Saturday, November 19, 2011

SUKAN SEA XXVI

Assalamualaikum.Sekarang ni heboh dah pasal sukan sea.Actually aku baru tahu kewujudan sukan sea ni minggu ni bila my housemate bukak tv and tengok sukan sea acara renang kalau tak silap.Kalau tak memang sampai bila-bila pun tak tahu pasal sukan sea yang sedang berlangsung ni.Well,aku taknak la jadi medical student yang tak tau apape regarding isu semasa kan.hehe *senyum bangga cececeh* :p

Okay.Sukan Sea ni berlangsung di Gelwiora Srijaya Stadium Palembang,Jakarta,Indonesia pada 11 hingga 22 November 2011.Dah nak habis dah pun.Maskotnya cicak komodo(aku pun tak tau la cicak spesies ape ni,tapi nanti  la aku tanya mr google ea).Negara yang terlibat ada 11 dan atlet yang bertanding melibatkan lebih 6000 orang.Sukan Sea ada 44 sukan dan 545 acara.

Malaysia telah menghantar 608 orang atlet dan mensasarkan 45 pingat emas.Setakat ni Malaysia berjaya mendapatkan 47 pingat emas,43 pingat perak,64 pingat gangsa. Cayalah Malaysia! And and Malaysia kini berada pada kedudukan ke 4 which is top 4 la kan. Yang mendahului Malaysia ada 3 negara iaitu Indonesia dengan 140 pingat emas, Thailand 85 pingat emas dan Vietnam dengan 80 pingat emas. Memang susah la nak kejar especially Indonesia, tuan rumah Sukan Sea. =___=' Apape pun,good luck Malaysia! Whatever the result is, ku kan tetap menyokong mu. (Yelah, takkan nak sokong Myanmar pulak kan.)

Sources: belog and seagames 26th :)

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Dr. 'Afifah

Thursday, November 17, 2011

Aku dapat 4flat!!



 Assalamualaikum w.b.t

Aku dapat 4.0 flat!!!!!! HAHA mane ada lah.
4.0 flat tunggu semester 2 dan 3 ni okay. ;D

Alhamdulillah,tadi baru dapat result sem 1.Overall okay okay la,lepas 3.50 and lepas 3.75.Alhamdulillah.Syukur.Tapi,time first-first aku tengok result aku,aku rasa agak kecewa sikit la sebab tak dapat 4flat.Tapi takde la kecewa frust menonggeng sampai nangis-nangis.Chill la.Aku dah ready fizikal dan mental sebelum dapat result ni.Aku sentiasa berdoa so that Allah beri aku kekuatan secukupnya time dapat result nanti.Alhamdulillah,aku rasa aku dah cukup kuat untuk menerima yang aku tak berjaya dapat 4flat and at the same time aku rasa lega sebab result aku above 3.75. Terima kasih ya Allah,syukur alhamdulillah. :')

My result is:

4.00-0.21=??????

Kira la sendiri ea. :P

Aku dapat A dua subjek je.
Yang lain semua A-.
Sedih and terkilan sebab subjek-subjek yang aku target A and senang dapat A(rasanya la) tapi aku tak dapat A. :(


Bermula dengan Biology.Sejujurnya ku akui subject ni memang tough bagi aku cuz ada 13 chapter kesemuanya dan kena cover all chapt for less than 4 months.Lecturer sibuk mengejar syllibus and sape yang slow tu memang ketinggalan la.Aku pun slow gak kekadang tapi wat discussion dengan housemate,ok sikit.Time midsem,result Biology aku memang sangatsangat HORRIBLE sebab aku dapat B.Bukan B+ k,tapi B!Aku rasa sangat sedih dan frust tahap infinity sebaik sahaja mendapat tau Bio dapat B.Madam Intan,our lecturer dah tolong-tolong bagi tips exam,tapi still dapat B.Alhamdulillah,final exam balas dendam,and untuk sem 1,Biology aku dapat A-.Terimakasih sangat-sangat Mdm Intan.Thank you so much Miss Mary! :D

