Thursday, December 27, 2012

My life story in India - Alkisah Pengemis

Bismillah.

Assalamualaikum.

Subhanallah. Walhamdulillah. Walaa ilaaha illallah. Allahhuakbar. 

Bersyukur kita semua masih hidup, masih sempurna anggota badan, and most importantly masih hidup dalam nikmat islam. Sekarang ni, dah masuk bulan ketiga aku duk kat Bangalore ni. Well, alhamdulillah, aku masih survive. Yeah survivor! :)


Nak tahu tak, kat Bangalore ni , ramai sangat pengemis. Yang tidur merata-rata tepi jalan pun ramai sangat. Sedih. Ye,sedih. Simpati. Tak semua antara kita ni yang sentiasa bernasib baik kan? Semalam aku nampak sesuatu, yang membuatkan aku tersentuh hati, sampai rasa nak tumpah air mata melimpah-limpah. 

Apa dia tu?

Semalam, lepas turun dari bas, baru balik dari college, aku nampak ada dua orang perempuan yang berkeliaran dekat area apartment aku. Dan dorang berdua ni tengah kendong anak. Percubaan kali pertama salah sorang tu ada ngendeng-ngendeng kat aku mintak duit. Tapi aku tak pandang pun muka dia. (Bongkaknya aku T.T) Aku percepatkan langkah masuk CS (City Supermarket), sebelah je dengan apartment tempat aku tinggal. 


Dah habis shopping barang, aku singgah kedai yang jual bahan-bahan masak, memandangkan aku nak masak untuk lunchner(lunch+dinner). Masa otw balik rumah,dorang ada lagi kat situ and masih tak berputus asa untuk mintak duit untuk kali kedua. Aku pun bagi 10 rupee sorang satu. Lepastu, aku nampak dorang senyum. I don't know why, aku rasa senyuman tu senyuman yang sangat-sangat membahagiakan. Semestinya dia rasa bahagia, tapi senyuman dia juga membahagiakan hati aku jugak. Aku rasa sangat puas dan seronok lepas beberapa lama tu. Hati rasa lapang dan tenang. Sebelum ni aku takut nak bagi duit kat orang-orang yang minta sedekah ni, sebab scary la muka dorang ni. Lepastu sometimes ada yang suka tarik-tarik baju masa mintak duit. Takutlah.

Senior cakap, bagi 10 rupee sebenarnya dah cukup banyak bagi pengemis tu. But yeah, if kita mampu bagi lebih, why not kan? 10 rupee tu enam posen je tahu. Kalau kat Malaysia pengemis selalu dapat at least RM1 sorang. Aku rasa kesian, India ni ramai sangat penduduk, sampai tempat tinggal pun tak cukup, makan tak cukup, hygiene tak berapa jaga sangat. Tengoklah kat tengah-tengah jalan raya tu pun ada ramai yang ketuk-ketuk tingkap kereta minta sedekah. Kat mana-mana ade peminta sedekah lah senang cite. Sometimes I wondered jugak la, apa pemimpin India ni dah buat untuk majukan India ni. 0.o

So, the conclusion is, ada hikmahnya kenapa aku dicampak kat negara miskin macam India ni. Maybe Allah nak pupuk amalan suka bersedekah dalam diri aku. Kan? Cuma bezanya dengan Malaysia, kat sini muka-muka pengemis ni kesian sangat, memang boleh dipercayai la senang cite. Lau kat Malaysia ada je kan kes-kes tipu menyamar jadi peminta sedekah. Anggota badan sihat walafiat, muka berseri-seri mintak sedekah, tu yang ramai orang rasa berat je nak keluarkan duit dari wallet dorang tu. Betul tak?
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu.” (Al Mumtahanah : 8)
Ayat ni dah jelas-jelas cakap, Allah tak larang kita nak buat baik kat sesiapa pun, even terhadap orang bukan Islam. Manalah tahu, with just a little kindness tu menyebabkan mereka tertarik dengan Islam. Tak gitu? :) Jadi bagi saya, senior-senior tak patutlah cakap kat junior, takut-takutkan junior pasal pengemis-pengemis ni. Masa awal-awal dulu ada senior cakap, kalau nak bagi pengemis duit kena hati-hati, takut nanti bagi duit kat sorang pengemis, pengemis-pengemis lain akan kejar kita jugak. Bukan ke lagi ramai yang minta sedekah kat kita, lagi untung. Tak gitu? Yang penting niat. Dan..setahu aku, kalau kita bersedekah, kita dapat menghindari diri dari bala bencana. Hati pun rasa tenang, jiwa jadi lapang. Seronok kan! :D

