Friday, May 27, 2011

Jalan-jalan jumpa sesuatu.

SILA TEKAN BUTANG PLAY. *pakse ke hape nih.*

Lagu ni memang femes dolu-dolu time kat sekolah!

Tadi jalan-jalan kat Facebook Land *haha rekaan semata-mata* and then jumpa satu benda ni ,aku pun baca lah. Baca ,baca, baca, and time baca tu, macam-macam reaksi aku. Terkejut, gerun, risau, takut, berdebar, nak nangis. *dah ter'nangis' dah pun.* =.="


Seluruh makhluk kat dunia ni akan mati. Dan akhirnya akan dikumpulkan di Padang Mahsyar. Tak kira pangkat,darjat,miskin,kaya,tua,muda.. Tak kiralah dia seorang CEO syarikat, seorang peguam, seorang doktor, seorang buruh, seorang pengemis..Semuanya akan diadili oleh Allah di sana. Sesiapa yang tak mendapat keadilan di dunia, akan mendapat keadilan di akhirat. First impression bila dah habis baca benda ni, aku terfikir; 

"Apa persediaan yang aku dah buat untuk menghadapi Hari Perhimpunan di padang mahsyar ni."

"Dosa aku sangat banyak. Aku takut apa nasib aku bile dah habis timbang segala amalan nanti"

"Aku takut tak dapat syafaat."

"Aku taknak jatuh ke dalam NERAKA time melintas titian sirat(siratul mustaqim) tu."

"Panas dunia pun aku tak tahan sangat, terkena panas api kat dapur pun aku dah menjerit,apatah lagi rasa panas api neraka yang berkali-kali ganda panasnya drpd panas api di dunia. Nauzubillahiminzalik"

  



Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia. [Sila Kongsi]

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki
akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa
15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi



Inilah yang aku baca tadi.  Hope kita semua(including me) ,dapat ambil iktibar dan do something untuk mengubah nasib kita di alam sana. Ampunilah dosa kami semua ya ALLAH, kurniakan kami syafaat di akhirat sana, izinkan lah kami menjejakkan kaki ke syurga-MU ya ALLAH. Amiiin. :')

Sekian.

"BANGUNLAH WAHAI ANAK BANGSA"

Yang ingin berubah,
miss lurvians

Tuesday, May 24, 2011

sorry, i'm just falling in love with..

Assalamualaikum w.b.t.

I got 1 story nak tulis kat sini. haha. Kalau rasa boring jangan baca! :P

Pada suatu hari, aku dapat panggilan. I thought it's from MARA yang nak tanya hello ni nurul afifah ke dah dapat surat tawaran rasmi MARA ke belum. Sebab dah lama aku tunggu abang posmen kat depan pintu bila lah dia nak bagi surat rasmi daripada MARA neh! *yang part tunggu depan pintu tu rekaan semata-mata je k* Rupa-rupanya, panggilan tu daripada MAINS.


Orang dalam talipon: Hello,saya daripada MAINS. Ini Nurul 'Afifah binti Sidek ke?

Me: Ye saye. Kenapa ea?*padahal dah tau dah reason orang ni call.hahah*

Orang dalam talipon: Saya nak tanya, ada dapat mana-mana tawaran tak setakat ni?

Me: *nak je aku jawab 'takde'.* Ada, dapat MARA.

Orang dalam talipon: Oh, pegi mana? Jordan?

Me: Tak tak. Pegi India.

Orang dalam talipon: Oh, Bangalore ye?

Me: A'ah..*grin*

Orang dalam talipon: Oh, takpe lah kalau macamtu. Terima kasih ye.

Me: Oh,ok.

Aku dapat call daripada MAINS, maybe dorang nak offer aku untuk 2nd intake kot. Kan ada beberapa student yang tolak tawaran MAINS ni. Aku dah merajuk la dengan mains, taknak kawan lagi dah..*huh. tak matang sungguh kan?haha* Betul la,time aku excited dulu taknak kasi. Skang aku dah tersuka kat India dah,baru nak call..=.="

Ayah tanya aku;
"Apsal tak kelentong je cakap takde tawaran mana-mana. Tanyalah dia 'kenapa saya tak dapat dulu?' "

Aku pun: "hehe"

Siyes,aku kalau boleh akan ngelak sehabis-habisnya daripada menipu. Nak je aku cakap 'takde dapat tawaran mane-mane' sebab nak tau apa yang die akan cakap next. Tapi it's a lie and aku selalu menyesal and rasa bersalah tiap kali aku terpaksa tipu cuz it's better to tell the hurtful truth than an uncomfortable lie.

