Wednesday, May 30, 2012

Aku Nak Berubah (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t

Ramai orang keep wondering kenapa orang lain berubah, sedangkan sepatutnya perubahan tersebut dicontohi dan diikuti sekiranya baik untuk diri kita dan agama kita.

"You look so different"

"You have completely changed!"

"Dulu kau tak macamni."

Bila kita berubah, orang sekeliling kita mesti pandang pelik. Tak kurang juga yang tumpang gembira atas perubahan tersebut. We can never please everyone around us. Kalau kita buat segala-galanya kerana manusia, semua itu takkan kekal! Ustaz aku pernah cakap, "Kalau kita nak sesuatu tu kekal sampai ke akhirat, sandarkan ia pada Allah S.W.T. Insha-Allah akan kekal sampai bila-bila." Same goes to our relationship with our parents, siblings, friends and also that special someone. hihi. Sandarkan rasa cinta dan sayang itu pada Allah S.W.T, ia akan kekal, insya-Allah.

Dulu aku jahat. What I meant by jahat is, aku 'jahat' dengan Allah. Aku dah buat satu kesalahan / dosa yang sangat besar, dan aku rasa itu adalah kesalahan ku yang paling besar sepanjang aku hidup di dunia ini. Aku menyesal. Penyesalan yang tak pernah berakhir. Rasa berdosa masih bersisa sehingga sekarang. Bila teringat aku akan menangis kerana sesal. Menangis kerana takut. Bercampur baur. Only Allah knows. Ampunilah aku ya Allah ya Ghaffaar.

Jahatnya aku dulu, aku pakai baju jarang, tudung jarang, pakai shawl pendek. Dulu aku suka bersosial dengan lelaki ajnabi. Dulu aku suka lawan cakap ibu ayah. Dulu aku rasa aku sangat teruk. Dulu aku sekolah agama sejak darjah 1 sampailah Form 5, tapi aku rasa aku tak dapat apa-apa. Aku rasa title 'pelajar sekolah agama' tu tak membawa makna apa-apa. Sekolah agama, sekolah je lah. Kat luar sekolah, it's my choice. Sukahati aku lah nak buat apa, nak pakai apa pun. Tapi itu dulu. Sekarang segalanya dah lain.



Aku mula berubah sejak kali pertama aku menjejak kaki ke Management & Science University pertengahan tahun lepas. Aku mula bertekad untuk berubah sedikit demi sedikit. So, aku mulakan dengan pakai tudung bidang. Tapi pakai stokin on off lagi lah masa tu. Lepas tu kalau kat hostel, kalau nak turun pergi kedai, aku just pakai shawl dan tak pakai stokin. 

Semester ke-2, aku buat satu keputusan yang sangat tak disangka-sangka. Aku mula berjinak-jinak untuk pakai tudung labuh bulat. Ibu sangat sokong tindakan aku. Alhamdulillah. Masa zaman sekolah dulu, memang pernah terlintas dalam hati..."Suatu hari nanti aku nak pakai tudung labuhlah." Cuma, tak sangka secepat ini! Umur baru 19 tahun. Perangai macam  hape je. Amal ibadah pun suam-suam suku. Kalau nak ikutkan aku memang tak layak berimejkan tudung labuh. Apa-apa pun, aku kuatkan hati. Bagi aku, selagi tak mulakan langkah pertama, selama-lamanya lah kita takkan pernah berubah.Dan aku juga bertekad, setiap kali keluar je dari rumah, kena pakai stokin tak kiralah nak keluar lama ke sekejap ke jauh ke dekat ke. Alhamdulillah masih istiqamah sampai sekarang. 

Awal-awal pakai tudung labuh dulu, yang banyak beri reaksi pelik nye pelajar muslimin kelas aku. Hahaha. Ada juga yang salah panggil nama. Sebab dalam kelas aku pun ada seorang pelajar muslimat yang memang pakai tudung labuh since awal-awal masuk MSU dulu. Nama dia Farahiyah. Even sampai sekarang ada lagi yang panggil aku dengan nama Farahiyah. Haha. Seriously aku tak kisah pun, tapi aku rasa serba salah lah macam aku ni duplicated Farahiyah pulak. ;p Oh ye, aku  ingat lagi orang first yang salah panggil nama aku ialah classmate aku, Hizri. Yunie (my housemate) pulak terdengar masa tu. Ahh sudah. Memang kena gelaklah. haha. Sorryyy Hiz. Macam main game 'GOTCHA' pun ada. =p


Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan yang asing, dan kembali menjadi asing pada akhir zaman. Beruntunglah orang-orang yang nampak asing itu.


