Sunday, September 25, 2011

advantage main game?

Sunday
25th September 2011
7.08 P.M.
Hostel Seksyen 15,Shah Alam

Salam. Hari ni hari ahad. hehe. =.=" Bukan tu point nya, actually nak cakap kat sini yang aku dah makin addict dengan game.Uhh. Sabo jela. My housemate yang start 'virus' ni, so secara tiba-tiba 'DNA' kepunyaan 'virus' tersebut telah penetrate ke dalam lappy aku. Aku sebagai owner lappy terkena 'infection' sekali sebab 'virus' tu macam strong je. Haha. Ape aku merepek ni, tau la baru khatam tajuk VIRUS: SPECIAL CASE. haha. Tapi takde la aku main game all the time, cume lepas boring study, aku akan main game. Ada banyak. Start from Zombie vs Plants. Eyy siyes best,try la main untuk sesape yang tak pernah main lagi. Aku dapat game ni dari housemate,transfer gune thumbdrive. Untunglaa. Skg ni game dah bertambah, Travel Agency, Wendy Wellness, Vogue ape ntah tak ingat. Semua ni game Time Management punya category. Benefit die, korang akan jadi segar sebaik sahaja main game ni cuz ia memerlukan kepantasan dan kecekapan. So,kalau nak stay up malam-malam boleh lah main game selang-seli dengan study. Aku pernah buat. Berkesan la jugak. Dapat stay sampai kul 5 tanpa consume sebarang caffeine. Oh k la,enuff sampai sini je la. 

As a conclusion, marilah kita sama-sama main game untuk meningkatkan kecergasan. Haha. GOODLUCK!

P.S.: tahap keberkesanan depends on kekuatan iman masing-masing untuk menahan diri daripada terus bermain game 24 hours. I'm not that kind of person yang main 24 hrs, cuma sebagai penghilang bosan je, dah hilang bosan,sambung la study balik okay.

till here. wassalam.

Game princess,
Dr. 'Afifah

Friday, September 23, 2011

It's not the end.

Saturday
5.41 a.m.
24th September 2011

Salam. Semalam dapat berita buruk, yang paling buruk pernah aku dapat sepanjang berada kat MSU. Aku tak kuat nak hadapi situasi ni. Aku taktau apa silap aku sampai jadi macamni. Aku mengharapkan yang terbaik,tapi apa yang aku dapat ialah yang terburuk. Menyakitkan. Tapi aku percaya, setiap usaha yang aku dah buat, akan ada hasilnya 1 hari nanti. I'll never give up. I'll try to accept this berita buruk dengan penuh redha. Ada hikmah yang ALLAH ingin tunjukkan. Allah beri apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu. Maybe I need this failure in order to be more success in the future because failure is a secret of success kan?ok good luck 'afifah~

Tears are falling down,
Dr. 'Afifah.

Sunday, September 11, 2011

horror story.

Salam. Semalam aku pergi raya-raya dengan kawan baikku since form 1 iaitu Azra and Yanie. Beraya rumah kak Moriza, Husna(ex schoolmate), Iwan(ex-tuitionmate) and rumah member azra yanie, nama dia Rashid. He's a good guy,anyway.haha. Dia ada lagi dua orang member, JD (Zaidi) and Azam. Macam-macam ragam la dorang ni. Okay, tetiba tadi ade banyak incident berlaku. One of them is tayar kereta pancit. Nasib baik pancit kat depan umah Rashid. Kalau time ontheway balik,xtau la camane. Dah la maghrib time tu. Tak memasal je kena solat maghrib rumah Rashid. Haihh.Tapi bilik tetamu die ada aircon and piano lama. Rumah dia macam klasik sikit,macam scary tapi lawa seriously.

Dah pancit tayar tu, Rashid,Azam and JD try tuka tayar spare. Aku sebagai seorang perempuan sejati memang taktau apa-apa pasal hal ehwal kereta.Aku tau start enjin,drive and tutup enjin,that's all.haha. Last-last terpaksa bawak gi kedai tayar. Time tu kedai tayar lagi sikiiiiiiit lagi nak tutup.Kalau dah tutup memang terpaksa balik pasang hazard light laa.=.=" Kedai tayar tu dah tutup hampir semua pintu kecuali ade 2 pintu macamtu laa tak tutup lagi. Semua pekerja die dah kuar da,ade yang dah balik. Aku fikir,'kalau lambat few mins je tadi,confirm tak sempat." Tapi alhamdulillah, ALLAH maha kuasa menentukan segalanya. Orang tu cakap kene tukar rim tayar spare masuk kan kat tayar lama, and masukkan angin. Kena bayar RM6. Ok la kan,drpd kena tukar tayar. hehe.

