu tapi aku rasa best la raya tahun ni.Minggu ni aku puasa 6. dah 3 hari dah. Alhamdulillah. Dipermudahkan untuk sempurnakan puasa bulan syawal ni. Dugaan jugak sebab selalu nampak my classmate pegang kuih raya la,roti coklat la,susu goodday la. haihh. Sabar jela. Tapi I did enjoy puasa bulan syawal ni.It's different,for sure.Mane tak nya,orang lain sibuk 'membalas dendam' sebab xdapat makan di siang hari.Aku pulak duk berlapar di siang hari.Tapi bila berbuka tu memang nikmat la,orang yang xpuasa memang tak rasa la nikmat tu. Ahh,semua orang tau tu.haha.

Oh yea,semalam aku baru tau pasal berita rompakan kat restoran india muslim di seksyen 15 dekat dengan SpeedMart.Seksyen 15 tu la tempat tinggal kitorang kat sana, and selalu jugak la lepak kat SpeedMart. Seram je,dorang rompak lappy,handphone pelanggan and bawak balik mesin cashier.Senjata dorang guna parang. Ada cctv restoran tu. google lah. kat youtube pun ada. Tapi kelakar lak time perompak tu bawak lari mesin cashier.Macam comel je. haha. Pape ntah.

Sekarang ni aku tengah menjalani second half sem untuk first sem.Bio ada 7 chapter lagi.Msian Studies ade belas2 chapt, xingat ada berapa maybe around 13 macamtu la.Huhh terkejut bila lect cakap macamtu. Banyak kot! Health science tak banyak sangat chapter,plus senang je hafal hafal.InsyaALLAH. Tinggal sebulan je lagi nak final exam.Cuak lah! Maths ade lagi 2 chapter. Maths chapter 4 pening sikit, polynomial lagi senang kot. Ishh. Tak sabar nak habes final exam. Cuti 3 minggu!  Untunglaa.~ Apsal la tak sebulan je. Kan cantik sikit bunyiknya. grr.

So far aku boleh survive lagi.Mana taknya,sebulan lebih je belajar,tibe2 exam.Banyak lagi subjek nak kena belajar untuk next sem.I need four flat~ Aku nak fly dengan result 4-flat. Harap cita2 aku ni tercapai,amiiin. Kalau x pun,ada hikmahnya tu. Usaha pun kena four flat jugak lah kan. Malam tadi kitorang satu rumah tengok cerita santau kat tv3,tutup lampu. Siyes seram pulak. Jerit2,gelak2 pun ada.Haha. Asal boleh je nak gelak. Housemate aku memang kuat gelak.Tak tau la nape. :P

Ok lah. Ni je la nak bebel. Saje je update belog yang hampir berhabuk(tak berhabuk lagi ok) ni.Doakan aku and kawan-kawan aku dapat fly next year! amiiin. :D

Salam Aidilfitri,
Dr. 'Afifah Sidek