Tuesday, December 28, 2010

who's fallin' in love

Quote untuk hari ini.

''Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta pada-Nya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Dan siapa dia siapa kita.''

Menutup Aurat itu Seksi?

Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya. Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam.

Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?

Disinilah ingin saya sampaikan satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.

Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?

Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.

Cuba kita singkap betapa komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.

Ia sebenarnya adalah konsep nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.

Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.

Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.

Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.

Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya. Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.

Allah itu Maha Bijaksana. Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.

Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.

Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.

Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.

Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.

Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.

Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, December 23, 2010

Cuti sekejap boring, cuti lama pun boring jugak ke..

Assalamualaikum w.b.t
Belakangan ni saya rasa amat bosan tinggal di rumah tanpa kerja, tanpa tujuan dan hala tuju hidup.
Lain lah, taun lepas. Ada jugak lah buku akademik yang nak di 'study'..
Tapi aku ann dah abeh SPM , ta taw la nak hidup macamne skang.
Aku na cari keje . Ok, cuba tengok senarai kerja yang dicadangkan oleh orang sekeliling saya.

  • Pembantu sekolah tadika yang sederet dengan umah aku.
  • Pembekal kuih-muih kepada makcik yang jual nasi lemak.
  • Distributor. Tak tau nak distribute ape..
  • Promoter. (segan la jadi promoter. hauhua..)
  • Cashier.( gaji oke, tapi kena balik malam. adeihhh.)
  • Guru tusyen sementara
  • Salesgirl. (dah reject awal-awal.)
Rasanya ada banyak lagi. Tapi tak ter'list' plak.
Betul ke aku ni nak keje ni? Adoiiyai.
Ta taw laaa.

Hah. aKU baru je dapat tau pasal kisah silamku . Yg aku sangkakan 1 penipuan ,tapi senanya it really happened.
Susah nak percaya, tapi dah orang terdekat dia cakap camtu, so aku yakin betol punyee.
Cuma aku kecewa. Sebab dia telah menghancur remukkan hati seorang perempuan.
Grr. Hate him.
So very much.
K, I'm done.
Lepas ni nak gi jog.
Huhh? Jogging kul 3 pm. Sounds weird, tapi baru ar adventure kan.
Ahaha. Okie, dAa. wassalaam.

"BIARKAN AKU JATUH CINTA"

Lurvians.

Tuesday, December 21, 2010

Oh Tidak!

Assalamualaikum.
Hari ini saya pergi 1 tempat. Hehe. Di situ saya jumpa BFF saya.
Kami berborak-borak mengenai isu semasa.
I mean, isu semasa adik sedare die.
Semalam saya jadi chaperone.
First time, and saya rasa berdosa sangat kerana tak mampu nak mencegahnya.
TAK MAMPU sangat-sangat.
Yang saya terkilan, lelaki tersebut telah memegang tangan perempuan itu!
YA ALLAH, berikan mereka petunjuk dan hidayahMu.

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ


Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

(Surah al-Qasas ayat 56)

Aku kecewa jugak. Lelaki tu pelajar. And seorang naqib. Muka baik. Walaupun kita shouldn't judge a book by its cover, tapi aku memang tak boleh la bila jumpa budak muka baik, mesti aku dah copp dia baik. So ,once dia buat things yang luar jangkaan, i was just couldn't accept it.

Nauzubillahiminzalik. Moga dijauhkan mina zunub wa ma'asi. :)

Lurvians.


Monday, December 20, 2010

Darul Quran

Tempat aku ditemuduga.
Darul Quran, tempat yang sangat menenangkan..

Assalamualaikum. Darul Quran. Sebut je nama tempat tu pun aku dah gerun. Nak hafal 30juzu' al-Quran dalam masa yang singkat bukanlah sesuatu yang mudah. Aku pernah mendapat tawaran temuduga untuk ke DQ. Pada mulanya, aku memang terkejut dan risau bila dah dapat tu. Then, kat sekolah dapat tau yang ramai kawan-kawanku yang apply DQ tak dapat offer temuduga tu. Aku pun rasa serba salah. I should be sooo grateful atas tawaran tersebut. Tarikh temuduga ialah 15 November 2010, just 1 week b4 SPM. Memang cuak. My deskmate, Ain pun dapat juga tawaran, tapi tempat temuduga dia kat SMKA KL, aku pula kat DQ,selangor.