Lepas tu ada 2 cerita scary. First, kawan aku,azra nampak kucing berdiri tegak pandang arah dia. Azra  naik kancil time tu, sebab nak bawa kancil tu gi kedai tayar. Aku and Yanie naik ngan Rashid,kete Waja. Kitorang kat belakang kete Kancil tu. Azra nampak time lampu kereta tu suluh ke depan,so terang la kan, tp kitorang bertiga tak nampak pun. Kelibat kucing pun xnampak. Kucing tu memang seram,besar and berdiri sangat tegak,based on apa yang Azra cite. Then time ontheway ke kedai tayar jugak, nampak 1 teksi buruk,lama berhenti kat depan sekolah, lampu belakang terbukak, but dalam kete sangat gelap,xnampak apape.Lepas tu Azra ada  nampak sorang pakcik guard  berdiri tegak kat sekolah tu, pakai baju putih. Seram je. Maybe sebab tengah takut,so fikir macam-macam.

Tapi kan, area situ memang berhantu. Cuz ada cite benar, dulu ada sorang perempuan pakai susuk, and dah mati tak sempat keluarkan susuk tu. Tanah tak terima dia. So ada hantu pocong menghantui area situ, and ada orang cakap dah sampai ke Paroi,Seremban semua tu la. Pastu aku cakap,"oo,jauh pocong tu jalan." Hahah. actually,lompat. Pocong mana boleh jalan kaki. heee. Lepas solat maghrib kat rumah Rashid,kami pulang ke rumah, kul 8.30. Ada sekali tu,jalan takde lampu langsung. Lampu kete tak cukup tinggi nak suluh jalan depan. Memang xnampak jalan. Means kalau ada selekoh memang tak nampak. Nampak setengah je,sebab lampu kancil kan rendah je. Then, bawak slow2. Yang seramnye takde kete depan belakang. Uihh. Seram. Baca-baca je la. Alhamdulillah,selamat sampai rumah Azra, mak dia buat open-house-tak-dirancang.hehe. Makanan tak cukup kat rumah  Azra, mula-mula laksa habis, mee goreng habis, last-last nasi goreng cina kitorang tolong masak. And makan sekali. Sampai umah azra je terus kena masak en. Menarik2. haha. 

Pastu tengok cite OHH HARAMM. Best and kelakar.Rugi tak tengok. It's about a guy yang sangat alim, tak boleh tengok perempuan, cakap ngan perempuan tak pandang muka pun, dengan adik die pun taknak bersentuh. Haihh over pulak mamat ni. Cara die cegah kemungkaran pun macam tak sopan, tak beradab. Kita kan kena cegah kemungkaran dengan cara yang berhikmah dan bijaksana. Bukan dengan cara kasar. Itu akan mencemarkan lagi imej Islam. Kul 10.15 aku hantar Yanie balik, time tu hujan! Azra Yanie takutkan aku "Nanti ada teksi tadi potong kete ko,tengok2 ade balik kat belakang." pastu "nanti nampak kucing  berdiri~" haha. takut gile. Aku ni penakut la, maybe sebab BANYAK sangat tengok cite hantu.Tapi kalau berani,memang berani teramat sangat. Adeihh.=.=

Ok dah lah. Itu cerita semalam.Itu sahaja.Wassalam.

Writer of the horror story,
Dr. 'Afifah

handbrake.

Handbrake. Ada 1 kisah pasal handbrake ni. Aihh. Ape lah nasib. Tadi aku bermurah hati hantar adikku and her friends gi open house rumah teacher faiizah. Time nak balik, handbrake takleh turun. Adeihh. Cuak sangat. Then,terpaksa minta tolong ayah kawan adik aku, tolong setelkan handbrake tu. Pakcik tu sporting gile. untunglaa. Dia tolong turunkan handbrake tu, payah jugak la. Take time dalam 5 mins macamtu. Pastu da ok,then aq baru perasan yang handbrake td pakcik tu tak turunkan habis-habis,tp still boleh jalan lagi, dah jalan depan sikit ayah kawan adik aku tu suh behenti, aku pun bentikan tepi jalan.Sebab takleh jalan kalau handbrake tak turun habis,boleh terbakar. Aku cuak la,cuz this is my first time menghadapi this kind of situation.Pakcik tu benti kat depan kete aku,die turun and tolong turunkan handbrake tu sampai habis. Memang susah la. Aku cuak gile time tu. Last-last dah okay dah. Aku pun berterimakasih kat pakcik tu. Pakcik is truly our saviour. hehe. alhamdulillah. Doa aku termakbul time tu jugak. Terima kasih ya ALLAH!! Kitorang balik dengan hati yang lega dan gembira. ;)

Sekian,cerita untuk hari ni. Wassalam.

Lega,
Dr. 'Afifah.

Friday, September 9, 2011

Syawal di MSU

Bismillah. Assalamualaikum to all muslimin and muslimat. Ceh macam nak  bagi speech pulak. hehe. It has been a week after cuti raya. Cuti raya seminggu tapi aku rasa best la raya tahun ni.Minggu ni aku puasa 6. dah 3 hari dah. Alhamdulillah. Dipermudahkan untuk sempurnakan puasa bulan syawal ni. Dugaan jugak sebab selalu nampak my classmate pegang kuih raya la,roti coklat la,susu goodday la. haihh. Sabar jela. Tapi I did enjoy puasa bulan syawal ni.It's different,for sure.Mane tak nya,orang lain sibuk 'membalas dendam' sebab xdapat makan di siang hari.Aku pulak duk berlapar di siang hari.Tapi bila berbuka tu memang nikmat la,orang yang xpuasa memang tak rasa la nikmat tu. Ahh,semua orang tau tu.haha.