And aku rasa itu sahaja kot. Sebenarnya banyak je cerita dan pengalaman menarik kat Bangalore yang aku nak cerita kat blog ni, tapi tak berkesempatan pulak. (Tengok mood jugak sebenarnya.hehe) Okay, itu sahaja. 

Assalamualaikum. 

Wish I can give more next time ;)

Miss F


Friday, December 7, 2012

Kita nak pergi mana?

Assalamualaikum.w.b.t

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." [21:35]
Cuba bayangkan bila bangun je dari tidur, kita tiba-tiba berada dalam sebuah gerabak keretapi yang sedang bergerak. Agak-agak la kan, apa persoalan yang bermain dalam minda kita masa tu? Mesti kita tertanya-tanya..

"Keretapi ni nak pergi mana?"

Okay now. Cuba tengok diri kita pulak. Kita lahir-lahir je kat dunia ni, kita tak tertanya-tanya ke "aku nak pergi mana?" Maksudnya, pernah ke kita terfikir apa tujuan dan matlamat sebenar hidup ni? Kita makan, minum, study sampai dapat straight As SPM, dapat 4 flat masa matrikulasi dan seterusnya ambil bidang medic or any other course yang diminati. Lepas tu kahwin, dapat anak, dapat cucu. Lepas tu? Apa jadi? 

MATI. Ye, semua akan mati. Tiada yang akan terlepas. Apa yang kita buat sekarang ni, semua ni hanya secebis dari apa yang Allah nak kita jadi. Allah nak kita jadi apa sebenarnya? Allah hidupkan kita sebagai manusia, mesti ada sebab. Mesti ada tujuan. Kenapa Allah tak jadikan kita sebagai pokok ke..burung ke..gorilla ke..hehe. Kenapa kita dihidupkan kan sebagai manusia? 

Kita dah biasa dengar, tujuan hidup kita ni apa? Just nak jadi doctor? optometrist? Engineer? Cikgu? Pensyarah? Tujuan hidup hanya nak capai cita-cita, dapat kerja yang bagus-bagus, kahwin and dapat anak? Sampai situ je ke? Sampai situ je ke tujuan hidup kita terhenti? *Eh banyak pulak soalan. hihi. *

Kita semua tahu. Semua tahu. Ye, kita semua tahu, yang pengakhiran hidup kita ni tak lain dan tak bukan ialah kematian. Tapi kena ingat jugak, death is just a beginning of another journey. Yeah, journey kita kat akhirat nanti. It's going to be a long journey kan. Kalau kita tengok dalam al-Quran, Allah ada berfirman, 

“Tetapi kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia. Sedangkan kehidupan akhirat itu adalah lebih baik dan kekal.”

(Surah al-A’la, 87: 16-17)

Jadi, ottoke? Cari jawapan. Carilah jawapan yang sebenar. Bukan jawapan rekaan ikut sedap hati je. Tengok diri kita, adakah kita sudah cukup memenuhi kehendak dan tujuan kenapa Allah ciptakan kita di dunia ini sebagai makhluknya yang bergelar manusia? 

Tengok cara hidup kita, ke arah dunia atau ke arah akhirat?

Tengok attitude kita terhadap orang lain.

Tengok attitude dan adab sopan kita terhadap ibu bapa kita.

Tengok pakaian kita. Ketat? Sendat? Free hair? Pakai tudung tapi jarang nampak leher? Pakai tudung tapi tak pakai anak tudung sampai rambut terkeluar-keluar?

Tengok cara percakapan kita. Ikut cara Barat atau sunnah Nabi?