15 hb tu, my parents amek cuti nak hanta gi temuduga kat DQ. Kat sana, aku kena jumpa 3 orang panel, sorang panel DQ, 2orang lagi panel UIA. At first,pegi kat bilik yang telah ditetapkan. Kat situ aku jumpa panel DQ. First impression, muka beliau garang dan menyeramkan. Huhu. Siyes. Memang cuak. Tapi wat derkk je lah.. Aku datang nak kena interbiu ,bukan nak tengok orang garang ke tak. Aku kenal hafal 1 page AQ dalam masa 1 jam. Dan aku terlajak beberapa minit. Tu pun sebab aku nak tunggu my turn. Alhamdulillah, proses menghafal berjalan lancar, cuma ada la tersekat-sekat siket.

Dah tu, aku gi kat bilik lain, tunggu turn nak jumpa panel UIA.Sementara menunggu tu, ada sorang pelajar tegur. "Dari skola mana?" aku pun jawab "SHAMS." Dia tanya lagi "kenal insyirah?" Aku angguk, " kenal, tapi die dah pindah KISAS. Awak sekolah mana?" Dia ketawa lepas tu dia kata," KISAS lahh." Huhu. Ye kea. Pastu aku pun ketawa la sekali. =.="

Panel UIA due2 perempuan. Tapi seriously sporting gile. I've to speak eng. Memang grammar tunggang langgang but i dun care asalkan self-confidence tu ada. Salah sorang panel tanya ,"Introduce urself pls." Aku pun bebel la pasal nama, skola mana. Dia tanya course apa nak amek. Aku pun gitau la,first choice medic, 2nd : pharmacy, and 3rd: bioscience. Then dia refer kat result trial aku. Ade la aku dengar dorang bincang, "yang ni boleh naik A+ ni." wahh, happy betul mendengarnya. Tapi tak sure subject ape dorang cakap tu. :D Last sekali 1 of them tanya, "kalau rating la pasal program ni, u nak bagi berapa? per 10." and i confidently said, "10." One of them said, " good. I like!" Die senyum and aku pun sengih2. Pastu dah habes tu aku salam dua2 panel UIA tu and keluar dari situ dengan perasaan yg sangat lega.

15 Dis dapat result DQ. Aku gagal. Tapi aku puas hati sebab dah ada experience ditemuduga, kena speaking lagi. Nanti nak kena interview jpa or mara takde lah cuak sangat. Hee.

Alright. Time's up. G2G. Daa~ Wassalam.

Lurvians.

Couple berlandaskan Islam??

Sunday, December 19, 2010

Carta IKIM.fm :)

CARTA NASYID IKIM.FM 19/12/10 (Minggu 92)
1. Nurul Iman – Rabbani (-) (8)
2. Kejora Sinar Zaman – Rabbani (-) (22)
3. Yang Ku Cari – In Heart (+6) (7)
4. Cuba – Aidil (-1) (6)
5. Andai Ku Pergi – Mirwana (+5) (6)
6. Aman – Far East (-) (6)
7. Tika Masanya – Mirwana (feat Hujan) (+1) (24)
8. Kerana Doa – Nowseeheart (-4) (2)
9. Cinta Terakhir – Aiman (lagu baru) (1)
10. Bersua Denganmu – Nur One (lagu baru) (1)

Pencalonan Baru
Embun Hidayah – Hijjaz
Astaghfirullah – Nusrah
Huruf – Blues Gang
Dunia Cintaku – Arnieza
Safa Marwah – Far East



BAS TERMEWAH kot.


Saya nak naik bas ini! *like* :)

Rumah or istana?

Rumah ini kepunyaan SHEIKH ZAYED BIN SULTAN AL NAHYAN. Siyesly macam shoping complex siket, macam hotel pun ade gak. hUH, terkadang, confuse jugak. hahah. k have fun!

Saturday, December 18, 2010

exam oh exam

SPM dah lepas. Trial SPM dah berlalu. Sumatif 1 dah xkan kuhadapi lagi. Sepanjang aku bergelar pelajar Form 5, aku rasa cam takde lah study gila-gila sangat. Sempoi je tapi still have to focus. Perkembangan result pekse sepanjang tahun ni nampak cam ok. Nampak jea. Tapi hakikatnya ,walau sebaik mana result aku, aku masih risau dengan result pekse sebenar yang lagi penting iaitu SPM.