Ada jugak yang tanya, "Kenapa nak pakai tudung labuh?" Selalunya aku akan jawab, "Saje je." Actually the reason why I choose to wear that kind of tudung is because of Allah. I believed that Allah is the one yang gerakkan hati aku untuk pakai tudung labuh. Masa tu kat rumah. Aku tengah 'selongkar' bakul baju untuk pack baju-baju yang nak kena bawak balik hostel. Tiba-tiba aku ternampak ada tudung labuh warna pink dalam bakul  tu. Memandangkan aku dah lama tak pakai, aku pun rasa teringin sangat dan rindu sangat nak pakai. Aku pun try-try la pakai tudung pink tu. Aku tekad balik hostel nanti nak pakailah tudung pink tu. Masa awal-awal dulu, mostly my housemate sangat eager nak try-try pakai tudung labuh tu memandangkan mereka tak pernah pakai tudung selabuh itu! Glad to see that! ;D



Tujuan lainnya, aku ingin menjaga kelakuanku dan jaga batas pergaulan memandangkan dulu aku tak jaga sangat benda-benda ni especially ikhtilat (pergaulan lelaki perempuan). Memanglah selalu orang cakap, "Ala, kawan je. Bukan ada perasaan lain pun." Yeah, dulu aku pun fikir macamtu. Cuma bila fikir balik, hubungan lelaki perempuan boleh menimbulkan fitnah, walaupun hanya berkawan baik. Walaupun masing-masing hanya menganggap "Oh we're just friends, nothing more." In fact, kita tak sedar yang orang lain boleh fikir macam-macam bila tengok kita rapat 'semacam' dengan seseorang yang bukan muhrim. Itu dah timbulkan fitnah namanya! 

Bila bercakap dengan lelaki pun, macam-macam kena jaga. Kena jaga pandangan, kena jaga suara. Make sure tak lunak / menggoda even though lelaki tu tak tergoda langsung pun kan.. But still benda-benda ni kena jaga. Jadi aku rasa, kalau boleh elak berinteraksi dengan lelaki including my own classmate, aku akan cuba elak. It's not like aku nak mengasingkan diri dan jadi pasif. Cuma aku nak menjaga diri dan maruah aku sebagai seorang muslimah. Muslimah yang dicemburui bidadari-bidadari syurga. Insya-Allah. ;)

Lastly, aku terus bertahan untuk pakai tudung labuh ni, ( even though masih lagi on off ) antaranya adalah disebabkan kakak naqibah pernah cakap, "kalau ada yang lebih baik, kenapa nak yang biasa-biasa je?" Ye lah, kalau kita diberi pilihan untuk masuk mana-mana syurga, surely we'll choose jannatul firdaus! If we're given an option to choose antara RM1, RM100, RM1000, RM100000000. Mesti kita nak yang paling tinggi nilainya tu kan? Sama jugak lah kenapa pilih pakai tudung pendek sedangkan ada yang lebih baik? Now I can see that pakai tudung labuh ni, masha-Allah..banyak sangat advantage nya. Subhanallah! It's an amazing feeling. It's totally different when you wear tudung labuh sebab peraturan sekolah, and wearing tudung labuh because you're willing to do so. Sangat-sangat berbeza, masya-Allah.
 

Inilah sedikit sebanyak coretan mengenai kisah hidupku. I know it's quite boring and macam dah biasa sangat dengar. Tapi aku harap, para muslimah di luar sana yang pernah terlintas dalam hati nak tutup aurat dengan sempurna, nak berubah jadi seindah-indah perhiasan dunia..do it RIGHT AWAY. Mujahadah is not easy, because we have to endure all the hardships, all the obstacles along the path, but at the end, we'll gain something that really worth it! It is mardhatillah (keredaan Allah), insha-Allah.

Wow, mardhatillah
tuuu!


"I DECIDED TO CHANGE BECAUSE I KNOW THAT AKHIRAT'S LIFE WILL BE FOREVER AND EVER."




Sekian, barakallahufiik.