Oh yea,semalam aku baru tau pasal berita rompakan kat restoran india muslim di seksyen 15 dekat dengan SpeedMart.Seksyen 15 tu la tempat tinggal kitorang kat sana, and selalu jugak la lepak kat SpeedMart. Seram je,dorang rompak lappy,handphone pelanggan and bawak balik mesin cashier.Senjata dorang guna parang. Ada cctv restoran tu. google lah. kat youtube pun ada. Tapi kelakar lak time perompak tu bawak lari mesin cashier.Macam comel je. haha. Pape ntah.

Sekarang ni aku tengah menjalani second half sem untuk first sem.Bio ada 7 chapter lagi.Msian Studies ade belas2 chapt, xingat ada berapa maybe around 13 macamtu la.Huhh terkejut bila lect cakap macamtu. Banyak kot! Health science tak banyak sangat chapter,plus senang je hafal hafal.InsyaALLAH. Tinggal sebulan je lagi nak final exam.Cuak lah! Maths ade lagi 2 chapter. Maths chapter 4 pening sikit, polynomial lagi senang kot. Ishh. Tak sabar nak habes final exam. Cuti 3 minggu!  Untunglaa.~ Apsal la tak sebulan je. Kan cantik sikit bunyiknya. grr.

So far aku boleh survive lagi.Mana taknya,sebulan lebih je belajar,tibe2 exam.Banyak lagi subjek nak kena belajar untuk next sem.I need four flat~ Aku nak fly dengan result 4-flat. Harap cita2 aku ni tercapai,amiiin. Kalau x pun,ada hikmahnya tu. Usaha pun kena four flat jugak lah kan. Malam tadi kitorang satu rumah tengok cerita santau kat tv3,tutup lampu. Siyes seram pulak. Jerit2,gelak2 pun ada.Haha. Asal boleh je nak gelak. Housemate aku memang kuat gelak.Tak tau la nape. :P

Ok lah. Ni je la nak bebel. Saje je update belog yang hampir berhabuk(tak berhabuk lagi ok) ni.Doakan aku and kawan-kawan aku dapat fly next year! amiiin. :D

Salam Aidilfitri,
Dr. 'Afifah Sidek




Thursday, August 25, 2011

Ramadhan di MSU Part 2.

Assalamualaikum. Salam Ramadan. Hari ni hari Jumaat 26 Ogos 2011 5.31 a.m. Hari ni hari terakhir ramadan di Shah Alam. Lepas ni dah takde lagi Ramadan kat shah alam.hehe. Well, semalam hari yang wonderful cuz aku and housemates spend time together. Mostly dengan memenuhkan perut dengan makanan. Mulamula gi bazar,then buka kat restoran Erasa, lepas tu ajak gi KFC beli ayam goreng and krushers(betul ke aku eja tu,main minum je.haha) flavour mocha, yang oreo tu dah pernah rasa so nak try mocha plak,sedap! KFC tu take awayy je makan kat rumah sambil dengar lagu raya lagu sudirman balik kampung lagu DJ Dave laa dan macammacam lagi.

Petang ni aku balik rumah! Patutnya semalam lagi dah boleh balik cuz kelas habis kul 1. Tapi biarlah aku habiskan saat-saat akhir ramadan ni dengan housemate. I'm soo happy. glad to have them as my housemates. hehe. xD and pagi ni kitorang dah plan nak pegi PKNS kat Seksyen 14,nak shopping barang raya.Oh ye,aku baru dapat kad Affin Bank,pasni dah boleh withdraw duit thru atm machine and elaun MARA masuk kat dalam Affin Bank ni.Haha. Nak taknak aku tak boleh boros. Elaun ni untuk 6bulan, 3bulan dah lepas, so tinggal 3 bulan. Kesimpulannya, RM2580 untuk next 3 bulan?haha. Tapi next elaun dapat bulan 2 rasanya.Kena pandai-pandai laaa saving2. Tolonglah jangan boros dr. afifah ,tolonglah. :P

Malam tadi aku and Yana pegi public bank dekat dengan hostel. Tiba-tiba die cite pasal pakcik yang jual kerepek kat tepi bank tu.Dia cam sedih sebab die bayangkan kalau atuk die berada di tempat pakcik tu. Lepas tu tibetibe aku jadi macam, speechless. tibetibe aku teringat kat arwah atuk. dah lah beberapa hari nak dekat raya. Arwah meninggal taun lepas, sebab kanser stage 4. Aku sedih bile ingat balik saat tu. Aku taknak ingat peristiwa tu,tapi bila Yana sebut pasal atuk dia, aku teringat arwah atuk. Aku tunggu kat luar bank,aku rasa cam nak nangis pun ada time tu tapi tahan la,malu je nangis kat situ. haha. tapi, memang sedih la. lepas tu pagi ni aku baca entry belog yang lepas pasal arwah atuk,aaaaa sedih sangat! 