Next subject,English for general proficiency.Aku tak tau la apa silap aku,aku dapat A- untuk result keseluruhan sem 1. Time mid sem aku dapat A,and untuk quiz and assignment aku rasa dah cube untuk score tinggi-tinggi.Tapi last-last dapat A-..Memang terkilan sikit la,housemate aku yang dulu time midsem dapat A pun dapat A-.So,we can conclude that cara marking english untuk final exam sangat strict.MAYBE.Apape pun,aku bersyukur.Better A- than B+. :) Thank you Miss Nadhrah yang cun! heee

Untuk Co-curriculum I,aku dapat A-.Maybe markah projek tak okay sangat kot.I've no idea bout this and I don't know what I've done sampai subject co-curriculum aku GAGAL dapat A.=______=' Untuk final exam aku rasa aku dapat jawab dengan baik cuz soalan dia sebijik soalan past year.Aku redha je lah,ada hikmahnya.And semester 2 ni ada subjek co-curriculum II,harap dapat perform dengan cemerlang untuk this sem,taknak kantoi lagi dah.BTW,thank you Mdm Mimie! :)

Subjek Malaysian Studies,which is my favourite subject.haha.Midsem aku tak dapat A,malah dapat B+!Hanya Allah yang tahu perasaan aku bila aku dapat result Malaysian Studies time tu.Sangat-sangat sakit rasa hati ni sebab terpaksa menerima hakikat yang aku gagal dapat A for this subject.Subject ni macam SEJARAH sikit,tapi cerita pasal Malaysia jela.Banyak nak kena hafal and aku suka study last-last minit,tu yang aku dapat A- je untuk keseluruhan semester 1.hehe.Apape pun,terima kasih Miss Rosnah!

Next subject is Mathematics I.Aku rasa susah gila maths ni time belajar.Maths ni macam add maths cuma kita belajar lagi detail la.Time belajar rasa susah,tapi time exam rasa senang pulak.Untungla kan.HAHA sebenarnya senang nak score maths ni,don't worry.Time first quiz aku dulu,aku dapat markah yang super teruk gila,which is 20.5 over 30.Haihh.Sejak tu aku non-stop buat latihan maths.Sejak tu markah quiz improved and selalunya lack 2-3 markah je daripada full marks.Alhamdulillah.Test I aku dapat A and untuk keseluruhannya,mathematics I aku dapat A.Terimakasih Miss Akma! Miss Akma dah tak ajar MSU dah,beliau sambung master. Good luck miss!Oh yea,today's her birthday anniversary.Happy Birthday Miss Akma, moga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. :D

Lastly,subject Health Science! Sangat suka subjek ni,cuma final exam dia sangat-sangat lah susah.Soalan tahap budak phD.haha.Seriously susah,aku tak dapat jawab dengan baik.Madam Simran taknak bagi clue langsung apa yang masuk exam.Tapi ok jugak kan,rasa puas sebab kita dapat jawab atas usaha sendiri.Health Science banyak menghafal je,cuma final exam skop nya bukan setakat dalam notes,tapi kena rajin-rajin tengok internet.fyi,Health Science tak guna apa-apa buku langsung,100% depends on notes given by our lecturer.Alhamdulillah,aku dapat A. Terimakasih Mr Deen yang banyak sangat tolong budak-budak MARA, and also Mdm Simran yang sangat pandai mengajar dan mengexplain kepada kami-kami yang macam-macam ragam ni. ;D

  
 Congrats to all my housemates yang dapat pointer yang sangat excellent and bombastic! Semua housemates ku lepas 3.75 and the highest 3.96. Hebat-hebat! ^_^

Untuk batch aku,tak ramai dapat 4 flat untuk first sem.Ada 3 orang je,dua lelaki dan seorang perempuan.Dua lelaki tu memang budak straight A+ SPM and yang perempuan tu,bekas pelajar SESERI. Tahniah korang! :)

Aku telah bertekad,apa pun keputusan yang aku dapat,aku akan redha.Alhamdulillah,aku dapat menerima result sem 1 ni dengan hati terbuka.Walaupun kita semua nakkan 4flat,tapi kalau tetap tak dapat walaupun dah usaha sungguh-sungguh,ada hikmahnya.Allah taknak kita dapat 4flat,mungkin ada sebab kenapa Allah tak izinkan kita dapat 4flat tu.

