Tuesday, June 1, 2010

Marmara. Indah seindah nama.

Mavi Marmara diserang? Oh. Marmara tu apa?Sedap la nama tu. Gahh.
Rupa-rupanya itulah nama ship yang membawa barang-barang keperluan dan bantuan ke Semenanjung Gaza. Aduh, itulah akibatnya malas membaca surat khabar. Hey, it’s not that aku malas , cuma kekangan masa yang menghalang aku untuk melakukan aktiviti tersebut. Hah. Alasan jela yang kau bagi kan..:D

Tun Dr Mahathir said, serangan tersebut menunjukkan bahawa mereka berani lakukan apa saja menggunakan kuasa mereka. They think they are the most powerful. Mereka rasa mereka paling berkuasa just because of takde sesiapa berani menentang mereka. And now, bila ramai orang dari seluruh pelosok negara sibuk memberi bantuan kepada Palestine, mungkin Israel rasa tercabar. Nahh. Ingat orang Islam ni lemah sangat ke? Lemah sebab tak bersatu padu. Tapi, bila dah bersatu, baru lah dapat mencabar kuasa Israel yang kononnya kuat tu.

Aduhaii. Mengeluh je ke yang kita mampu lakukan? If only I can do something..Tapi,what can I do? Aktivis nak beri bantuan kepada mereka ni pun punyalah susah.Israel dah sekat. Yang teruknya, Israel dah bunuh beberapa orang yang menyertai misi tersebut. Kenapa nak bunuh? Takut ke?Bimbang?Whatever it is, keadilan harus ditegakkan. There must be a way untuk menghalang kekejaman rejim Zionis.

Israel mendakwa orang yang diatas Marmara menggunakan senjata mencederakan mereka, oleh itu mereka cuba menyerang balas.They said, mereka cuba untuk mengelak daripada pertumpahan darah. Pehh. Kalau dorang dah berani serang negara Islam, apatah lagi kapal yang sarat dengan barangan tu.Plus, kenapa mereka nak mengendeng-ngendeng pergi ‘melawat’ kapal tu kalau bukan they’ve planned something? Right?

Laporan terakhir mengenai misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang komando rejim Zionis menyatakan bahawa 535 penumpang telah diturunkuan dari Mavi Marmara.Kapal itu kini dah dilabuhkan di Ashdod dalam keadaan kosong.Para aktivis yang datang dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, dan jika tidak membantah arahan ,dihantar pulang secara langsung dengan menaiki pesawat.

Hamid Othman, salah seorang rakyat Malaysia,iaitu Setiausaha Yayasan Amal Malaysia, yang menyertai misi tersebut berpesan supaya mendoakan muslimin dan muslimat di Gaza kerana jumlah kematian semakin meningkat akibat serangan rejim Zionis.Sama-samalah kita mendoakan….

No comments:

Post a Comment

Komeng jangan tak komeng. :)