Monday, December 5, 2016

Kenapa kita diutuskan ke India?



Masa lecture statistic cerita pasal random sampling method, tiba tiba teringat balik masa mula mula datang India dulu, reaksi seorang senior yg sekarang beliau dah selamat jadi HO kat Malaysia dah berkawin anak sorang, terhadap perasaan adik adik junior yg tak berapa nak matang (aku la tuh antaranya), yg rasa sedih bila dihantar ke India. Sememangnya dulu target nak sambung belajar kat UK, tp mmg Allah dah tetapkan kita jejak kaki kat India ni. Heheh. Bila sampai India awal awal dulu selalu lah memberontak, kenapa kene gi India, tak best, medic susah, doctor punya slang india tak paham, orang local sini jahat, suka menipu, suka membuang merata rata, India busuk(punya lah tak matang dulu kan).

Kakak senior tu kata,kita semua ni dah dipilih oleh Allah, secara specific, untuk berada di India. Allah pilih kita bukan secara random, bukan macam "oh rasa nak pilih dia lah hantar pi India, rasakan!" oh tak tak, sebenarnya Allah memang dah plan nak pilih kita. 'The chosen one' akak tu kata. Patut rasa special lah sebab Allah pilih kita sebab Allah kenal kita dalam dalam, Dia tahu apa yg kita perlukan, and Dia tahu sini la tempat terbaik utk kita sambung belajar, bukan atas sebab saja saja, dan tentunya bukan sia sia.

Dah lebih 4 tahun kat sini, makin lama ujian makin berat, tanggungjawab makin bertambah. Sedikit demi sedikit ujian ini mematangkan diri kita, secara tak sedar. Bila kita compare masa first year dgn sekarang, subhanallah, ujian kita yg dahulu terasa sangatlah kecil dan remeh temeh nak dibandingkan dgn ujian kita yg sekarang. Hebatkan mcmne Allah uji kita ikut tahap yg kita mampu?

Bila dah duk menepek kat India ni barulah faham tujuan hidup, dulu duk fikir study study study, straight As straight As straight As, 4flat 4flat 4flat, lau boleh nak 10flat lah semangat nya dulu. Senang cite, tujuan hidup kita dulu hanyalah utk mengejar result exam yg cemerlang gemilang dan terbilang. Bila dah sampai India, ramai insan2 yg mengingatkan hakikat kenapa kita diciptakan dan atas tujuan apa kita dihidupkan di atas muka bumi ni. Baru faham pentingnya jaga iman kita sama pentingnya dengan jaga result exam kita nak make sure kita tak gagal (lagi lagi medic ni kan punya lah takut fail, hewhew).

Betullah akak tu kata, kita ni the chosen one. Allah pilih kita, not randomly, tapi dia sendiri yg pilih atas sebab yg hanya Dia sahaja yg tahu. Bersyukurlah sebab Allah masih pandang kita, masih sudi pilih kita utk diletakkan di satu tempat yg kita tak pernah sangka akan diberi cukup banyak kebaikan dan kecukupan..:')

Thursday, November 24, 2016

MSU-IMS Bangalore Part 2

Hai assalamualaikum hello everyone!

Sekarang nak sambung pasal MSU-IMS Bangalore Part 2!

Okay mengenai allowance, yg under MARA tiap bulan akan dapat melalui Vijaya Bank, bank local kat sini. Allowance memang lebih dari cukup, around 50k rupees. Lebih duit tu boleh saving utk bayar balik kat MARA, and boleh jgk nak saving bagi family yg memerlukan, ataupun utk travel dlm India and luar negara yg lain. Kalau tempat melancong dlm India ofkos ada banyak, Delhi, Mumbai, Agra (tempat taj mahal), Kashmir (tengok snow mmg cantikkkk sangat!), Ooty (mcm cameron highland), Kerala, Hyderabad, Manipal, Mangalore, Shimla, Manali, and banyak lagilah. Kalau luar negara yg lain kita pernah pergi Korea jer. Haha. InshaAllah taun depan target nak jalan jalan Europe ataupun Turki je pun dah cukup. InshaAllah.