Changing for good ain't a crime,
Dr 'Afifah

Thursday, May 24, 2012

I DECIDED TO CHANGE BECAUSE I KNOW THAT AKHIRAT'S LIFE WILL BE FOREVER AND EVER

Assalamualaikum w.b.t :)

Betullah orang dok cakap, umat Islam kini semakin tenat. Makin lama makin kritikal. Ramai orang yang hanya hidup pada jasad, tetapi hati mereka sudah mati. Kalau tak percaya, perhatikan dengan mata kepala anda sendiri, tengok rakan-rakan anda. Tengok lah orang sekeliling anda. Berapa ramai yang jadikan Islam sebagai addin which is the way of life? And of course,don't forget to look at yourself too.

Few days ago, aku ada attend a program which is Program Mahasiswa Cemerlang, organised by MSU and it is compulsory for those who are taking Islamic Studies for this semester. Apa yang aku perasan, ustaz banyak kali sebut "Kalau ada yang lebih baik, kenapa nak yang biasa-biasa." This concept can be applied to our way of life. Cara kita beribadah, cara bertudung, berpakaian, cara kita belajar and so on.

Kalau dalam ibadah, kenapa kita nak buat yang basic-basic je kan? Kata nak syurga Firdaus. Kena setimpal lah kan. So, kalau rasa dengan solat cukup 5 waktu dah cukup baik, no you're wrong. Ada yang lebih baik dari itu, contohnya, dengan solat 5 waktu, pada awal waktu, berjemaah, disertai dengan solat sunat rawatib dan solat sunat yang lain. Sama juga dengan tudung, kalau kita rasa dengan hanya bertudung segi tiga yang biasa itu sudah cukup baik, dah cukup sempurna..bagaimana pula dengan tudung bidang atau tudung labuh? Bukankah ada yang lebih baik? Jadi kenapa pilih yang biasa-biasa sedangkan ada yang lebih baik? kan kan? :)

Ada beberapa perkara yang aku tak berapa berkenan dalam program ni, which is soal aurat. Abang dan kakak fasilitator asyik tekankan soal tudung. Siap paksa pakai pin, tak kasi pakai selempang-selempang macam tu je, kalau tak, memang nak kena lempang lah kan. haha. Okay, serius serius. Bila fasilitator asyik suruh pelajar yang free hair pakai tudung, ini menyebabkan mereka merasakan yang kita wajib pakai tudung, sedangkan yang wajibnya ialah TUTUP AURAT. The problem is, kakak fasilitator sendiri tak tutup aurat dengan sempurna and yes, mereka semua bertudung, pakai baju kurung, tapi ada segelintir yang pakai tudung tidak melabuhkan di bahagian dada, ada yang pakai tudung bonggol tinggi setinggi gunung everest. Dan ada juga yang berpakaian sopan semasa PMC sahaja, tapi kat luar program, nauzubillah. 

Next time, I really hope that
abang dan kakak fasilitator lebih concern mengenai hal ini kerana konsep aurat yang betul itu amat penting untuk didedahkan, bukan sahaja kepada peserta PMC, tapi juga kakak-kakak fasi yer. hehe. Sepatutnya lah kan, abang dan kakak fasi ni syaratkan supaya para peserta menutup aurat dengan sempurna, bukan setakat wajibkan pakai tudung dan haramkan seluar jeans je. Bukan nak ajar participant supaya jadi hipokrit, tak tak.. it's just nak latih mereka supaya mula berjinak-jinak dengan pakaian yang betul-betul ikut syariat. Mana tahu, masa program PMC ni lah,titik-titik permulaan untuk berubah tu mula ada dan mula bercambah dari hari ke hari. :)

Overall, I could say that PMC was really awesome! Masa dah habis program hari tu, aku rasa kan bagus kalau PMC extend sampai seminggu. It will be super duper awesome I guess. haha. Harapan aku agar program ini dapat diteruskan dan diperbaiki lagi. Pengurusan masa juga perlu diperbaiki kerana aku nampak lah beberapa kelemahan dalam aspek masa tu. And one more thing, pengalaman bermalam dalam kelas merupakan an unforgettable moment ever. Rindu pulak suasana tu. Best sangat! Mula-mula bila dapat tahu muslimat kena bermalam dalam kelas, aku rasa agak risau dan tak puas hati. Cuma beberapa lama lepas tu aku tersedar, tersentak, lagi-lagi dapat teguran dan nasihat daripada pelajar muslimin sendiri mengenai tempat tidur muslimat ni.