Formatif 1 - 8A
Sumatif 1 - 6A
Formatif 2- 8A

Yang paling best,result trial yang aku anggap susah , tapi result aku sungguh mengejutkan. What a big surprise.

BM. Selalunya BM aku takde problem sangat. Cuma time formatif 2, itulah kali pertama dapat B. Bukan B+ tapi B. Aduh. Memang susah gile soalan tu. Cikgu Fatimah, my lovely cikgu yang sentiasa berusaha mengajar apa yang betul2 penting in spm nanti. Beliau selalu bagi peringatan ,jangan buat tu jangan buat ni. And she's really funny, especially bile die jerit nama KT(Ketua tingkatan kami) dengan penuh semangat iaitu "MAEELLLLLLLLL!!!!". Mael ni genius woo. Physically je macam tu. :) Alhamdulillah, time trial i got A. Lepas tu cigu tambah 3 markah free, dapat la A+. Terima kasih cikgu Fatimah~

BI. Last year, memang jarang dapat A. I mean,susah la dapat A. Alhamdulillah, this year, I'd improved a lots. Zillion of thanks to my sporting and kind teacher, tcer Pu. Beliau sangat gigih. Lebih gigih daripada saya. Heheh. Trial aritu I got A- ,lagi 1 markah je nak A. bUT it's okay what. Tak raamai dapat A. The highest pun 83. Aku yakin, SPM sebenar nanti, ramai yang akan dapat A+ sebab kami dah dibalun dengan latihan-latihan yang sungguh amat banyak. Really, tak tipu. Memang tak larat. Tapi still boleh survive. Huh.

MT and +MT. Pun no prob since last year lagi. Guess what, last year pernah dapat C+ math mode. Yang kelakanya time tu jugak +math aku A+. Mane tak peliknye tu. Jauh bezanya tu. Tapi that was just a careless mistake. Trial SPM punye result tak pelik, cuz i got A+ for MT and A- for +math. Add math paper 1 really2 freaked me out. Rasa-rasanya question n9 memang susah ,i think it was second paling susah after SBP. Bile aku wat Kelantan trial, dapat lak A+. Memang geram~ Tapi alhamdulillah, dapat jugak A-. Berbaloi laa jugak.

PQS and PSI. Know what, during trial exam ,PSI and PQS diletakkan dalam hari yang sama! Mana tak tension. Dah la banyak kena hafal. Soalan spot pun takde. Memang terkontang-kanting. Nasib baik sehari sebelumm tu ade gap 1 day. Bole la study walaupun tak holistik. Alhamdulillah PQS dapat A,PSI dapat A+.

Sejarah. Haha,sejarah ni bagi aku kemuncak bagi segala subjek cuz ta ramai minat sejarah and banyak facts to be memorized. Paper 1 sej memang susah and aku menangis bila habes paper 1. Bukan pe, aku n BFFs ku pegi check kat buku text jawapan2 nye. N lebih daripada 10 SALAH. Memang rasa kecewa and down sangat time tu. Paper 2 aku berazam nak wat betul2. Akhirnya dapat jugak A sebab paper 2 aku 95% ! Could u imagine that? Tak penah dapat 95% paper 2 before nih. Ini berita baik! heheeh.

BAT. First time dalam hidupku BAHASA ARAB TINGGI dapat A-. Arab is a tough subject cuz u've to karang essay arab, study nahu, balaghah, sorof, mufradat,etc. Last year ,memanjang dapat C+, tak C+ pun dapat C.Aduhh. Pening2. Tapi makin lama makin okay la. Mungkin sebab tusyen dengan ustazah Zaharah kut. Syukran ustaazah! dan tak lupa jugak ustaz zaini yang suka menerangkan kepada pelajarnya if ade yg xfaham even though tanye beribu2 kali. (Tipu la tu. tak sampai seratus pun.)

Lagi ape yee..Hah, subjek scie. Bio, Chem and phys. Thank GOD sebab Bio ku dapat A- atas pertolongan paper 1 and 3. And atas pertolongan ALLAH juga! heheh. Chem dapat B+ ,Phys dapat B. Phys improved la dari C+ kepada B. TQ tcer Azlin banyak bagi semangat. Love u selaloo. :D Tcer Zabedah and tcer Normah jugak! ^_^

Itu saja. k g2g. daA~ WSALAM.

lurvians.