Ok berbalik kepada hal IMS Bangalore tadi, masa first year and second year korang akan belajar Anatomy, Physiology, Biochemistry, Pathology, Pharmacology, Microbiology, Forensic Medicine, and yg lain lain tak ingat, ni mcm main subject utk first and second year. Then 3rd year korang akan start clinical kat hospital. Kat sini ada 2 hospital, satu Jain Hospital, lagi satu Baptist Hospital. Nanti korang akan dibahagikan kepada dua hospital ni, and sepanjang 3rd year akan ada 4 rotation iaitu Medicine, Surgery, Obstetric Gynaecology and Paediatrics. Memang best, clinical exposure kat hospital sini memang satu pengalaman yg menarik and of course lain suasana compare dgn malaysia. Apa pun semuanya berbalik kpd initiative student sendiri utk memanfaatkan segala peluang yg ada utk dapatkan pengalaman clinical sebanyak mungkin di sini.

Mengenai penginapan pulak, kat sini memang ada penempatan utk student malaysia. Ada beberapa apartment kat sini iaitu Shriram Apartment, Dwellington Apartment and Divya Apartment. Kita sekarang duk kat Dwellington Apartment. Alhamdulillah semua selesa, serba cukup, ada tv, meja makan, mesin basuh, kipas, lampu, katil, meja study. Rumah kita ada dua bilik. Kalau sewa utk rumah dua bilik : 15000 rupees. Bil letrik kita biasanya 2000 rupees sebulan, and bil internet depends kat package mana, kita biasanya bayar 1600 rupees sebulan. So semua bayaran ni bahagi dua dengan housemate. Kalau ada 4 housemate, bahagi 4. Tapi kebanyakan kat sini duduk satu bilik sorang. Nak privacy gittew.

Pasal keselamatan kat sini, alhamdulillah kita tak pernah kena apa apa kat sini, yg penting jangan keluar lewat malam, kul 10 dah kena balik rumah dah. Kat area perumahan sini ada ramai pakcik guard jaga, and memang kat sini ramai student malaysia, so kalau nak minta tolong apape senang je la.

Okay kpd yg baru sampai Bangalore, and yg baru dapat tawaran ke Bangalore, all the best!!!

Tuesday, November 8, 2016

Distinction!

 
Tajuk takde kene mengena k. Haha. Alhamdulillah abang kita dah selamat bergraduasi, dalam course architecture. Kita ni mereput la lagi dua tahun nak habiskan course MBBS. Huhu. Doakan lah kita berjaya pass MBBS dgn distinction, cewah berangan dulu lah kan. Sekarang kita dah nak habis posting Psychiatry, which is my first posting for 4th year MBBS. Wish me luck, bye! Assalamualaikum :)

Sunday, November 6, 2016

[REVIEW] : The Body Shop Vitamin E Mosturizer

Assalamualaikum and hello everyone! 
 

Setelah sekian lama tak update belog..hari ni kita nak update mengenai one of my febret skincare product which is a mosturizer from Body Shop. Sekarang kat India dah nak masuk winter, so my skin dah mula kering and pedih, tapii sejak pakai mosturizer ni, alhamdulillah sekali pakai jer terus okay and kalau pakai lebih lebih muka jadik oily pulak 😂 

Dia ada dua jenis, yg biasa punya, and lagi satu intense moisturizer. Kita beli yang intense punya. And kita tak pakai everyday pun, bila kulit kering sangat baru pakai, kalau tak dia akan buat muka jadi oily after few hours. So for everyday wear kita pakai safi mosturizer yg kaler hijau tu or shiseido white lucent yg suami hadiahkan kat kite masa bday haritu. 

It has vitamin E and mild scent, consistency sama macam krim pelembab safi, cuma body shop punya mosturizer gives immediate effect to your skin, memang kulit jadi lembab and glowing sekali pakai. So,itu saja. Kalau yg kulit kering sangat tu, this is highly recommended k. Price pulak around 1300 rupees kalau convert dalam RM80, tapi tahan lama k. Sangat berbaloi! 

Ok sekian sahaja untuk hari ni. See u again, bye! Wsalaam. :)

Tuesday, June 14, 2016

International Medical School Bangalore, India

Assalamualaikum w.b.t

Macam kita mula mula dulu, kita mesti akan search gila gila pasal college tempat kita akan sambung belajar, paling penting sekali hostel dia sebab ye la nak duk 5 tahun mestilah nak make sure tempat yang okay kan. So today, kita akan cerita serba sedikit mengenai medical school kita.

Firstly, IMS ni campus MSU yg dibina kat Bangalore India, main campus kat Shah Alam. Basically jadual IMS Bangalore memang sama dengan IMS Shah Alam. Cuti n exam semua sama. Yang bezanya soalan exam lain lain lah, and doctor yang mengajar memang doctor sini. Campus ni terletak di Bangalore, kawasan mcm kawasan bandar lah jugak, shopping mall melambak, tempat makan pun banyak n best n paling penting, makanan halal senang nak dapat. Kat sini ada pasar terletak di Yeshwantpur,kalau naik auto 50 rupees je (around RM3). And kat pasar tu ada mcm mcm la ikan, udang sotong ketam. Daging halal pun ada, memang orang Islam punya kedai.