Aku tetibe terfikir, dulu-dulu Nabi Muhammad S.A.W. mana pernah tidur dengan selesa. Ya Allah, sungguh tak bersyukur diriku ini. Kalau nak dibandingkan dengan kehidupan kita dengan Baginda S.A.W, kita jauh jauh jauh lebih mewah. Lebih selesa. Ada aircond pun merungut lagi! Astaghfirullah. Baginda S.A.W tidur tak selesa pun dia tak kisah, tak merungut, sebab Baginda S.A.W tahu, hidup kat dunia ni tak kekal dan sekejap sahaja, tapi kehidupan di akhirat TIADA PENGHUJUNG, kekal abadi sampai bila-bila.

Itu je lah pasal PMC. Oh ye, kat PMC ni pun aku belajar cara solat dan cara bacaan dalam solat dengan betul. Kadang-kadang benda-benda macamni kita terlepas pandang padahal benda ni sangat penting. Terima kasih kepada kakak-kakak fasilitator yang tegur cara solat semasa praktikal solat dijalankan. May Allah bless. I wish kat Bangalore nanti pun ada this kind of program jugak. I would love to join it! ;)

Sekian, assalamualaikum.
''I DECIDED TO CHANGE BECAUSE I KNOW THAT AKHIRAT'S LIFE WILL BE FOREVER AND EVER.''

Insan Terpilih,
Dr. 'Afifah Sidek.


Friday, May 18, 2012

Inspiration.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Alhamdulillah sekarang aku dah masuk semester 3. I would like to share my happiness walaupun aku tahu macam dah terlambat sikit. Result semester 2 aku alhamdulillah..aku dapat apa yang aku harapkan. Terima kasih ya Allah. Janganlah Kau biarkan aku menjadi hamba yang kufur nikmat. Aaamiin.

Overall ada 5 subjects untuk semester 2. Chemistry I, Basic Anatomy and Physiology, Physics, Co-curriculum II and Maths II. For Chemistry I subject, agak susah, sebab masa dia cukup-cukup je untuk habiskan silibus. Habis syllibus betul-betul before exam. Ape pun, alhamdulillah aku dapat A! Terima kasih Mdm Hana and Mdm Fisya! :)

Untuk subjek Basic Anatomy and Physiology, memang banyak sangat kena hafal. Dah lah time midsem exam aku diserang sakit tekak dan selsema. Memang tak boleh nak hafal dengan baik, aku just baca je apa yang termampu. Aku rasa untung jugak sakit masa tu, sebab doa orang sakit kan insyaAllah makbul. Ambik kesempatan lah kan. hehe. Alhamdulillah dapat A jugak for this subject. Terima kasih Mdm Aisyah dan Mr Addie.

Next, Physics. Final exam sangat susah. Memang horror. Seriously tak expect tinggi sangat untuk Physics. Banyak yang aku hentam je masa final exam dulu, even though Mdm Fiza dah bagi soalan spot. But still, I can't do it! Entah macamana, aku dapat A. Mungkin sebab carry marks aku dah cukup stabil kot. Alhamdulillah, terima kasih Mdm Fiza!

For Maths II subjet, masa Test 1, dapat B- ! Tak pernah dapat gred teruk macamtu untuk test. Ramai jugak yang kantoi Test 1, even ada yang fail! Bersyukur jugak lah tak fail. Then, Test 2 dapat A and aku berjaya cover gred Test 1. Alhamdulillah, overall dapat A untuk Maths II. Terima kasih Miss Nurul and Mdm Khairunnisa. :)

Overall result for semester 2 is 4.0 flat and CGPA pulak 3.89. CGPA ni total pointer semester 1 and 2. Alhamdulillah syukur. Harap dapat jadi sumber inspirasi kepada adik-adik ku yang 7 orang tu untuk terus berjaya dan berjaya serta menggembirakan hati kedua ibu dan ayah. ;) This semester ramai jugak yang dapat 4.0 flat. Ada 11 orang berbanding semester lepas, 3 orang sahaja. Glad that I'm one of them. Umat Islam sentiasa boleh! :D

GOOD LUCK for midsem exam next week! Fighting fighting, BASHYYYYA!! ^.^

Sekian wassalam.

Dr. 'Afifah