Ustaz aku pernah cakap,kalau kita nak doa,jangan doa terus cakap nak 4flat atau pun straight As.Tapi mohonlah kejayaan yang terbaik untuk diri kita,sebab hanya ALLAH je yang tahu apa yang terbaik untuk kita.Kalau dapat result 3.79,itulah yang terbaik untuk aku,insyaAllah.Kalau Allah gagalkan kita even dah berusaha,maka ada hikmahnya kenapa Allah gagalkan kita.Jangan terus menyalahkan takdir,tapi lihatlah sebuah kegagalan tu sebagai satu pendorong untuk kita jadi lebih baik lagi pada masa akan datang.Kita tak sentiasa berada di atas.Kadangkala kita kena berada di bawah supaya kita sedar diri sikit.And it's not how many times we fall,it's how many times kita bangun balik setelah jatuh. ;)


SEMOGA BERJAYA MENDAPAT KEJAYAAN YANG DIREDHAI ALLAH. :)


Redha dan bersyukur,
Dr. 'Afifah Sidek

Friday, November 11, 2011

Dah nak masuk 2nd sem MSU!

Dr 'Afifah<---oncologist-to-be ;)
Assalamualaikum.Haihh,sedar tak sedar dah masuk sem 2 dah.Rasanya baru je dapat result SPM aritu.Adoihh.And sem 2 punye subject lagi tough kot.Serious rasa nervous and takut nak hadapi sem 2 nanti.Aku tak sure second sem ni sampai bulan berapa,ikut kiraan aku,dalam bulan february next year baru habis sem 2,and bulan march or middle of february 2012 baru start sem 3.Nanti ada lagi 6 subjects untuk third sem! Tabah 'afifah tabah. xD The beginning is always the hardest.Ni baru permulaan kehidupan seorang medical student.

Subjek-subjek untuk sem 2 :
  • Chemistry 1
  • Physics
  • Basic Anatomy and Physiology
  • Maths II
  • Co-curriculum II

Never give up please. ^_^
Oh co-cu I pun aku frust gilakk time a day before exam.Ingatkan tak susah la kan,sebab macam boleh ikut logic,tapi yeah,ini bukan matapelajaran sivik,tapi co-curriculum.Basically co-cu ni more to cara nak handle sesuatu organisation or activity,leadership n so on.Banyak pulak nak kene hafal malam tu,maklumlah sebelum ni module co-cu tu jarang sentuh.Pegi kelas co-cu pun kekadang lupa nak bawak.Tu la poyo sangat,kan dah tunggangterbalik time nak dekat exam.haha.Tapi aku sempat study pastyear question and mostly soalan die lebih kurang and kekadang ada yang sebijik-bijik soalan sama.Untunglah kan.So,aku dah bertekad,co-cu II ni tak nak study last-last minute dah. =.="
 
Physics,basic anatomy and physiology and chemistry I ni 4 credit hour (so,grade for these subjects kena maintain la,or else,pointer jatuh nanti,nauzubillahiminzalik). Ada lab session.So in a week kena buat  3 lab report la kan?Ohh, sem 1 dulu just kena wat report BIO je tapi tu pun rasa tension sebab kekadang ta paham experiment tu pasal ape and untuk ape.Kene pepandai cari kat internet la cuz buku rujukan khas untuk experiment takde laa.Ni 3 lab report kena buat ni tak tau la camane nanti. Dapat tido sebulan 8kali je kot(tido sabtu ahad jer).haha.biasa la tu.Untuk seorang student yang sedar akan tanggungjawabnya,tak tido ni fenomena biasa.cewah.Oh yea,aku dah beli nescafe 1 pack yang ade 30 sachets tu. hambek ko. Bersedia untuk jadi insomnia. ;D

Aku dah tengok jadual.Agak pack compare to timetable untuk sem 1,tapi yang paling best hari jumaat boleh balik kul 12! Tapi yang tak bestnya,my mentor tak ajar chems untuk my class. Dia ajar kelas dak MARA-JPA je.Kalau tak,senang sikit nak tetanye pape and kalau ade pape hal boleh terus jumpa kat kelas.Tapi takpe la,terima je la seadanya.

