Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang,
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik, media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r. a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,
Malam Pertama:Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam Ke 2:Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ke 3:Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam Ke 4:Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Ke 5:Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Ke 6:Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ke 7:Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.Malam Ke 8:Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam Ke 9:Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam Ke 10:Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluhNamun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.
Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah.
Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s. a. w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.
Rasulullah S. A. W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka.(Bukhori, Muslim)Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S. A. W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S. A. W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.
Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.
Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S. A. W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.
Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S. A. W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah.
.Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:-
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S. A. W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s. a. w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih. Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s. a. w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit,
Jalan Sultanah Zainab 2 Kubang Kerian,
16150
Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816
Wednesday, August 26, 2009
Tuesday, August 25, 2009
Lu'lu' al-kalimaaT..
*Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
*Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
*Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab
*Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.
*Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
*Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
*Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
"Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.†Hadis riwayat al-Hakim."
*Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
*Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
*Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
*Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
*Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.
*Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
*Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
*Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
*Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
*Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
*Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
*Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
*Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille
*Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.
*Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
*Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
*Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
*Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
*Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
*Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.
*Apabila sempuran akal, kurang perkataan. – Saidina Ali Abi Talib
*Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…
*Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.
*Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
*Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”
*Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
*Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
*Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.
*Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
*Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
*Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
*Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
it's about death
salam uollss.
xtau ape nak cakap.but,i feel i wanna write sumtin' here.i'm not sure what's it.
aa..aq slalu t'fikir.knape aq slalu menangisi seseorang yg tlh passed away padahal xrapat pn dgn that person.
ade laa dalam 2 3 org.
1.my late grandpa.
2.arwah muadz azhar.
3.mama nash.
4.mak najwani.
kematian org t'dekat mnyebabkan aku lebih appreciate hari2 aq b'same org t'sayang.
yea,i'm just afraid this ramadan would b the last moment i will fasting with my family n friends.who know?n who expect?
aq lebih m'hargai org sekeliling aku,especially my beloved ones.i don't know why,makin hari aku rasa kematian makin dekat.death is coming nearer.
i just blanked.~_~
i hope nothin' bad would happen.especially inside me myself.
tah la.aq just rasa aq ni banyak penyakit,luar n dalam.
(not seluar dalam.:P)
tapi aq slalu b'doa,that i wish my parents sempat tengok aq berjaya bergelar doktor pakar sakit puan yang b'jaya,dan sentiasa mengikut syariat ALLAH swt.ameeeeeen~~ :)
whatever it is,life must go on.no matter what happen,i'll try to survive.
the conclusion is..
*doakan kebahgiaan akuhh*
*dont forget me my friends*
if this is the last post i gonna publish,i apologised to all of u for all wrongs i'd done.
i'm always trying to be perfect,but i believe,nobody's perfect.
*good luck!*
*smile~ :)*
SALAAM KEMAAFAN,
fifa.(purple lover)
Monday, August 24, 2009
can u do this?
4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.
7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja
12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.
8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.4.Bacalah doa tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Ahlan wasahlan ya Ramadan..
Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya
Kini kau kembali Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........

Saturday, August 22, 2009
i luv.saya suka.
Saya suke bulan ramadan.
Bulan yg lain dr yang lain.uhh,my mum is cooking for my youngest sis.saba..lg few hours je lg.lg pon time puase sunat ok jer.
smalam kan..my youngest bro told my mum,
“ibu,kita tahu macamana nak niat puasa.nawaitu sauma…..lillahi ta’ala.”
laju plak tu die baca niat tu.t’gelak aku.but deep in my heeart,i proud of him cuz dia mudah m’hafal.ade talent jd hafiz sprti yg d’idam kn oleh ayah.
then,my mum tanye,sape ajar niat tu.cikgu ekk.
nak tau die jawab ape?
“taklah.upin dan ipin yg ajar.cikgu tunjuk cerita upin&ipin tadi.”
we laughed.:D pandai die wat lawak.
“ade ke upin dan ipin yg ajar..” my mum said.
ape2 pon,die mmg hafal niat tu dgn lancar.mlm tadi solat terawih b’jemaah with my 3 siblings.and my youngest bro pon follow skali.i hv 2 be the imam,cuz ayah pegi surau.ibu busy masak..so,go on je la trawih dgn adeq.
b4 solat witir yg 1rakaat tu,i forced my youngest bro tu hafal niat solat witir 4 1 rakaat.and he did.good job boy.
and i did read 1juz last night.i hope i’ll khatam AQ for this ramadan.the prob is just the 1week ‘cant-read-alquran” in bulan ramadan.but i’ll try my best.
okie.have a blessed ramadan.and appreciate laa bln ni dgn family,cuz kita x tahu yg bln rmadan ni kali t’akhir atau x utk kita mnyambut ny bsame family.ALLAH knows best.ajal maut d tgn Tuhan.
i dont think it’s too late to say ‘takziah’ to Najwani and Nazrin for their loss of mum.al-fatihah~
and i hope they’ll go on in life even without mum beside u to prepare your juadah b’buka puasa.i know it’s hurt.face it with perseverance.^_^
that’s all.sekian wssalam.
SALAM ALMUBARAK,
studentOftheYear