Mengenai tranaport kat sini, transport biasanya naik auto, ala yang macam motor beca tu. Best naik ni sebab berangin and senang nak cilok masa jalan jem. Then, harga pun murah, kalau guna meter memang tersangatlah okay. Lagi satu pengangkutan yg biasa kitorang amek adalah taxy. Memang ada apps khas untuk taxy ni. Satu apps Ola, lagi satu apps Uber. Kalau guna apps ni kita boleh send location, and boleh pilih nak taxy mini ke, sedan ke, MPV ke. Ikut keperluan. Biasanya kalau guna mini tu murah je, kadang kadang rasa lagi berbaloi daripada naik auto.

Kalau pagi pagi nak gi kelas, biasanya akan ada 2 bus. 1 bus untuk student first n second year. Lagi satu untuk student clinical. Boleh jimat banyak la kat situ kalau hari hari naik bus. Hehe..

InshaAllah sampai sini dulu. Nanti akan ada sambungan sebab sekarang dah ngantuukk. Kbye assalamualaikum.

Thursday, April 28, 2016

Busy husband and wife

Hmm. Bila masing masing tengah posting department yg busy, rasa macam kurang berborak luah perasaan and nak cerita macam macam benda kat suami tapi penat sangat, busy dengan presentation n tutorial nak kene study.

Hari ni bangun lewat sebab semalam oncall balik lewat n penat jadi extend la tidur lepas subuh which is not good obviously haha. So pagi tadi tak sempat nak tanya suami puasa ke hari ni sebab hari sebelumnya dia kata macam taknak puasa.

Bila dah petang baru lah dapat tahu rupanya suami kita puasa nazar. Dia tak pernah bagitahu pun pasal nazar dia sebelum ni tapi terharu bila dapat tahu reason dia bernazar. Apa apa pun, untuk suamiku yang tercinta, semoga Allah sentiasa memberkati hidupmu, mempermudahkan segala urusanmu, dan sentiasa melindungimu daripada apa jua bala bencana dunia akhirat. Amiin. I love you sayang :)

Sunday, March 13, 2016

Are you pregnant?

Alhamdulillah dah 6 bulan jadi isteri orang. Soalan paling banyaaak orang tanya ; "pregnant ke?" "Bila nak dapat baby twin niii". Haha. Buat pengetahuan korang, kita nak sangat ada baby, tapi kita tak tau siapa yang boleh jaga kalau ada baby masa belajar. Kat india tak boleh hantar nursery kalau baby kecik sangat. Lagipun suami kita ni tak percaya sangat kalau orang luar jaga, lagi2 kalau orang tempatan sini.

Ape ape pun. InshaAllah doa doakan lah kami ni. Kalau itu yang terbaik..moga Allah permudahkan. 

Btw. Postingmate selalu sakat sakat. Sejak nausea muntah muntah haritu, ramai ingat kita ada morning sickness. Padahal perut masuk angin je. Bukan sebab perut ada baby. Sejak tu kalau ada xray procedure dalam ward, dorang akan protect kita sebab dorang kata kita pregnant takleh kene radiation. K....

Thats all for today. Actually tengah bosan baru habis exam. I keep updating my blog sementara masih ada masa sebelum masuk OBG. Tak sabar rasanya nak jumpa HOD ObG yang digembar gemburkan itu. Hihi. Sekian. Wassalam. 

Mrs Faris




Kahwin affect study ke?

Kahwin affect study ke???

Ni antara persoalan yang timbul bila mula mula fikir nak kahwin dulu. Sebenarnya dulu risau jugak sebab kita ni takde la rajin sangat study. Kang lepas kawin asyik duk bercinta je lagi malas nak study.

Hey. Ingat kahwin ni pikir nak bercinta 24 jam ke hahh.

K sebenarnya memang susah sikit la part study tu. Kita jadi lagi cepat penat and masa study pun kurang. Tapi....yang bestnya bila kita terleka or malas ke apa,suami akan paksa kita study. Kata lainnya suami bagi support lah. Memang kena ada orang push baru nak study. Haha.