Ayah aku cakap lagi,"Patutnya bagi ayah telefon tu tadi. Sembur dia sikit apsal dulu saya tak dapat.Baru sekarang nak kasi."

Lepas tu dia gelak. Haha. Maybe dia puas hati kot aku dah dapat MARA. Dulu dia punyalah mengharap aku dapat pegi Mesir, bukan ayah aku je, semua makcik-makcik aku aim aku suh pegi Mesir. Memang inilah tanggapan dan mentaliti makcik-makcik aku, budak smka je kena sambung blaja gi Mesir,Jordan,Midd east..Seolah-olah that's the ONLY choice I have. Banyak je country lain yang boleh sambung medic. Cuma Pak Lang aku sorang je cakap suh aku sambung study kat Russia. Tapi tau-tau je la kan, bahasa Russia tu macamana. Kalau boleh taknak pegi negara yang kena belajar bahasa asing. Take time. Dahlah medic course ni lama kan. Nak kena belajar bahasa asing lagi.

Last skali ayah aku gitau aku: "Ada kawan ayah punye isteri da jadi doktor sekarang. Dulu study kat India. Dia cakap,India ni bagus nak sambung medic. Yang tak bagusnya kat Europe, sebab housemanship kat sana tak kasi pegang patient langsung. Boleh tengok je macamana doc handle pesakit. Tapi kat India boleh je pegang patient. Praktikal bagus."

Hah. See! Ayah aku pun dah suka kat India. Bukan aku je! Haha. It's for my own sake.Tak kisah lah how terrible suasana kat sana, but the most important thing is quality pembelajaran kat sana. It will affect my prestasi as a doctor at the future. So Nurul 'Afifah! Go, achieve your dream! Never give up. .Kita akan menjadi apa yang kita fikirkan. Fikirkan you really can do it! ;)

Sekian,wassalam.

"ENGKAULAH APA YANG KAU FIKIRKAN"

Budakmerajuk :P ,
miss lurvians

Monday, May 23, 2011

Ceritera Tentang Kita.

Assalamualaikum w.b.t. Tadi my bff baru je call. Dorang dah sampai matrix Pilah! Mesti dorang ngah nervous macam time first-first jejak kaki kat smka shams form1 dulu. Lebih kurang macam tu lah kot. Aku dah mula rindu korang la weh!


My bff, Azra Syakirah binti Zulfakar and Noor Haryani binti Harun (wah,full name gitu!) , dah berkawan baik since Form 1. Dulu-dulu kitorang pernah plan nak gi UIA sama-sama, tapi course lain-lain lah kan. Tapi malangnya, none of us dapat UIA. Cuma dapat UiTM je and lain-lain tempat. Parents Yanie and Azra pun pelik apsal kitorang asyik dapat sama je. Kitorang bertiga dapat tawaran Kolej matrix n9 (padahal Yanie tak apply pun n9) and dapat UiTM jugak(tapi lain-lain tempat). Wahaha. Terkejut jugak mula-mula. Tapi sebenarnya bese la tu. Haha.

Inii lah Haryani. Cute+gila-gila+mischievous=Yanie!

Azra Syakirah. Berani+gila-gila+perfectionist=Azra!

Aku kalau boleh nak je join matrix sama-sama dengan dorang. Mesti gempak! Tapi aku dah dapat tawaran PILN MARA, takkan nak tolak mentah-mentah. Rezeki jangan ditolak. Best la Azra and Yanie, dapat sambung belajar tempat yang sama. And aku ni, tercampak kat MSU sorang-sorang. Aku pasti aku takkan dapat jumpa bff sehebat n se'best' korang. *apa ayat macam sampah ni!haha* Lepas Azra call tadi, aku rasa sebak and then crying-crying la depan pc sorang-sorang. Tak tau lah ,tiba-tiba je. Mungkin ini disebabkan ini kali pertama aku akan berpisah dengan dorang. Dulu time Form 3 kene pisah kelas pun aku sedih tahap cipan. Padahal kelas sebelah-sebelah je. Haduihh.

During sport's day last year.


Hi-tea di Royal Bintang,a day after tamatnya SPM.

Amboihh,mak datin!

Azra jugak ratu bowling!


Jom Masuk U carnival. Yanie suka kumpul beg free.