Aku dengar-dengar ramai dah dok cari-cari buku rujukan untuk sem 2 ni.Aku baru ada 2 buku; physics matriculation (dapat from dak MARA EXPRESS a.K.a dak SPC) and buku chemistry matriculation beli sendiri kat popular bookstore. Tapi bukan oriental publication, susah kot na jumpa publisher tu.And buku anatomy and physiology aku plan nak beli used book je, murah sikit, around RM80. Terbitan McGraw Hill,my febret publisher.haha. Tapi sangat TEBAL laa macam buku biology mcgraw hill aku dulu.. =___=' Harap-harap makin TEBAL buku,makin RAJIN study yekk.haha

Sempena tarikh yang chantek ni yakni 11/11/11,aku sangat berharap lepas tarikh ni aku akan jadi lebih rajin and bersungguh-sungguh menuntut ilmu and betulkan niat belajar,belajar bukan untuk exam JE tapi belajar juga sebab ingin mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah as well as untuk mencapai keredaan-Nya.InsyaAllah kalau niat belajar tu betul,segalanya akan dipermudahkan dan kita takkan mudah frust kalau kita gagal dapat keputusan yang kita idamkan.:)

Oh yea,result first sem belum dapat lagi.Aku serahkan segala-galanya padaMu ya Allah,kuatkan lah hatiku semasa aku menerima result tersebut dan hadirkanlah rasa kesyukuran di hatiku walau apa pun keputusan yang aku dapat nanti,aaamiiiin.Semoga berjaya mendapat 4.0 flat dan lepas pointer 3.50.Doakan kejayaanku dan kawan-kawan.I wanna fly~ :D
Ok,sampai sini saje.Lepas ni jarang kot update belog.And aku ada plan nak delete account fb,takut melagha je nanti.Tapi nantilah aku pertimbangkan balik cuz sometimes ada announcement penting kat wall MSU MAY (group fb untuk dak foundation MARA/JPA).Till here then.Barakallahufiik.

Sekian wassalam.

"YA ALLAH,KURNIAKAN AKU KEKUATAN FIZIKAN DAN MENTAL UNTUK MENGHADAPI SEM 2 NI DAN DORONGILAH AKU KE ARAH JALAN KEJAYAAN YANG ENGKAU REDHAI.AMIN."

Dr. 'Afifah :)






Wednesday, November 9, 2011

Jom jadi baik !

Sharing is caring.Lets share this. (:


Assalamualaikum. Berubah. Perubahan. Ubah. Pernah tak rasa nak berubah? I believed yang semua orang mesti pernah terdetik kat dalam hati kata nak berubah. Cuma 2 je, berubah sekarang or nanti. Bagi aku,kalau dah terdetik nak berubah, do it sesegera mungkin. Dalam kata lain, NOW OR NEVER. Syaitan akan terus menghasut anak adam supaya dapat join dorang kat neraka nanti. So once dah ada niat nak berubah tu,teruskan. Sebelum niat tu hilang diterbangkan oleh syaitan.Kita selalu je kan dengar ayat quran:

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)


Time darjah 6 n awal form 1 dulu, faham-faham jela, nakal,tak matured,childish,jahil. Bak kata teacher aku,tu sume zaman jahiliyyah kita.Time form 1,banyak benda yang aku baru tahu.Aku baru tahu SUARA tu AURAT yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam.Aku terkejut sangat. Yela,selama ni,kita duk didedahkan dengan tv yang menyiarkan konsert nyanyian, and ada yang bertudung pun nyanyi. So, menimbulkan kekeliruan untuk orang jahil macam aku time tu.Time form 1 jugak,aku baru tau yang pakai stokin tu WAJIB sebab kaki tu aurat.Oh, lagi lah terkejut.Rasa susah je nak terima. Dan aku juga baru tau,kalau pakai tudung,kena labuhkan sampai menutupi dada.Ada dalam al-Quran,surah an-Nur ayat 31.