Tengok apa yang selalu keluar dari mulut kita. Zikir? Istighfar? Atau, carutan bodoh? Bangang? Sial? Adakah ini yang Allah nak kita jadi?

Tengok ibadah solat kita. Khusyuk? Atau sentiasa terbayang wajah kekasih hati?

Tengok ibadah sunat yang lain. Puasa sunat dah berapa bulan tinggalkan? Tak pernah solat sunat rawatib? Tahajjud, qiamullail?

Tengok berapa kali kita baca al-Quran dalam sehari? Nak tahu tak, umat Islam kat Gaza sana  akan baca al-Quran setiap kali ada masa terluang, takde masa la nak melagha. Takde masa nak tengok cerita Korea cerita Secret Garden, King 2 Heart, Full House, City Hunter, etc etc. Tak selera nak tengok video tarian k-pop Gangnam Style T-Ara Super Junior. Tak berminat nak search lirik lagu Taylor Swift Jason Mraz Avenged Sevenfold. Tak terfikir pun nak download lagu Bruno Mars One Direction Paramore Muse. Betapa dorang tak pandang semua tu kan? Dan kita ni? Masih terbelenggu lagi dengan media massa yang karut semua tu. Tak dinafikan, aku sendiri seperti apa yang disebutkan di atas. Kadang-kadang. Kita tak sedar. Kita tak nak ambil ibrah dari semua ni. Allahuakbar.. Jauhnya aku dariMu ya Allah..:'(

Dengan perangai kita macamni, layak ke.. layak ke kita bertemu dengan Allah S.W.T. Dengan amal ibadah tunggang langgang macamni. Layak ke.. Kat akhirat nanti jangan mimpi la nak bertemu dengan Allah, kita dapat tengok Allah masa kat syurga je. Persoalannya layak ke kita masuk syurga? 

InsyaAllah. InsyaAllah. Teruskan berdoa supaya kita diiizinkan dan dipermudahkan jalan untuk ke syurgaNya. Untuk bertemu Allah. Satu-satunya impian yang perlu disemat dalam hati kita, supaya dapat dijadikan pembakar semangat untuk berubah. Untuk mencari redha Allah. Itu yang utama. Redha Allah. Untuk apa hidup berjaya senang lenang mewah bermewahan study gempak result meletop distinction setiap tahun, tapi kalau Allah TAK REDHA..apa gunanya? Sia-sia. 

Dan ingat, tidaklah Allah jadikan tiap sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada sebab dan tujuan. Sentiasa tanya diri, apa tujuan kita dihidupkan, apa yang kita perlu jadi kat dunia ni. Adakah sekadar belajar, sit for exam dan dapat keputusan cemerlang? Ingat. Ada yang lebih BESAR dari itu. Jadikan persoalan itu sebagai inspirasi untuk kita terus istiqamah. Istiqamah untuk berubah jadi baik. Dan jadi lebih baik.

Sekian, wassalam.

You only live twice.

Miss F.




4 December 2012


4 december 2012 9:23 a.m.


Suatu masa dulu,aku pernah simpan hasrat nak masuk sekolah tahfiz. Nak hafal al-Quran, at the same time nak amik medic jugak. Tadi aku tengok cerita Warkah Cinta,tapi baru je 1 episode. Tak best sangat sebab biasalah cerita melayu macam slow sikit. Konflik pun tak berapa sangat. Tapi kan,dalam cite tu ada tunjuk suasana sekolah tahfiz. Kat sana hafal Quran je, best sangat sampai terasa nak pause video tu kejap and capai Quran masa tu jugak. Hihi. Aku saja-saja je tengok cite Warkah Cinta tu,sebab nak tengok Heliza n imam muda Nazrul berlakon. Lawak la heliza berlakon, dia macam brutal sikit dalam cite tu. hehe.