They're going to leave me ALONE. :'(

Weih. Kenapa korang tinggalkan aku sorang-sorang! Sedih tau tak. Sampai hati korang kan. Lepas ni sape gi yang nak ajak gi pasar malam same-same, sape gi yang nak ajak gi karok same-same, sape gi yang nak ajak tengok wayang same-same, sape gi yang nak ajak pegi shopping wedges and handbag same-same, sape gi yang nak ajak aq studygroup kat lake garden, rumah sape lagi yang aku nak lepak petang-petang?? *emo jap* :')

Kanak-kanak ribena. Form 2 Islah 2007.

Buang tebiat. haha.

Form 4 2009.







Aku mesti akan rindu korang selaloooo. Cuz both of you will be my bestfriends forever and ever. No one can ever replace both of you in my heart. No and never! huaa. Tak kiralah kat mana-mana pun korang sambung belajar, aku redha. *i'll try my best!!* Aku cuba untuk menerima hakikat ni. Walaupun cukup pahit untuk ditelan. Tapi segala kenangan-kenangan persahabatan kita dah cukup manis untuk cover yang pahit tu. :')



Perjuangan kita masih jauuuuuuuuuh lagi. Cuz we're still young! Kan kan kan? haha. Jangan risau lah Azra Yanie, aku akan sentiasa doakan kejayaan korang kat sana! Nanti jangan berani-berani nak lupakan aku kat MSU ni tauu! Kalau tak aku bunuh korang. :p *bajet macam berani je* Nanti kite ym-ing or skype-ing lah ek. Kalau kene regging, korang call lah BUDIMAS. Tak pun talian NUR. Okayhh? Don't be afraid. Life memang super challenging. Just redah je. Azra, jaga Yanie baik-baik k! Jangan biar dia lupa diri. ahaxxx!Take care eh korang. Ingat kata-kata mak Kak Mo, "JANGAN BERCINTAN CINTUN kat sana. Belum masanya." ;)


Perpisahan Ini - 1st Edition ft Aizat Amdan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi ,biar ku sendiri..

p/s: This song is specially dedicated to Azra and Yanie. Percayalah weh, aku terima perpisahan ni. And I love both of u very-very much! T_T

Sekian,wassalam.

Gonna miss uolls,
miss lurvians

Wednesday, May 18, 2011

Persediaan ke India di MSU.

Assalamuaikum w.b.t. Okay semalam ayah dah call orang MARA, tanya aku dapat negara mana. Then, aku dapat tau yang aku dapat INDIA. First impression:


"WHATTT??INDIAAAA???????!!!"


Hancur berkecai impian aku nak sambung belajar ke UK/Ireland. =.=" Tapi sebelum ni aku dah research pasal ni kat MSU. Dorang ada wat ISEP(International Student Exchange Prog) ke Poland, India and beberapa negara lain (aku tak ingat). MSU ni ada offshore campus kat Bangalore India iaitu International Medical School(IMS). So,mostly pelajar tajaan MARA akan pegi sambung MBBS(Bach of medicine & bach of surgery) kat situ after wat foundation di MSU Shah Alam. Foundation 1 year, 3 sem. My dad told me kalau pass, dapat fly ke India bulan september next year. MSU hanya ambil pelajar medic 150 orang sahaja setiap tahun. Ambilan MARA pegi foundation MSU ke India ni dengar-dengar 20 orang sahaja.


MSU ni merupakan top5 excellent universities. Dijangka akan ada hospital dan hotel sendiri. Hospital and hotel ni supaya mudah pelajar-pelajar MSU nak wat praktikal bagai. Hotel ni juga akan dibuka kepada ibu bapa yang datang dari jauh nak datang ke majlis konvo anak-anak mereka di MSU.

Aku terkejut bila dapat tau dapat gi India cuz mestilah macam-macam yang aku fikir. Tau je lah kan suasana kat sana macamana. Orang kat sana macamana. And then, semalam aku terus google pasal medic di India. I wanna know macamana senior2 study kat sana. And tahap keselamatan kat sana. N after that, aku asyik senyum je memanjang sebab aku rasa happy and bertuah because I've been chosen to be one of the students yang akan dihantar sambung MBBS di India. Kenapakah? Haha. And sejak tu aku sedar, aku tak ditakdirkan untuk sambung belajar ke UK sebab aku ditakdirkan melancong ke UK sahaja. Wah3. Yakin je. Haha.