Dahlah, benda yang dah lepas jangan diungkit, lets bygone be bygone. semua dah tertulis di suratan takdir.InsyaALLAH aku redha dengan pemergian arwah. Semoga arwah tergolong dalam golongan orang solihin dan muttaqin. Amiin. :')

Redha dengan ketentuan Ilahi,
Dr. 'Afifah

Monday, August 22, 2011

Ramadhan di MSU

Assalamualaikum.Alhamdulillah,sekarang dah hampir 2 bulan aku berada di Management and Science University(MSU),Shah Alam. Dah pelbagai dugaan dan cabaran aku lalui sepanjang bergelar pelajar MSU. Cewah, ayat esei ni. haha. So far life kat sini memang superb!Roommate and housemates yang gila-gila telah menambahkan lagi keceriaan dalam hidup aku.Kalau nak tau,house aku ni la yang paling bising,err dalam erti kata lain happening and haruk laa. And kitorang bergiat aktif pada waktu malam, macam owl.Budak2 house aku memang suka tido lambat and sometimes tak tido sampai subuh.Aku pun dah biasa tak tido malam,aku tido pagi je.Lagi2 minggu exam.

Lepas terawih,study study study,lepas tu carik la makanan ape yang nak dikunyah time tengah-tengah malam tu,then dalam 4 lebih or 5 pagi baru la sahur.Selalu makan roti dengan peanut butter,or tuna, or sometimes maggi. Hah ada 1 keje gile aku buat time minggu pekse aku makan meggi! Esoknya paper Malaysian Studies. Haha. Memang tak pernah buat sepanjang hidup aku, makan megi sehari b4 pekse. Time SPM dulu memang berpantang megi at least sebulan or 2bulan before exam.Ape nak jadi ni..ish3.Tapi aku masak megi guna periuk,then letak air banyak2 sikit. Bia la tawar,asalkan dapat sumber karbohidrat.

Oh yea,sepanjang bulan Ramadhan ni,ada program tadarus,yang ni among budak2 MARA je lah.Budak laki yang suggests benda ni,so kitorang ikut je.Pembahagian juzuk telah dibuat ikut rumah.Mostly dah khatam kot.Then,terawih kadang-kadang je berjemaah.Tu pun buat kat rumah je, imam tengok la sape yang bertuah kena. Aku pernah kena sekali je. Kat sini solat berjemaah siap ada bilal lagi tau, budak laki pun buat macamtu jugak. Bilal and imam bace skrip print dari internet. Cewah,bersemangat sungguh! Hehe. Kat sini pun ada bazar, tiap hari selasa and khamis bas MARA akan tunggu sampai kul 6 untuk sesape yang nak gi bazar.

Aku baru habis exam. Exam kali ni 4 subjects sahaja. English for general proficiency,Biology,Health Science and Malaysian Studies. Semua senang! Alhamdulillah tapi ade jugak careless mistake yang aku dah wat. But so far okay la cuz lecturer dah bagi 'tips-tips' menjawab exam. haha. Study biology memang paling stressful lah, 3hari 3malam study bio je.Dua chapter terakhir tu kitorang baru habis belajar,so macam tak berapa strong sangat kefahaman.Dua chapter tu lect tak ajar pun.Chapter last kitorang kena bentang sendiri,dah la satu benda pun tak faham, tak penah di expose pun pasal benda ni time sek men dulu,tibe-tibe kena bentang.Memang huruhara la kan.Lepas tu chapter5,chapter second last tu,ada sorang lect ajar time Topical Lecture,2jam untuk 1 chapter,memang laju gile la dia ajar. Tu pun campur dak-dak private sekali,buat kat Lecture Hall.Time tu 4hari before exam Bio. Memang cuak la time tu..Tapi alhamdulillah la,dah discuss dengan housemate, semuanya okay-okay la.Nasib baik duk 1 rumah dengan budak-budak pandai. Senang~~

Health Science memang subjek paling cooooool.Subjek ni pasal penyakit,symptom,treatment,causes,detection and lain-lain lagi la. Memang subjek fevret aku. Dah boleh jadi pembantu doktor. haha. Malam before exam Health Science,aku tak study sangat and banyak enjoy je lebih.Mula-mula ada la hafal-hafal sikit pasal dengue,hemorrhagic dengue,ebola fever,mad cow disease,avian influenza semua-semua tu lah. Lepas tu dah malas lah.Chapter-chapter depandepan tu aku dah pernah hafal,so tinggal refresh balik je.Dah habis hafal,aku pun on9 jap,lepas tu tengok youtube maharaja lawak. Kumpulan Jambu yang ngorat 'nora danish' tu, tah pape tah tapi lawak la,memang gelak sorang-sorang kat bilik. Roommate aku dah tido time tu,memang cool gile,die bace kejap je then terus tido.Dah tengok youtube tu aku cuba la nak sambung study balik,tapi malas gile and takde mood nak hafal. Last-last aku gi la sahur jap dalam kul 3 lebih, lepas tu tibe-tibe rasa ngantuk then tido je lah.Esoknya paper Health Science,memang soalan sangat senang and very straight to the point.Aku yakin boleh dapat A,insyaALLAH.