Lagi 1 point penting. Kita yakin dgn keberkatan masa tu. Bila kita penat buat kerja rumah, masak, kemas rumah, layan suami, hidang makanan, kemas dapur..then sebab penat tu masa untuk study jadi kurang..kita yakin yang bila berkat, yang sikit itu pun dah cukup. Maksudnya dlm masa yg singkat dapat study banyak benda, ataupun benda yg kita baca tu masuk exam. Yang penting niat kita ikhlas untuk menyenangkan hati suami. InshaAllah berkat segala urusan.

Kita rasa result exam pun makin baik sejak lepas kawin. Study pun hati tenang. Masa study sama sama boleh pegang tangan suami sebelah sebelah. Mengada kan. Haha. #muntahhijau

Okay lah. Apa apa pun..kahwin masa belajar memang ada pros and cons. Walau apa jua cons nya, kita akan hadapi bersama sama dengan suami kita so, no worries! Be happy ! 😘

Puan 'Afifah ❤💋

Tuesday, March 8, 2016

Alah sayang..

Salam and hello readers!

Semenjak dah beberapa bulan kahwin ni, macam macam la yang kita cuba belajar. Belajar faham lelaki. Belajar tolak ansur. Belajar jadi isteri mithali. Gitu.. tapi sebab kita ni berjiwa muda sangat, kadang kadang perangai gila gila jugak lah. Suami pun pening melayan (maafkan sayang abang :p )

Pernah sekali kita nak masuk toilet, kita terkejut ada charger terpasang dalam toilet. OMG. Abang bawak masuk henfon and charger dlm toilet sebab battery low!! Kalau suami tengok fon tu..antara tengok media social atau game. But most of the time tengok game, lagi2 kalau ada tournament. Abang and handphone berpisah tiada. --,--

Pantang kita kat rumah, ada dua pintu yang kita make sure akan sentiasa tertutup. First pintu toilet. Second pintu almari. Memang pantang kalau dibiar terbukak. Tadi pun abang terlupa nak tutup pintu almari, kita pun panggil lah suami kita banyak banyak kali. Dia menyahut tapi takmau datang. Kita panggil lagi sampai dia datang drpd ruang tamu. Then i told him yg dia lupaa tutup pintu almari. Dia pun, "what??" Sambil tutup pintu lemari. Haha. Suami kata, "Tolonglah tutupkan.." i just kata "ayang taknak abang biasakan jerr". Lepastu dia bengang. Terkekek kekek kita gelak. Hihihi

Ok lah. Jangan lah berperangai mcm kita ni. Sebab bukan semua lelaki penyabar mcm suami kita..hahah

Sekian sahaja. Salam sayang daripada puan 'afifah.

Assalamualaikum ❤

Sunday, February 28, 2016

Inilah yang dinamakan kehidupan

Assalamualaikum and salam 1 Malaysia.

Pernah tak rasa macam impossible nya kalau jadi macamni macamni tapi bila suatu hari tiba tiba benda macamni macamni tu terjadi kat kau, Allah permudahkan je urusan seterusnya. Begitulah yang terjadi dalam hidupku sejak 5 bulan lepas. And setelah 5 bulan aku merasakan selama ni memang aku survive pun sebab Allah yang tolong. Sebab aku ni jenis yang lemah semangat. Susah sikit je nak give up. Sedih sikit je nak give up. Macamana islam nak menang kalau ramai umat2 lemah macam aku ni *nangis*

I just want to share something kat sini. Dalam hidup ni, jangan lah kita merasakan yg kita ni la orang paling susah paling sedih paling malang.  Hakikatnya kita yang asyik membandingkan diri dengan orang yang lebih baik kehidupannya padahal dalam ibadah kita tak kisah pun kalau orang lain lebih dari kita. Yang penting, bila kita ditimpa kesusahan, sebenarnya Allah nak kita balik kepada Allah. Mungkin selama ni bila kita sentiasa di atas, kita lupa sebenarnya Allah yang sedang 'mendukung' kita, tapi once Allah 'jatuhkan' kita, Allah nak kita sedar diri yang kita ni bukan siapa siapa pun, kita ni takde kuasa apa apa pun, kita ni sekerdil kerdil makhluk di sisi Allah.

Semua yang terjadi dalam hidup, ada sesuatu yang Allah nak didik kita. Bila kita bersangka baik, hati kita akan merasakan apa pun yang terjadi baik atau buruk, semuanya Allah dah susun dengan sebaik baiknya and it happens for a reason. Always for a reason. Ingatlah yang Allah berada dalam persangkaan hambanya. Baik sangka, dapatlah yang baik. Begitulah sebaliknya.

Sekian wassalam.

Puan 'Afifah ❤💋