Actually sekarang ni aku nak cirita pasal belajar kat India ni. *eh excited pulakss* Foundation ni antara cara paling pantas dan mudah *fast track* untuk fly. *heppyyy!* Menurut pengalaman seniors, zaman batch dorang dulu kalau yang straight A1 akan dihantar wat IB/a-level, and untuk sesape yang slack ada 1 subjek dapat A2, akan dihantar buat foundation di MSU. Tapi skang taktau lah, ade je yang tak straight A1 dapat a-level n IB. Nampaknya aku la antara orang yang slack tu. Haha. *who cares?lalala..:P*

MAYAT lelaki dicangkuk keluar dari kolah berisi formalin untuk digunakan oleh pelajar perubatan Malaysia yang belajar di MS Ramaiah Hospital di Bangalore, India.

Further explanation boleh tengok kat SINI!

"lg satu ... medic dekat india ni aku rasa terbaik la. sbb second year kita dah boleh jumpa patient suda. kalau mcm dekat tmpt lain ... ada yg x boley sentuh patient langsung aku dgr. so its advantage la. lagi satu .... during 1st year lg ... kita mmg boleh bedah mayat sudah. yg bestnya banding negara lain .... mayat tu kita dissect sendiri. so ada experience la. kalau russia for example aku dgr mayat tu suda kena potong sedia so student just observe jak. so x thrill la kan x pegang mayat ni ... lecturer sini pgng mayat pakai tangan kosong jak. hard core! hahaha lg satu kalau indon aku dgr pakai mayat plastic. so x realistic la."

Yang atas ni aku copypaste daripada facebook discussion.

Okay talk about elaun. Hah. elaun ni yang paling best kat sini. hihi. *okay okay i'm trying not to be mata duitan sangat* Elaun sara diri kat sini dengar2 cite 700USD per month so kalau convert dalam RM, around 2000 lah. Yang tu tak termasuk elaun buku and elaun alat. Kalau kat Manipal, lau tak silap, elaun 500USD je sebab kawasan dia macam kampung-kampung sikit so kos hidup rendah.

"kalau mcm d india ... bnyk jak tmpt ko boleh pg ... ada jak kawan2 aku yg suda pg uk, mesir, satu dunia boleh. sbb india ni tmpt transit bnyk tempat kan. lgpun kos hidup rendah. so kalau maw pg bercuti luar negara tu org ckp senang. so ok la. lagi satu air asia suda buka flyte pg tmpt kami d sini ... tiket murah gila ... kalau pakai elaun mara bagi ... bleh balik msia 3 kali sebulan ya. so plng bgs suda tu. jgn complaint tempat. tempat mmg paling la teruk. tp pikir pasal quality education yg dia offer. org2 sini mmg penipu berabis la. kena pandai2 hidup jak.bha mcm aku kisah kan. hahahahah apa2 pun ... all the best utk semua. kalau maw buat medic ni .. hati kena kuat. semangat kena ada. sbb bukan senang. sbb kita deal dgn nyawa org.bukan anak patung. so apa2 pun ... semoga berjaya! chewahhhhh ..."

*Copypaste again*

That's why aku cakap kat atas sekali tadi, yang aku memang ditakdirkan melancong ke UK je, nak sambung belajar tak layak. hehehe. *nak sedapkan hati je.wuuuu* T.T

Sistem yang digunakan di India tak pakai ikut year, tapi ikut phase. Ada 3 phase.

1st phase: 1year,
2nd phase: 1 and1/2 year,
3rd phase: 1 and 1/2 year.

First phase ni belajar pasal anatomy(core subject), physiology, biochem. Kat India, semua buku,kertas murah-murah. Buku text semua buatan sendiri sebab tak percaya buku luar. That's y India is one of the strongest country to pursue medic. Second phase, belajar pathology,pharmacology,microbiology *segala macam logy ada*, forensic medicine, community medicine. During second phase ni, student2 dah kena introduce dengan clinical posting, means that student dah boleh apply apa yang dia dah belajar dengan patient yang datang kat hospital tu. The best part is, time clinical posting ni, pelajar kena assign different department every month. Macam time housemanship lah, kene posting kat lain-lain department dulu before jadi MO.

Novel ni ada cerita pasal seorang doktor HO yang sedang buat housemanship di beberapa department hosp before jadi Medical Officer(MO).

Antara department yang ada ialah medicine,surgery,obstetric&gynaecology, dermatology, paediatric, ear nose throat, orthopedic,etc. Obgynae untuk ibu2 mengandung bersalin, dermatology ni involving skin, paediatric ni khas untuk kanak-kanak.Dorang akan rotate department setiap bulan so takde lah jumpa patient yang sama and banyaklah pengalaman dengan pesakit-pesakit yang berlainan.