Esok housemate aku ajak gi KL, shopping! Kelas habis kul2,so kene rushing naik bus pegi CM.Hari tu housemate aku dah pegi Jalan TAR and Pasar Seni, nak tau dorang beli ape  je?Beli keychain haiwan-haiwan. Baju-baju 1 pun tak beli. Ceh,kelakar gile. Haha.Dah lah dorang balik malam lak tu. Adoih,saba je la.Bulan Ramadhan kat sini memang seronok,I really enjoy it.Dah lah setaun je dengan housemate.Tak semua la,5 orang je tak kekal,dorang dak optometry UK,and ade lagi 2 orang dak medic India 1 rumah dengan aku. Dorang berdua ni memang kekal la 6 taun sampai graduate.Hah,tak sabarnya nak graduate.haha,cakap macam senang je kan. adeih.

Malam ni ada discussion pasal report assignment biology dengan wani(roommate),waffy,hudzaifa,azahari. Oh ye, kat sini aku agak rapat dengan 2 orang dak SASER and sorang dak MCKK. SASER,maybe sebab dekat dengan SHAMS kot?Rasa cam adikberadik.haha.Hudzaifa tu la dak SASER,and waffy dak MCKK,dorang berdua akan fly gi Poland next year,insyaALLAH. Yang lagi sorang dak SASER tu straight A+ tapi kantoi BM dapat A,die akan fly gi India,same cam aku.Yang dak MCKK tu aku boleh rapat skali sebab dia rapat dengan roommate aku(wani),so aku pun terjoin sekali,tapi tak berniat pun nak ganggu hubungan dorang. haha. gurau je. Dak MCKK tu straight A+ kot, tapi kantoi sejarah A.Sabo je la. Aku memang selalu 1 group dengan budak-budak ni lah,so memang senang la keje aku dapat groupmate cam dorang. Bekerjasama and tak banyak songeh. Just nice.:) And lagi satu,dorang ni ada name glamer, ala-ala diva MSU. ahahaha. Zaizai,fyfy,riris,nini. Semua macam nama perempuan kan? Tapi nini tu memang name perempuan lah. So cute..alahaii. hahaha

Okaylah sampai sini sahaja coretan untuk bulan Ramadhan ni. Harap-harap dapat sambung entry Syawal di MSU pulak lepas ni. hihi. K Daaa~ Wassalam.

"YOU ARE WHERE YOU ARE TODAY,CUZ YOU'VE CHOSEN TO BE THERE"


Salam Ramadhan,
Dr. 'Afifah


Tuesday, July 26, 2011

confess.

ok dah lama aku tak bebel kat dalam ni kan. so  now i'd lovvvvvve to bebel. grr. firstly, tension. quiz maths was like ntahapeape aku jawab. malam tadi aku tido awal. awaaaaaaal gile. around 12 mcmtu lah. siyesly rasa macam nak hentak hentak kepala kat dinding. i hate dis feeling. rasa bersalah cuz tido awal sangat padahal esok ada quiz yang markahnya akan include skali dalam final exam. sengal kan? chapter 2 tu baru je habis, and at the same time kena setelkan assignment 2 maths. quiz 1 hour n no calculator allowed. Tapi last-last minit tu aku tekan gak kalkulator. geram gile. ape ntah math takleh pakai kalkulator. nonsense gile. memang aku nak nangis la lepas quiz tu. memang la orang lain akan cakap 'alah quiz je, berapa je markah. blablabla..' tapi still carry marks jugak kan. even 1 mark pun amat berharga bagi aku. poyo nye. haha. yes i am poyo lebih kalau bab2 exam. lalala. ;p

okay. next. aku tension cuz aku dapat tau satu BAD NEWS ni from someone. baru je tau. and aku rasa tak tenteram. siyesly. tak tenang jiwa aku dengar bad news ni. y'know, bila orang keep talking bout u n someone else..and timbul cerita yang tak sepatutnya. tak keruan la aku jadinya. dulu kat sekolah shams pun penah jadi macamni. sekali je kot. tu pun aku rasa nak nangis. then terus bagi warning kat bff aku jangan gosip2kan aku. since then dorang lebih berhatihati la. cuz they know aku jenis yang macamana. they knew it very well. roommate aku faham aku, but my housemates tak faham. geram jugak sometimes tapi entah la. dorang baik gile dengan aku ,cuma sometimes , aku rasa macam dorang ada hide something from me. and dorang tak berani ni nak cakap. and aku just bia je la. malas nak bangkitkan any issue.
aku tak sangka bad news ni amat affect diri aku. sangat-sangat. well, sejak kat lecture hall tadi aku dah mula tak tenang when one of my groupmates (assignment punye group) aku text aku pasal something related dengan BAD NEWS tu. n aku pun. entah. macam tak boleh fokus dah. since then aku dah macam rasa ada beban dalam kepalaotak aku ni.. looks like small matter. tapi aku rasa this thing dah ganggu emosi aku. aku ni dah la mudah distracted kalau kena benda2 macamni. tak suka tak suka. hish. dah lah. malas nak cite panjang. banyak benda aku nak fikir lagi. MSU lebih kurang macam shams. banyaaaaaaaaaak keje!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! saba je la. 