Kat sekolah aku dulu,ada usrah tiap-tiap hari Isnin.Dulu memang dengar je "usrah ada petang ni",mule lah merungut-rungut and rasa malas sangat nak pergi.Padahal usrah jugak lah yang banyak mengubah diri aku selama ni secara tak sedar.Kalau tak banyak pun,at least ada la sikit.Antara pengisian usrah yang aku ingat,pasal ibadah.Ibadah yang kita lakukan selama ni,banyak mana pun la,kalau kat akhirat Allah kata taknak terima, Dia tetap takkan terima.Tak takut ke,kita dah solat,puasa,zakat..,tiba-tiba  kat akhirat, Allah kata Allah taknak terima.Dahlah kita ni banyak dosa kan.Memang papa kedana la kalau Dia taknak terima.So,buat lah sesuatu tu ikhlas kerana Allah.

Contoh,kita tengah main internet,layan fb.Tetiba teringat ada cite indon start kul 2,kita pun plan nak solat 10 min sebelum kul2,sebab nak tengok cite tu dari awal,tak nak ter'miss' 1 scene pun.Ape maksudnya tu?Tu maknanya kita solat bukan sebab Allah suruh, tapi sebab TV.Sebab cerita dalam TV tu la yang mendorong kita untuk solat cepat. Kalau cerita tu takde, ade ke kita nak rush solat awal? Fikirla sendiri.

Kenapa pakaian tu penting untuk seorang muslim/muslimah?Sebab itu akan membezakan antara orang Islam dan orang bukan Islam.Yela,cube tengok,selebriti kat US pakai legging,takkan orang Islam pun nak pakai legging.Itu identiti dorang, orang Islam ada identiti sendiri kan?


Perubahan tak perlu la drastic sangat. Mulakan perlahan-lahan. Slow and steady.Pedulikan apa orang kata,sebab apa yang lagi penting ialah pandangan ALLAH terhadap kita. Kalau dorang nak kutuk kita bajet baik, or bajet alim ke, itu dorang punye pasal la kan.Bukan nya dorang boleh tolong kita kat dalam kubur nanti. Islam itu syumul,menyeluruh,merangkumi seluruh aspek kehidupan.Alang-alang nak berubah jadi baik,jadi la baik keseluruhannya.

Contoh paling senang,orang selalu cakap orang tak bertudung tu tak semestinya jahat.Ramai je yang baik.Sebenarnya,kena tengok balik definisi baik tu dari sudut ape,sudut duniawi or ukhrawi.Orang baik takkan langgar perintah Allah.


So,that's why kalau kita nak berubah jadi baik,ubahlah dari atas sampai bawah,luar dan dalam."Baik" yang macamtu lebih berharga di sisi Allah, insyaALLAH.Bukan baik setengah-setengah je. Kalau baik setengah tu,sama lah macam pakai tudung,pakai baju,tapi pakai skirt pendek paras peha. Sia-sia je kan? Takkan itu nak di kira baik?Jadi kita tak boleh nak anggap seseorang itu baik kalau kita just tengok sikap dia je or just tengok pemakaian die je. BAIK sepatutnya merangkumi semua aspek. So selagi seseorang tu lack beberapa aspect dalam diri dia,itu bukan lah baik sebenarnya.

Cth macam tadi,tak pakai tudung tapi sikap baik,solat awal waktu,hormat orang tua. Sebenarnya dia memang baik,tapi baik setengah je la,sebab dia lack 1 benda which is penutupan aurat yang sempurna and semua orang tau kan yang menutup aurat tu perintah Allah? Same jugak kalau pakai tudung tapi perangai annoying gila and ramai tak suka.Kita tak boleh lagi cakap dia ni baik just sebab pakai tudung,sebab dia lack 1 benda which is akhlak.So faham dah skang?Conclusion nya,jadi lah baik,bukan dalam certain2 aspects je, tapi keseluruhannya sekali. Memang la cakap je senang, tapi usaha la, Allah je yang akan nilai usaha kita tu and akan beri kita sesuatu yang selayaknya based on usaha kita.

Jangan berubah disebabkan seseorang,sebab kalau seseorang itu dah takde,perubahan kita takkan kekal.Berubahlah kerana Allah, sebab Allah itu kekal abadi. :)

(Isu pasal 'baik' ni ada ditulis dalam sebuah novel karya Hlovate,but I couldn't remember novel yang mana satu.)

Islam is the way of life :)

Sekian sahaja. Semoga dapat ambil iktibar.Sama-sama lah kita berubah ke jalan yang diredhai Allah.^_^

Barakallahufiiikum.