Third phase aku rasa paling best kot. Sebab ape, third phase ni merupakan clinical year and dah tak masuk kolej, no more lecture. haha. Dah boleh prescribe ubat untuk patient and hari-hari pegi hospital je. weeee. :D Yang paling tough, final exam. Segala apa yang dipelajari dari 1st phase sampai 3rd phase akan masuk exam. Dah habis final exam, tak boleh balik Mesia lagi la der. India punye govt dah tetapkan setiap pelajar medic wajib buat housemanship 1 year di India. *huaaa.. nak baleekkkk! huhuu* Means that pelajar medic india akan buat housemanship selama 3 years sebab 1 taun di India, 2 taun lagi di Mesia. So bile buat housemanship kat Mesia nanti takdelah tercengang lagi kan. Lebih well prepared. *insyaALLAH..*


Bab melancong memang kesukaan para pelajar kat sana. Nak main salji boleh pergi North. Kena save duit lah. Dorang cakap pegi main salji hanya spend 23 000 rupees around RM1500 termasuk flight,penginapan,transport for 7 days. SEVEN DAYS okay! Enuff la pasal melancong. Tu sume selingan je. *cewahh* Kat India ni jugak ada 1 trend untuk malaysian, budak2 laki beli motor, ada yang beli kete sebab murah-murah. *second hand je* Kalau dak2 pompuan slalu beli scooter. Wah!! *mata bersinar-sinar* Kenderaan ni memudahkan pelajar nak pegi posting kat hospital.

Pasal bil telefon. Pun murah jugak. Ade sorang student tu topup 1000 rupee( around RM60 ) guna 3 bulan tak habis-habis. Kalau aku cepat kot habis sebab nak gayut ngan orang Mesia. Wahwahwah. haha. Maximum savings yang boleh disimpan kalau jimat-jimat kat sana ialah around RM 1500. *paling max okay* So RM1500 simpan dalam 5-6 bulan, dah berapa dah savings? Around 7500-9000! Belum habis belajar lagi dah boleh post duit kat parents. hehe. Tu kalau jimat-jimat lah. Kalau macam aku ni susah la nak jimat. Kakaka.

TV? Menurut pengalaman dorang, tv pakai airtel tv bulanan RM20 and channel nya 2kali ganda lagi banyak berbanding astro. *saba ye astro*

"umah aku siap beli oven ... microwave .... even ade kawan aku beli desktop ... ade yg beli digital piano .... ade yg g amik kelas violin la ... gitar la .... mcm2 boleh beli kalau KAU BOLEH simpan duit .... ade kawan aku siap beli plasma tv ... ps3 .... sofa .... haish ... if only u cn see how luxury it is student india yg tggl dekat sini. i bet u wont even regret not going to europe."

*Copypaste again*

Okay itu semua hanya nak gumbirakan hati yang lara ini sebab tak dapat pegi UK. Sebelum aku apply upu,matrix and scholarship ni abang aku pernah cakap,

"Nanti kau pegi ar amek medic kat India. Kat sana praktikal dia bagus gila. *gila tu aku saje tambah* And kat sana guna mayat betul. Praktikal lagi banyak kat sana."

Adik aku punya komen bila dapat tau aku dapat pegi India:

"Wuu. BANYAK MAYAT!!"



Hahah. Memang pun. So aku tak kisah lah, yang penting aku lebih suka praktikal daripada theory. Tapi still, theory kena belajar jugak before practical. :P

LASTLY, bila aku baca kata-kata kat bawah ni, azam dan semangat aku mula membara. *wahwah*

  • "nyway ... jgn sedeh sgt dpt india. ok ape. look on the bright side. and take the negative side as a challenge for u. and make it as a reason for u to live each and everyday. i think i said enuf stuff. hopefully to see u coming to india. cheers ~"
  • "Jadi buat ibubapa yang anak mereka yang di tempatkan kat India, janganlah rasa sedih yer. Buat pelajar-pelajar pulak, jangan pula rasa macam down bila di tempatkan kat India tu...bersyukur sebab terpilih, ramai lagi yang merasa kecewa."

DQ-UIA aku tak dapat. UIA first choice UPU pun tak dapat. MAINS (mesir) tak dapat. UK pun tak dapat. So, this one gonna be the last one and the best for me insyaALLAH. Allah beri apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu.

Enuff membebel. Segala maklumat di atas berdasarkan research kat google. (So, maaflah kalau tersalah bagi info) Segala maklumat ni hanya sebagai panduan shj sebab ini melibatkan my future. 6 TAHUN tau! itu sahaja. sekian. wassalam.



Kembali Ceria,
miss lurvians