Thursday, December 16, 2010

Belajar agama, tapi hidupnya macam tiada agama.

Salam. Tadi saya on9 facebook. Saya tengok profile someone. Saya terkejut. Perubahan mendadak dalam diri dia drastically. Profile facebook dia terang-terangan menunjukkan identiti dia. Dia tak malu to show to everyone yang dia tu perfect and could get what she wants. Tapi dia kan perempuan. Muslimah atau dalam bahasa melayu nya, perempuan yang beragama ISLAM. I was just soo upset. Dulu she's different tau. But now, tah pengaruh dari siapa dan dari mana, dia berubah ke arah yang tak sepatutnya.

Saya tahu yang dia tahu bahawa seorang muslimah tak sepatutnya sanggup memperlakukan diri sebegitu rupa. Memang dia cantik, cantik sangat lah. Sape dapat dia memang untung lah. Kalau sy lelaki pon sy mungkin akan jatuh cinta akan kecantikan dia.Tapi kita kena ingat, kecantikan tak menjamin kebahgiaan kita kat akhirat nanti. Kecantikan juga bukan syarat untuk masuk ke syurga. Yang penting hanya iman dan ketaqwaan. Saya ni pon bukan lah orang yang kuat iman mahupun muslimah dan mukminah sejati.

Tapi selagi ilmu agama tu masih tertanam dalam jiwa saya, and saya masih berpegang dengannya, saya akan berusaha menjadi mukmin yang terbaik cuz I know, hidup ni kalau nak compare kan dengan akhirat, I'd rather choose akhirat. Tapi kena lah seimbang jugak somehow. Bak kata sesorang itu, hidup di dunia adalah untuk kehidupan di akhirat. Maksud saya untuk memilih akhirat ialah, tidak terpedaya dengan arus duniawi even sometimes saya tewas dengan kecantikan dan keindahan duniawi.

Dah banyak dah, saya tengok kakak-kakak senior sekolah saya, yang semakin jauh terpesong daripada menjadi muslimah yang sebenar. Maksud sy muslimah yang sebenar bukanlah seorang muslimah yang bertudung labuh dan memakai jubah sepanjang masa tapi muslimah yang sebenar ni ialah perempuan yg beragama Islam yang mengikut PERINTAH Allah dalam AQ supaya menutup aurat dan sbg nya. Malang sekali, ramai sangat. Ramai muslimah yang sanggup melanggar PERINTAH Pencipta mereka sendiri. PERINTAH Allah SWT. Yang memberi kita peluang untuk hidup, dan akan menarik semula nyawa kita setelah tiba masanya. Ramai muslimah yang sanggup mengikut 'arahan' syaitan berbanding perintah ALLAH. Tak sedarkah mereka yang itu merupakan PERINTAH Allah? ARAHAN dan SURUHAN Allah kepada hamba-hambanya yang bergelar muslimah.

Saya cuma kecewa. Kerana orang yang belajar AQ dan sunnah sendiri pun sanggup MELANGGAR PERINTAH ALLAH dan menghampiri zina (couple). Orang yang belajar mengenai SYARIAH ISLAMIAH pun berani mendedahkan aurat dan bertepuk tampar dengan bukan muhrim. Orang yang belajar bahasa syurga yakni BAHASA ARAB pun berani mencarut, mengeluarkan kata-kata kesat yang mana RASULULLAH tak pernah sekalipun mengajar umatnya mengucapkan kata-kata tersebut. Sesungguhnya kata-kata kesat itu berasal daripada hati yang kotor dan hina. Orang yang hatinya bersih takkan mengucapkan kata-kata kesat yang menyakiti orang lain.

Sedangkan orang yang mempelajari AQ dan SUNNAH, SYARIAH ISLAMIAH, dan BAHASA SYURGA juga dah berani melakukan perkara sedemekian rupa, apatah lagi orang yang tidak pernah belajar subjek2 tersebut? Orang 'alim/berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya, akan diazab terlebih dahulu daripada penyembah berhala. Nauzubillahiminzalik. Wallahua'lam.

Wassalam.

3 comments:

  1. salam............sangat terkesan dihati:) semoga kita sama2 berubah kearah yg lebih diredhai....amin..

    ReplyDelete
  2. interesting..may Allah give us His beautiful love

    ReplyDelete

Komeng jangan tak komeng. :)