oh yea. esok birthday my housemate, UMMI ZULAIKHA. Happy birthday ummi! semoga comel selalu! hehe.sekian. wassalam.

"IT'S A PERFECT NIGHMARE. :') "

Dr.Lurvians.




Wednesday, July 6, 2011

Jangan makan kicap!

Salam. Hey! Aku update belog lah hari ni. Ciss. Bosan nya. Homework ada tapi sikit. Assignment ada orang tolong buatkan. Hah, buli ke ape? haha. Tak lah. Groupmates lain yang buat. Aku buat assignment lain. Gilir-gilir la. After this nak study biology. Siyesly lecturer bio aku memang best,sporting. Setakat ni semua lecturer yang ngaja aku kat MSU ni semua ok ,baik, sporting, and suka explain detail-detail. Time kelas bio, aku rasa cam happy and bersemangat lah. Sebab previous lesson aku faham betul-betul apa yang beliau ajar. Tapi still kena revise balik lah cuz taknak bagi lupa kan.

Tadi ada kelas Malaysian Studies. Macam sejarah tapi it's more to sejarah tentang malaysia. So, segalanya tentang negara kita yang terchenta ni lah. Aku baru baca 10 pages buku Malaysian Studies tu. Dah lah buku tu putih je. Plain. Colourless!! Aku tak tau macamana nak hafal satu buku tu kalau takde kaler and even corak pun takde. Adesss. Lecturer utk subjek ni namanya Mdm Rosnah. Memang best la, nak gelak je manjang. Beliau ada bagi banyaak tips. Tips khurafat,tips lagha,tips betul. Haha. Just kidding. Itu hanyalah istilah-istilah yang diberikan oleh Mdm Rosnah. Kui3. Salah satu tips yang aku dapat, "Jangan makan kicap, sebab boleh melemahkan ingatan." .Lepas ni aku kena kurangkan makan kicap lah nampaknya. Tapi kat MSU ni memang aku tak makan kicap pun. Kat rumah je. So, ianya amat membantu lah memandangkan aku balik umah seminggu sekali je. Takpun 2minggu sekali. Lepas ni sebulan sekali kot. hehe.

Ada lagi 1 tips, tips hilangkan senggugut. Minum susu banyak-banyak,hilanglah dia. I'm not sure betul tak tapi tak rugi pun kalau try kan?huhu. Tadi aku jumpa sorang budak SPC MARA. Nama dia Nazeha. Cun orang nya. Aku beli buku dari dia. Sebab dia dah tak pakai buku-buku tu. Skang ni dia dah last sem kot. Entahlah. Yang aku tau dak spc ni pegi MSU tu bulan 2 aitu,and foundation dorang 8 bulan je. So first sem mestilah dorang dah lepas kan. Tu yang berebut-rebut kitorang nak beli buku daripada dak-dak SPC ni. Kitorang baru first sem. Kirenye dorang tu senior kitorang la tapi sebaya.
Thanks a lots Nazeha! :)

Tadi pun belajar maths. Memang best. Sebab first chapter macam senang je kan. So, tak fokus sangat apa yang lecturer ajar. Lagi-lagi aku duk belakang sekali. Memang buat kerje sendiri la kat belakang tu. Tapi aku ikut la perkembangan apa yang diajar. Cuma tak fokus sangat je. Hehe. Cara belajar maths ni sama cam time sekolah menengah dulu. Siyesly sama. Aku duk belakang. Then cikgu terang sikit-sikit kat dalam buku text. Lepas tu tulis contoh soalan kat depan. Lepas tu kena jawab soalan tu. Then ada homework. Blablabla. Same things.

Okay lah. Sampai sini je lah. Esok bas sampai kul 7 lebih. Kena turun awal. Kalau tak kena tinggal macam pagi tadi. haha. Bukan aku yang kena tinggal,tapi housemates aku and kawan-kawan lain. Bas datang kul 7 pagi tadi. Selalunya kul 7.20 baru jalan. Sebab nak ikutkan memang 7.20 lah bertolak dari hostel. Pagi tadi 7.15 dah bertolak. Aku and 2 orang housemates aku sempat lah naik,tu pun terkocoh-kocoh turun tangga. Ada la dalam 5-6 orang dah naik. Bas jalan jugak,sebab nak kena amik budak nursing kat mana entah,dekat dengan KPJ ar. Memang kuang hasam betol uncle bas tu,sejak bila la kitorang dok share bus dengan dak nursing ni. Tak penah penah pun. Ni yang nak kena report kat MARA ni. haha. :P Dak-dak lain yang kena tinggal tu naik bas PTPL, sekali dengan dak A-level JPA. Siannya dorang. Alahaiii.

