Tuesday, August 11, 2009

Faculty of Medicine Al-Azhar

Tempoh Pengajian
Kos perubatan di Al-Azhar menawarkan 7 tahun pengajian; lebih setahun berbanding universiti-universiti lain di Mesir ini seperti Universiti Kaherah, Mansurah, Ainshams, Zaqaziq, Tanta dan Iskandariyah yang hanya menawarkan 6 tahun pengajian. Ini kerana tahun pertama pengajian di Univ Al-Azhar mewajibkan pelajarnya mengambil 10 subjek agama di dalam bahasa Arab sebelum meneruskan ke tahun berikutnya.

Yuran
Yuran pada tahun pertama pengajian berjumlah 3000 pound sterling. Manakala yuran pada tahun-tahun berikutnya hanyalah 1500 pound sterling setiap tahun, selama 6 tahun. Jika ditakdirkan anda mengulang pada mana-mana tahun, anda masih juga perlu menjelaskan yuran sebanyak 1500 pound sterling untuk tahun tersebut.Tahun 1Sebanyak 10 subjek agama di dalam bahasa Arab wajib diambil; iaitu subjek Nahu & Saraf, Balaghah & Adab, Fikah, Tarikh Tasyri', Tafsir, Hadis, Sirah, Aqidah & Akhlak dan Al-Quran (2 juzuk, juz 29 dan 30). Pelajar diwajibkan lulus kesemua subjek untuk naik ke tahun berikutnya. Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus juga, pelajar diwajibkan untuk mengulang kesepuluh-kesepuluh subjek pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling.

Tahun 2
Juga dikenali dengan tahun 1 perubatan. Pelajar mula didedahkan dengan 4 subjek perubatan (Anatomy, Physiology, Histology dan Biochemistry), 2 subjek agama dalam bahasa Arab (Aqidah dan Fikah), Komputer, Bahasa Inggeris dan Al-Quran (2 juzuk, juz 29 dan 30). Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus lebih daripada 2 subjek, pelajar diwajibkan untuk mengulang subjek yang dia tidak lulus itu sahaja pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling. Jika tidak lulus 2 subjek atau 1 subjek, pelajar dibenarkan untuk bawa subjek naik ke tahun berikutnya.

Tahun 3
Juga dikenali dengan tahun 2 perubatan. Pelajar perlu mengambil 4 subjek perubatan (Anatomy, Physiology, Histology dan Biochemistry), 1 subjek agama dalam bahasa Arab (Sirah), Bahasa Inggeris dan Al-Quran (2 juzuk, juz 27 dan 28). Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus mana-mana subjek perubatan, pelajar diwajibkan untuk mengulang subjek yang dia tidak lulus itu sahaja pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling. Jika tidak lulus salah satu subjek minor seperti Al-Quran atau Sirah atau Bahasa Inggeris, pelajar dibenarkan untuk bawa subjek naik ke tahun berikutnya.

Tahun 4
Juga dikenali dengan tahun 3 perubatan. Pelajar perlu mengambil 4 subjek perubatan (Pharmacology, Pathology, Microbiology dan Parasitology), 1 subjek agama dalam bahasa Arab (Tafsir wa Ulumul Quran) dan Al-Quran (2 juzuk, juz 25 dan 26). Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus mana-mana subjek walaupun subjek minor, pelajar diwajibkan untuk mengulang subjek yang dia tidak lulus itu sahaja pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling.Tahun 5, 6, 7Setakat ini belum diketahui, kerana pelajar yang paling senior hanyalah setakat tahun 4. Akan diupdate kemudian.

KelayakanPelajar yang memohon hendaklah mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM. Sebaik-baiknya semua A dalam semua subjek. Subjek Bahasa Arab Tinggi, Syariah Islamiah, Al-Quran dan As-Sunnah TIDAK DIPERLUKAN. Juga tidak perlu untuk hafal Al-Quran untuk memohon ke Al-Azhar. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga TIDAK DIPERLUKAN. Hanya SPM.PermohonanPelajar perlulah memohon melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Bahagian Luar Negara. Borang boleh didapati di sana.Biasiswa / PinjamanPelajar perlu memohon biasiswa SEBELUM melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar, sama ada Yayasan Negeri, Zakat Negeri atau lain-lain. JPA dan MARA tidak menaja pelajar ke Al-Azhar.

Jika anda ingin meneruskan juga pembelajaran di Al-Azhar dengan harapan anda akan mendapat biasiswa selepas tahun pertama pengajian, pastikan anda mempunyai Plan B (duit simpanan sendiri yang secukupnya), kerana tiada jaminan bahawa anda akan dapat biasiswa pada tahun-tahun berikutnya.AgensiSejak sesi tahun lepas (2008/2009), sebahagian agensi sudah mula menghantar pelajar ke Al-Azhar secara terus (MOU). Sistem pembelajaran adalah sangat berbeza dengan sistem yang sedia ada. Kelayakan memohon juga adalah lebih rendah. Namun, saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai agensi ini. Cuma nasihat saya, mohonlah melalui KPT.. Percuma dan mudah.. Jika KPT mengatakan anda tidak layak, maka mungkin bukan rezeki anda belajar di dalam bidang perubatan di sini.

p/s: sume kat atas niy amek dri sum1's blog.so,hrp dpt jd pnduan.

No comments:

Post a Comment

Komeng jangan tak komeng. :)