Friday, August 14, 2009
ibu Nazrin Hamka meninggal dunia.
salam.
it was unbelievable.
it was a nightmare.
it was a test.
from the Almighty.
idk.
i didn't know her.
but i could feel it.
everytime,every secs he told me bout her..
i felt i became nearer to her.
she's everything to him.
she's close with him.
she loved him.
she's his lover.
i remembered.
when he told me.
he helped his mum.
making kueh raya together.
on the days in Ramadan.
and he's happy to help her.
i remembered.
when he told me.
he always helped her mama.
in the kitchen.
from then on.
i knew he's very close with her.
i knew he's sad and the saddest.
i wished i would meet him today.
but i can't.
i hoped he'll getting better.
i hoped he'd learn to accept.
that her mama has gone.
leaving him and his family.
i hoped he'd go on with his life.
normally,as he can be.
i knew it's unacceptable.
to survive without a mum beside us.
i knew it's hurt.
to celebrate hari raya.
without a mum
to help us choosing our baju raya.
i could feel it.
if i were him.
i don't think i'd persevered.
i don't think i could stand up anymore.
but i knew,he'll.
he's my friend.
he's my classmate.
she's a teacher.
she's his mama.
~al-fatihah for her~

Wednesday, August 12, 2009
~result~
Salam.
ok.wanna tell bout my result.overall,not bad arr.cuz xde dpt C lgsung.but,i target 7a.but lack 1a arr..puas hati laa jgk cuz i didnt struggle so hard 4 this exm.mcm maen2 jer.malas laa nk sirius sgt.hoho.(x_x)
bm-a(thnx mr isa!!)
bi-b(hate it)
mt-a(excllent.i got full marks.beat her again!)
+mt-a(same with mt.good job,gurl)
pqs-a(easy but hard)
psi-a(i dont like it.but it's easy to get a)
sej-a(i'll cry if i got other than A)
bio-b(not bad)
chemi-b(quests die,bpeluh aq jwp)
physics-b(gonna get A 4 final exm.promise~)
bat-b(im stunned~)
how's it?ok?hahha.=D
just ok2 laa..im not putting a high hope.but 4 ths final exm.ill strggle.
ok.g2g.daa~