Ok, nak study bio and siapkan homework maths!  Pen off~

Wassalam.
Dr. Lurvians

Friday, July 1, 2011

New Life. MSU. University of Choice.


Salam.
Actually takde mood sangat nak update belog. Sebab i'm not feeling well. Sore throat + selsema. Batuk berpanjangan. Since semalam lagi. Harap lah cepat sembuh. Next week da start belajar. Aku tak tau la bila lagi nak update lepas ni cuz bila dah start belajar nanti semestinya takde masa and mesti malas gile nak update. So sementara ada free time ni aku nak update lah.

So far, MSU memang heaven. Siyesly. Mula-mula rasa cam takut + neves la gak kan cuz MSU uni swasta. So ramai dak private kat sini. Paham-paham je la style dak private ni macamana kan. Tapi tak semua la macamtu. hehe. Then tak de sorang pun schoolmate aku kat sini. Even senior dari sekolah aku dulu pun takde kat sini. I think I'm the first SHAMSianzz yang study kat sini. Kira pecah tradisi la ni. haha. During orientation week memang tak bosan. Nak gelaaaaaaaaaak je manjang. Fasi kitorang En Fareez memang super kelakar gila semua perkataan yang keluar dari mulut dia memang semua kelakar. Cik Aimi, fasi kitorang yang ke-2, best jugak,sporting. Dua-dua muda lagi.So memahami jiwa kitorang lah. 


Gambar kat atas ni di captured semasa orientation week. Tiap malam ada aktiviti. Masa ni ada aktiviti Metamorphosis (if i'm not mistaken la). Ada 2 kali kitorang wat aktiviti kat sini. Kena jerit nama and trademark. Lagi satu kat depan Kitchen MSU, kitorang main macam game win loose or draw. Kena wat aksi, then group member  yang lain kena teka aksi apa. Aku dah memalukan diri aku malam tu sebab group aku kena wat lakonan ORANG GILA sedang main bola. ORANG GILA tuuu. Adeih.-.-"

 Gambar atas ni budak-budak foundation JPA kena buat performance. Tajuk eh alice in wonderland. Siyes best and kelakar dorang punya lakonan. I like!

 Yang atas ni group yang kena wat tarian zapin kot. Kalau xsilap lah. 

 Time ni kat Student Leisure Centre. Tempat student main pool, foosball, carom, pingpong and table hockey. Malam tu ada tournament antara group. Dah habis tu,kitorang teruskan jugak main-main sampai la kul 10 lebih. Padahal kul 9 sepatutnya dah balik. And bas mesti dah tunggu lama kat lua. Ish3. Oh yea, fyi, bus yang ikut jadual kitorang. It's not like shuttle bus yang mana kita kena ikut jadual bus datang kul bape, and kita kena tunggu ikut jadual tu. No no no. Anok-anok manja MARA ni memang terus dimanjakan di sini. Ketua akan inform kat driver bas kita pergi and balik kul bape. Itu memudahkan urusan kami. Heheh.


Carom.

 It's my first time main benda alah ni. Foosball. (IDK spelling betul x. not sure. haha) Memang bole lepas tension main benda alah ni. And yea, aku mula jadi expert lepas main sekali sahaja. Ceh,berlagak. :p



Budak baju kuning ni dua-dua group members aku. Dorang ni macam sepadan je aku tengok. kui3. 

 Hah, ni la dia En Fareez tu. Sekali pandang macam Ako Mustapha pun ada jugak. Aku ada lawan foosball sekali dengan beliau. Mula-mula gang aku menang, kali ke-2 gang beliau lak menang. Ishh. Memang selagi tak menang memang takkan berhenti. 



This one is table hockey. Aku jadi penjaga masa bertauliah. Haha. Game ni macam tak logik pun ada jugak. Sebab aku tengok dorang letak benda yang warna merah tu kat depan gol dorang, so it'll be sooooo hard la untuk gol kan bola hockey tu.

 Budak perempuan baju hijau tu dak JPA. Dia macam dah pro je main pool. Cewaaah. And lagi satu, muka dia macam Hawa, my ex-classmate aku dulu. Haha.




tema bollywooooood. kelakar gile. 


Tarian joget. Alahai comey nye 'bear'.. haha 

Lakonan dak JPA. 


Overall ,MSU memang best. Library 3 tingkat. Ada karoeke room, tempat main PS2 and PS3, ada discussion room, ada CC(free je), ada cafe. Huh, kat library pun boleh makan tau! heaven betul library msu ni. Kitorang memang selalu lepak library kalau tengah tunggu kelas or tunggu bus. MSU juga ada swimming pool. Ada gym. Ada kelas aerobik. Tempat-tempat kat sini sume start dengan huruf U. Macam U-Cafe, U-Square, U-Park , and etc. Surau kat sini dorang panggil Islamic Centre. Cantik. Baru. Selesa. Selalu solat jemaah kat sini ada 2saf. Kira okay la kan 2 saf. Daripada takde langsung. 