Oh ye,aku teringat dulu aku pernah je apply Darul Quran masa hujung taun form 5. Alhamdulillah,dapat peluang pergi interview kat Darul Quran KKB. Siyes nervous sangat. Aku diberitahu masa interview nanti ada 2 panel yang akan interview. First, panel from Darul Quran. Second,panel from UIA. Sebab aku apply yang hafal quran setahun, and then sambung UIA dalam bidang medic. Ayah punya lah happy bila dapat tahu aku dapat tawaran interview ni. Masa interview ni, aku kena hafal 1 page al-Quran dalam masa satu jam. Before interview tu memang asyik training je hari-hari. Hafal Quran dalam masa 1 jam. Deskmate pun dapat jugak tawaran interview Darul Quran. So, masa kat sekolah, kitorang tasmi' sesama sendiri bila dah hafal tu.

Masa interview, mashaAllah suasana tenang sangat. Ada tasik. Orang-orang kat sana asyik hafal Quran. Suasana tu sangat menenangkan hati. Seronok! Tapi aku tak lepas interview tu :( takpe lah,ada hikmahnya. Tengok where i am now. Kat bangalore India, amik medic. InsyaAllah, Allah letak aku kat sini, pasti dengan sebab-sebab yang baik. Mesti ada hikmahnya yang mungkin aku tak nampak sekarang, tapi dapat aku rasai pada masa akan datang, insyaAllah! Apa pun, walaupun aku tak dapat nak penuhi impian aku nak masuk DQ, tapi impian aku untuk hafal quran tak pernah padam. Walaupun aku belajar medic, masa tak banyak nak hafal non-medic books, insyaAllah aku nekad nak teruskan hafal Quran, tapi sikit-sikit la. :D

Walaupun India ni negara yang di mana Islamnya tak terlalu kuat,tapi aku tetap menganggap India ni sebagai bumi tarbiyyah. Banyak benda yang dah merubah aku sedikit demi sedikit. Dulu aku tak boleh terima langsung keadaan kat India ni. Tapi sekarang alhamdulillah..hari demi hari,aku merasakan fikiran aku makin matang. Aku memandang segala-galanya di sini dengan mata hati. Aku fikir betapa aku ni telah Allah cukupkan segala benda,tapi masih tidak tahu nak bersyukur,masih merungut 24jam. Alhamdulillah,Allah telah membuka hati dan minda aku,untuk melihat apa yang ada kat sini dengan pandangan dan perspektif yang berbeza. Melihat rumah-rumah penduduk India,aku rasa tersentuh. Aku fikir macam ee susahnya hidup dorang. Bersyukur sangat dengan kehidupan aku sekarang. :)

Segala masalah yang aku hadapi kat India ni pun, banyak mengajar aku untuk jadi sabar. Sabar bukannya 1 benda yang senang nak buat. Orang lain keep on cakap 'sabarlah'..tapi hanya Allah yang tahu betapa susahnya untuk pupuk rasa sabar dalam hati. Dulu hari-hari meratap nasib, kenapa aku kena campak kat India, orang lain semua tempat best-best je. Sometimes we didn't realize, ada yang nasib lagi teruk dari kita. Kita ingat kita yg paling teruk kena uji. Tapi ingatlah,makin hebat ujian yg Allah beri, semakin tinggi darjat kita di sisi Allah kalau kita bersabar. Allahuakbar..:')

Sekian sahaja. Akhirnya blog terhapdet jugak setelah sekian lama.

Ok, assalamualaikum.


LOVE,
Miss F.

Tuesday, December 4, 2012

Aku dah cuba..

Ya Allah,pulihkan kembali hubungan persahabatan ini dengan cara apa sekalipun yang Engkau kehendaki. Tentukan apa yang terbaik buat kami. Aku mohon pertolonganMu ya Allah ya Rahmaan ya Rahiim, pulihkan kembali hubungan persahabatan ini. Aku sayang sahabatku ini. Aku sayang persahabatan ini. Pulihkan kembali ya Allah. Dengan cara apa sekalipun. Dengan cara apa sekalipun yang Engkau kehendaki. Tentukan lah sebaik -baik kesudahan bagi masalahku ini. Dan kuatkanlah hati ini untuk menghadapi segala masalahku di India mahupun di Malaysia.

Ya Allah panjangkanlah hidupku bila kehidupan itu lebih baik bagiku,  atau wafatkanlah aku bila kematian itu lebih baik bagiku. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk hambaMu ini. Maka perkenankanlah.

Aamiin. 

~ Dr. 'Afifah ~