Tuesday, August 11, 2009
Faculty of Medicine Al-Azhar
Tempoh Pengajian
Kos perubatan di Al-Azhar menawarkan 7 tahun pengajian; lebih setahun berbanding universiti-universiti lain di Mesir ini seperti Universiti Kaherah, Mansurah, Ainshams, Zaqaziq, Tanta dan Iskandariyah yang hanya menawarkan 6 tahun pengajian. Ini kerana tahun pertama pengajian di Univ Al-Azhar mewajibkan pelajarnya mengambil 10 subjek agama di dalam bahasa Arab sebelum meneruskan ke tahun berikutnya.
Yuran
Yuran pada tahun pertama pengajian berjumlah 3000 pound sterling. Manakala yuran pada tahun-tahun berikutnya hanyalah 1500 pound sterling setiap tahun, selama 6 tahun. Jika ditakdirkan anda mengulang pada mana-mana tahun, anda masih juga perlu menjelaskan yuran sebanyak 1500 pound sterling untuk tahun tersebut.Tahun 1Sebanyak 10 subjek agama di dalam bahasa Arab wajib diambil; iaitu subjek Nahu & Saraf, Balaghah & Adab, Fikah, Tarikh Tasyri', Tafsir, Hadis, Sirah, Aqidah & Akhlak dan Al-Quran (2 juzuk, juz 29 dan 30). Pelajar diwajibkan lulus kesemua subjek untuk naik ke tahun berikutnya. Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus juga, pelajar diwajibkan untuk mengulang kesepuluh-kesepuluh subjek pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling.
Tahun 2
Juga dikenali dengan tahun 1 perubatan. Pelajar mula didedahkan dengan 4 subjek perubatan (Anatomy, Physiology, Histology dan Biochemistry), 2 subjek agama dalam bahasa Arab (Aqidah dan Fikah), Komputer, Bahasa Inggeris dan Al-Quran (2 juzuk, juz 29 dan 30). Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus lebih daripada 2 subjek, pelajar diwajibkan untuk mengulang subjek yang dia tidak lulus itu sahaja pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling. Jika tidak lulus 2 subjek atau 1 subjek, pelajar dibenarkan untuk bawa subjek naik ke tahun berikutnya.
Tahun 3
Juga dikenali dengan tahun 2 perubatan. Pelajar perlu mengambil 4 subjek perubatan (Anatomy, Physiology, Histology dan Biochemistry), 1 subjek agama dalam bahasa Arab (Sirah), Bahasa Inggeris dan Al-Quran (2 juzuk, juz 27 dan 28). Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus mana-mana subjek perubatan, pelajar diwajibkan untuk mengulang subjek yang dia tidak lulus itu sahaja pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling. Jika tidak lulus salah satu subjek minor seperti Al-Quran atau Sirah atau Bahasa Inggeris, pelajar dibenarkan untuk bawa subjek naik ke tahun berikutnya.
Tahun 4
Juga dikenali dengan tahun 3 perubatan. Pelajar perlu mengambil 4 subjek perubatan (Pharmacology, Pathology, Microbiology dan Parasitology), 1 subjek agama dalam bahasa Arab (Tafsir wa Ulumul Quran) dan Al-Quran (2 juzuk, juz 25 dan 26). Jika tidak lulus pada kali pertama (bulan Mei), mereka diberi peluang untuk mengulang subjek yang mereka tidak lulus pada bulan Ogos. Jika tidak lulus mana-mana subjek walaupun subjek minor, pelajar diwajibkan untuk mengulang subjek yang dia tidak lulus itu sahaja pada tahun berikutnya dengan bayaran yuran 1500 pound sterling.Tahun 5, 6, 7Setakat ini belum diketahui, kerana pelajar yang paling senior hanyalah setakat tahun 4. Akan diupdate kemudian.
KelayakanPelajar yang memohon hendaklah mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM. Sebaik-baiknya semua A dalam semua subjek. Subjek Bahasa Arab Tinggi, Syariah Islamiah, Al-Quran dan As-Sunnah TIDAK DIPERLUKAN. Juga tidak perlu untuk hafal Al-Quran untuk memohon ke Al-Azhar. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga TIDAK DIPERLUKAN. Hanya SPM.PermohonanPelajar perlulah memohon melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Bahagian Luar Negara. Borang boleh didapati di sana.Biasiswa / PinjamanPelajar perlu memohon biasiswa SEBELUM melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar, sama ada Yayasan Negeri, Zakat Negeri atau lain-lain. JPA dan MARA tidak menaja pelajar ke Al-Azhar.
Jika anda ingin meneruskan juga pembelajaran di Al-Azhar dengan harapan anda akan mendapat biasiswa selepas tahun pertama pengajian, pastikan anda mempunyai Plan B (duit simpanan sendiri yang secukupnya), kerana tiada jaminan bahawa anda akan dapat biasiswa pada tahun-tahun berikutnya.AgensiSejak sesi tahun lepas (2008/2009), sebahagian agensi sudah mula menghantar pelajar ke Al-Azhar secara terus (MOU). Sistem pembelajaran adalah sangat berbeza dengan sistem yang sedia ada. Kelayakan memohon juga adalah lebih rendah. Namun, saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai agensi ini. Cuma nasihat saya, mohonlah melalui KPT.. Percuma dan mudah.. Jika KPT mengatakan anda tidak layak, maka mungkin bukan rezeki anda belajar di dalam bidang perubatan di sini.
p/s: sume kat atas niy amek dri sum1's blog.so,hrp dpt jd pnduan.

Subscribe to:
Posts (Atom)