Tuesday, April 21, 2009

Ampunilah aku Tuhan..


Pada suatu hari,aku sedang bersiap-siap untuk solat berjema'ah dengan famili ku.Senja sudah berlabuh dan matahari sudah terbenam.Tiba-tiba,aku dikejutkan dengan satu berita yang amat menyayat hati dan sangat-sangat aku tak sangka.Ianya tak pernah terlintas sekali pun di dlm fikiranku.

Semasa menuruni tangga sambil membawa turun telekungku,ibuku memberitahu,

"Kawan abang Irshad yang hari tu tu dah meninggal"

Aku terkesima.Dalam hati aku,bermacam-macam andaian muncul.Dengan dahi berkerut,aku bertanya kembali,"Siapa bu?Abang Muadz ke?"

Ibuku mengangguk seraya berkata,"Ha'ah,kawan abang Irshad yang koma hari tu."

Aku terkejut.Aku tak sangka beliau akan meninggal dunia.Tak pernah terfikir Allah akan menarik nyawanya secepat itu.Tapi siapalah aku untuk menentukan bila sampainya ajal sesorang.


Lantas aku menuju ke bilik abangku,abangku sedang bercakap di telefon bimbitnya.Wallahu'alam tak tahu dengan siapa dia berbual.Dia nampak sedih.Aku bertanya adik lelaki ku yang berdiri berhampiran dengan abangku.Dia mengiya kan apa yang aku tanya kan.Aku sebak.Perasaanku berbaur sedih dan terkejut.Aku seperti terkena kejutan eletrik.walaupun aku tak berapa kenal dengan beliau,tapi aku tetap terasa.Bukan aku sahaja,malah rakan-rakan ku yg lain turut merasainya.


Aku menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu'.Aku menitiskan air mata.Tak pernah aku mendengar kematian seorang pelajar yang agak hampir dengan ku.Maksudnya,beliau merupakan schoolmate ku.dan yg paling sebak,aku tak sempat melihat wajahnya untuk kali yang terakhir.Aku mengalirkan air mata.Aku tak sangka aku akan menangis mendengar khabar kematian beliau.Setelah itu,aku mengambil air sembahyang dan solat berjemaah.Aku membacakan Yaasin untuk beliau.Aku tak dapat menahan sebak semasa membaca surah al-Mulk dan Yaasin.Aku menangis walaupun aku tak berapa kenal siapa arwah Muadz.Aku sempat bertanya adik perempuanku yang berada di Tingkatan 1 iKram,"Kau tak sedih ke?"

Dia jawab,"Sedih.."


Esoknya,aku melawat jenazah beliau.di masjid berdekatan dengan rumah Pak Lang.Aku tak dapat menahan air mata aku daripada mengalir ketika membaca doa untuk arwah.Aku juga menangis mendengar suara sayu dan sebak ayah arwah Muadz ketika mengimami solat jenazah.Aku tak dapat menahan sebak di dada apabila mendengar ucapan maaf bagi pihak arwah Muadz ketika kami hendak beransur pulang.Dan aku berasa sangat sedih melihat jenazah arwah yg telah selamat dikapankan.Aku tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempatnya.Aku bimbang dengan dosa aku yang masih bertimbun dan aku tahu aku masih belum bersedia untuk mati.Ya Allah,ampunilah segala dosa-dosa ku.Kau hidupkan aku dlm ISLAM,jd kau matikan lah aku dalam IMAN.


Alhamdulillah,aku tak pernah mendengar cerita yang tidak baik tentang arwah oleh pelajar2 SHAMS.semuanya yang baik-baik.Semoga beliau tergolong dalam golongan ahli jannah dan para solehiin.amiin..

Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment

Komeng jangan tak komeng. :)