Subjek untuk foundation ada 16  ke 17 ntah. Yang aku ingat Malaysian Studies, Bio, Chem1, Physics, Health Science, Maths, Chem2, Islamic Studies, Basic anatomy & physiology and lain-lain. Utk first sem, ada 6 subjek:

1.Biology
2.Health Science
3.Malaysian Studies
4.Maths
5.English
6.Cocurriculum.

Sikit kan subjek ? HAHA. Sikit but sengsara. Sebab 6 subjek untuk 1 semester. Ada lebih kurang 4 bulan untuk 1 sem. Bulan 8 ni dah mid-sem exam. Bulan 10 final exam. Bio punya tajuk ada 13 chapters overall. 13 chapters kena study dalam masa 4 bulan. Harap-harap boleh bertahan. Tu belum masuk lagi chapter health science, malaysian studies(atau nama lainnya SEJARAH).. I thought dah masuk alam kampus dah tak sentuh pasal sejarah lagi dah. Oh, i was wronggg. Kena belajar sejarah balik! huaaaa! t_t

Minggu ni minggu ke-2 aku balik umah. Rumahku syurgaku. Yuhuu~  Oh ye,kat sini,aku tinggal kat Seksyen 15 Shah Alam. Duk apartment ala-ala rumah kedai. Batch kitorang yang rasmikan dulu apartment ni! yihii~ Setiap orang akan diberikan access card for security. Actually takde lah secure sangat pon. huhu. 1 rumah 3 bilik. 1 rumah untuk 8 orang. Ada 1 master bedroom, 2 bedroom biasa-biasa. 2 bathroom. Memang fully-furnished. But no TV. Yes. that's a bad news. NO TV. Sedih gile. Budak JPA ada tv!!!! Takpe lah. Lagi pun DirectoR of CFS(centre of foundation studies) iaitu En Sharul Azwan dah cakap awal-awal time foundation ni takde masa nak main-main. Dia cakap kalau dak-dak MARA ada tv kat apartment tu, dia nak mintak MARA tarik balik tv tu sebab nak suruh kitorang study hard time foundation ni. ahaha. Setaun je. Lepas setaun ni ko tengok la tv puas-puas. Foundation ni yang menentukan samaada kitorang dapat fly or tak. (cuak~) Harap-harap lepas 3.50. Amiiin! 

Kat Seksyen 15 ni ada komuniti JPA-MARA. Cewah. Dak A-level JPA and foundation JPA batch taun ni pun duk kat area2 situ jugak. So kadang-kadang dorang tumpang bas MARA, and sometimes kitorang tumpang bas JPA. Aku rasa best la gak ada komuniti jpa-mara ni. Tak dela muka dak MARA je aku dok tengok hari-hari. heheh.

Housemates aku:

Yuni, 
Meera,
Dayah,
Ummi,
Hanun,
Diyana,
Akmal Ainawani 


Housemates aku mostly budak optometry (ke UK/New Zealand). Ada 5 orang budak opto, yang lain medic India. Harap-harap semua dapat fly next year, amiiiiiiiiiiin! insyaALLAH.

Oh ye,lagi 1. Kitorang punya batch kena wat performance dikir barat and sketsa during oath taking ceremony(angkat sumpah). Masa untuk practice tak banyak. Sehari je. Tu pun main redah je. Dikir barat memang best. Walaupun praktis sehari je, tapi hasil daripada komitmen dorang, president MSU puji performance dorang. Caya lah! Aku patutnya kena berlakon sketsa, dah practice dah seharian, tapi tak jadi nak perform atas sebab-sebab tertentu. Memang sedih la sebab dorang tak inform pun kat aku yang pasal cancel tu. Dapat tau esok nya,tu pun bukan daripada group members aku. Kecik ati gile. Pastu aku baru baca  ketua batch iaitu X ada announce kat fb pasal cancel sketsa ni. Tapi aku mana ada bawak laptop gi sana memang la aku tak baca. Patutnya dia ada pesan kat sorang dak pompuan ni suh bagitau yang lain, tapi tak sampai pun berita tu kat aku n sorang lagi housemate aku. So agak terkilan ar. Tapi takde ar simpan dendam ann, aku kan pemaaf orang nya. haha. :P

Ok lah . itu saja. Semoga aku dapat survive setaun kat sini. I'm going to study hard lepas ni. It'll be sangat berbeza berbanding form 5 dulu. Kat sini, xsampai 2bulan belajar dah ada exam. Total exam kene amik masa foundation nnt ada 6! T.T

Okay, till here then. Nak tengok TV! oH, aku rindu tv so much! See ya next time! Daaaa~

wassalam.

miss lurvians